Cara Solat Perempuan Dan Bacaan

Bagi golongan perempuan, anda tidak perlu berasa bimbang sekiranya masih tidak tahu bagaimana cara solat yang sempurna bagi perempuan. Kerana, di bawah akan dikongsikan serba sedikit cara solat perempuan dan bacaan. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini memberi faedah kepada anda semua. Jom..

Cara Solat Perempuan Dan Bacaan

Solat merupakan salah satu kewajipan yang penting bagi seluruh umat islam tidak kira tua, muda mahupun kanak-kanak. Solat dari segi bahasa adalah ‘doa’.

Manakala dari segi syarak, solat ia ditakrifkan sebagai ‘amalan yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ikhram dan disudahi dengan salam berserta dengan syarat-syarat tertentu’.

Solat wajib dilakukan oleh lelaki yang beragama islam dan juga perempuan yang beragama islam. Oleh itu, sebagai kaum muslim, kita perlulah belajar serta mengambil tahu akan cara-cara asas untuk melaksanakan solat fardhu 5 waktu tersebut.

Namun begitu, bagi golongan perempuan, anda perlu meneliti dan mempelajari solat fardhu dengan betul kerana setiap pergerakan tangan semasa solat 5 waktu yg dilaksanakan akan ada sedikit perbezaan dengan pergerakan tangan bagi golongan lelaki.

Sebelum diteruskan dengan cara solat perempuan dan bacaan, perkara yang harus dilakukan oleh golongan perempuan sebelum mendirikan solat adalah pada minit pertama sebelum niat pastikan dalam diri kita terdapat rasa kehambaan dan kemudian pada minit kedua sebelum niat solat adalah – dalam diri anda perlu membangkitkan rasa bertuhan.

Baca: Semak Nama Blacklist Bank Negara Online

Niat solat Perempuan

Dan setelah kedua-dua perkara di atas dilakukan, barulah niat solat dan takbir dilakukan. Pastikan niat dalam keadaan berdiri dengan tegak dan kemudian mengangkat takbir dengan betul. Berikut bacaan niat solat fadhu untuk setiap waktu solat:

Fardhu Subuh

Niat Solat Fardhu (berjemaah) :
اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.

Niat Solat Fardhu (bersendiri) :
اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

Fardhu Zuhur

Niat Solat Fardhu (berjemaah) :
اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.

Niat Solat Fardhu (bersendiri) :
اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

Fardhu Asar

Niat Solat Fardhu (berjemaah) :
اُصَلّى فَرْضَ الْعَصْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.

Niat Solat Fardhu (bersendiri) :
اُصَلّى فَرْضَ الْعَصْر ِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

Fardhu Maghrib

Niat Solat Fardhu (berjemaah) :
اُصَلّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.

Niat Solat Fardhu (bersendiri) :
اُصَلّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

Fardhu Isya’

Niat Solat Fardhu (berjemaah) :
اُصَلّى فَرْضَ الْعِشَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.

Niat Solat Fardhu (bersendiri) :
اُصَلّى فَرْضَ الْعِشَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

Mengangkat Takbir

Bagi kaum perempuan terdapat beberapa cara mengangkat takbir yang betul. Terdapat tiga cara mengangkat takbir yang betul bagi kaum perempuan iaitu:

1) Meletakkan kedua-dua ibu jari di bawah cuping telinga.
2) Meletakkan kedua-dua jari telunjuk di bawah cuping telinga
3) Mengangkat kedua-dua tangan hingga ke paras dada.

Namun pastikan ketika mengangkat takbir anda menyebut bacaan takbir di bawah:

Allahu Akhbar

Dan kedua-dua lengan tangan hendaklah dirapatkan ke badan.

Qiyyam

Bagi kaum perempuan, cara qiyyam yang betul adalah posisi tangan kiri perlulah ke atas sikit dari pusat sambil ibu jari dihalakan ke atas. Kemudian tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri dan pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati badan.

Kemudiah bacalah:

1. Doa Ifftitah

2. Al-Fatihah

3. Satu surah pendek (terpulang mana yang anda hafal)

Rukuk

Selanjutnya, bagi posisi rukuk pula, peralihan yang dilaksanakan dari posisi qiyyam kepada rukuk perlulah dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. Kemudian, kedua-dua tapak tangan hendaklah berada di atas lutut dan pastikan badan dibongkokkan 90 darjah serta siku dirapatkan ke badan dengan sudut yang tepat.

Bacaannya ialah:

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Subhana rabbiyal azimi wa bihamdi
Maha Suci Rabbku yang maha Agung dan maha terpuji

I’tidal

Seterusnya, bagi posisi iktidal pula, ketika berdiri daripada rukuk bacalah ‘Sami Allahuliman hamidah’ dan kemudian ketika anda sudah berdiri membaca ‘Rabbana wa laka al-hamd’.

Sujud

Berikutnya, cara solat perempuan dan bacaan ketika tertib sujud dilakukan. Pastikan kedua-dua lutut diletakkan ke lantai kemudian diikuti dengan tapak tangan dan seterusnya adalah dahi. Kemudian, bacalah:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Subhaa nakallahumma robbanaa wa bihamdika, allahummaghfir lii
Maha Suci Engkau Ya Allah, Wahai Rabb kami, dan dengan memujiMu, Ya Allah, berilah keampunan bagiku

Selain itu, kaum perempuan juga perlu memastikan bahawa kedua-dua tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari di mana terdapat sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan. Pastikan juga sujud tidak terlalu jauh ke hadapan.

Duduk antara dua sujud

Untuk duduk antara dua sujud, ianya mempunyai dua cara iaitu: cara yang pertama, bahagian punggung boleh di letakkan ke atas kedua-dua belah kaki. Manakala untuk cara kedua pula, bahagian punggung diberatkan di atas kaki kiri dan kaki kanan pula dilenturkan agar ibu jari menghadap kiblat.

Kemudian, bacaan semasa duduk antara dua sujud ialah:

رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى
Robbighfirlii warhamnii wajburnii warfa’nii warzuqnii wahdinii wa’aafinii wa’fu ‘annii.
Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah keadaanku, tinggikanlah derajatku, berilah rezeki dan petunjuk untukku

Bangun selepas sujud dan tahiyyat

Selanjutnya, cara solat perempuan dan bacaan semasa bangun selepas sujud. Pastikan anda duduk sebentar kemudian bangun dan diingatkan jangan bangun dalam keadaan menungging.

Seterusnya bagi tahiyyat pula, ketika menyebut ‘Laa ilaaha illallaah’ pastikan jari telunjuk itu tidak diturunkan sehingga memberi salam.

Berikut bacaan Tahiyat Awal

اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. اَلسَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ. أَشْهدُ اَنْ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

At-tahiyyaatul mubaarakatush shalawaatuth thayyibaatulillaahi. Assalaamu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuhu. Assalaamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘ibaadillaahish-shaalihiina. Asyhadu an laa ilaaha illallaahu wa asyhadu anna Muhammadar Rasuulullaahi.

“Segala kehormatan, keberkahan, rahmat dan keselamatan, serta kebaikan hanyalah kepunyaan Allah. Keselamatan, rahmat, dan berkah dari Allah semoga tetap tercurah atasmu, wahai Nabi (Muhammad). Keselamatan, rahmat dan berkah dari Allah semoga juga tercurah atas kami, dan juga atas seluruh hamba Allah yang sholeh. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah.”

Berikut bacaan Tahiyat Akhir

اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. اَلسَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ. أَشْهدُ اَنْ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

At-tahiyyaatul mubaarakatush shalawaatuth thayyibaatulillaahi. Assalaamu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuhu. Assalaamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘ibaadillaahish-shaalihiina. Asyhadu an laa ilaaha illallaahu wa asyhadu anna Muhammadar Rasuulullaahi. Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad kamaa shollaita ‘ala Ibroohim wa ‘ala aali Ibrohim, innaka hamidun majiid. Allahumma baarik ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad kamaa baarokta ‘ala Ibrohim wa ‘ala aali Ibrohimm innaka hamidun majiid”

“Segala kehormatan, keberkahan, rahmat dan keselamatan, serta kebaikan hanyalah kepunyaan Allah. Keselamatan, rahmat, dan berkah dari Allah semoga tetap tercurah atasmu, wahai Nabi (Muhammad). Keselamatan, rahmat dan berkah dari Allah semoga juga tercurah atas kami, dan juga atas seluruh hamba Allah yang sholeh. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah. Ya Allah, semoga shalawat tercurah kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti rahmat yang tercurah pada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan limpahilah berkah atas Nabi Muhammad beserta para keluarganya. Seperti berkah yang Engkau berikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia di seluruh alam.”

Memberi Salam

Ketika memberi salam, pastikan muka ditoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke sisi badan, begitu juga ketika menoleh ke sebelah kiri. Namun begitu, sebelum memberi salam pastikan muka anda tidak dalam keadaan menunduk.

Bacaan salam:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Baca Sebanyak dua kali, iaitu pada kali pertama sambil berpaling ke kanan dan pada kali kedua pula berpaling ke kiri.

Doa selepas solat fardhu

Setelah memberi salam, anda hendaklah memohon doa kepada Allah dengan tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan kepala ditundukkan sedikit kerana jika kita berdoa kepala mendongak ke langit diibaratkan anda seorang yang bongkak. Bacaan doa selepas solat fardhu adalah seperti di bawah:

Doa selepas solat rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksud doa selepas solat:

“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”

“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.”

“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”

Panduan Solat Sempurna & Khusyuk

Ingin menambah kefahaman mengenai solat?

Apakah hukum-hukum solat?

Apakah bacaan-bacaan terbaik dalam solat?

Dan apakah kesan solat yang ditunaikan dengan sempurna zahir dan batin?

Jemput dapatkan panduan Rahsia Solat di bawah..

Panduan Solat Sempurna & Khusyuk

Kesimpulannya, di atas ini merupakan cara-cara solat perempuan dan bacaan untuk anda yang ingin mempelajarinya. Selain memperbetulkan cara solat, anda juga perlu memastikan telekung yang digunakan tidak terlalu jarang atau nipis. Satu lagi, selalu ingatkan diri jangan terlalu ‘mengepak’ semasa solat.

Leave a Comment

error: Content is protected !!