Ciri-Ciri Jururawat Profesional

Ciri-Ciri Jururawat Profesional

Ciri-Ciri Jururawat Profesional. Pada kali ini kita akan membincangkan sepintas lalu apakah ciri profesional yang patut dimiliki oleh seseorang Jururawat. Hal ini penting apabila diajukan semasa sesi temuduga atau bila ia ditanyakan di dalam peperiksaan online.

Sebelum tu, anda mungkin mahu membaca mengenai cara memohon jururawat yang betul dan mungkin berminat mengetahui berapakah gaji pokok serta elaun-elaun yang bakal diterima.

perwatakan jururawat

Perwatakan yang diperlukan dalam kerjaya kejururawatan ialah:

  • penyayang,
  • cergas,
  • sopan,
  • penyabar,
  • jujur,
  • prihatin,
  • berupaya berkomunikasi dengan baik, serta
  • mempunyai sikap yang positif.

ciri profesional jururawat

Sebagai penjawat awam yang mendampingi masyarakat, anggota kejururawatan perlu mempunyai ciri-ciri profesional seperti berikut:

• Sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran jagaan perawatan dan perubatan terkini seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi perubatan semasa;

• Sentiasa mematuhi etika kerja bagi mencapai taraf kerja yang cemerlang;

• Berfikiran kritis, sentiasa kreatif, inovatif, dedikasi, komited dalam tugas, mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan kepakaran tertentu; dan

• Berdisiplin, bekerja berpasukan dan mematuhi peraturan pada setiap masa.  

konsep 10s ciri jururawat profesional

Nilai-nilai murni dalam perawatan : Konsep 10S

Nilai murni yang harus diamalkan oleh seorang jururawat hendaklah menepati konsep 10S seperti yang digambarkan dalam rajah di atas.

Info tambahan : Bahagian Pengambilan Khas Separa Perubatan SPA

Bagi yang mendapat panggilan temuduga, suka kami kongsikan tulisan awal kami yang menerangkan secara ringkas panduan temuduga jururawat pelatih U29. Diharap perkongsian tersebut memberi sedikit inpirasi kepada anda.

Bagi yang dipanggil untuk menghadiri temuduga SPA, rujukan di bawah adalah yang paling sesuai digunakan untuk temuduga latihan separa perubatan seperti Jururawat:

contoh soalan temuduga jururawat

Untuk persediaan peperiksaan online Jururawat, rujukan exam separa perubatan ini adalah yang terbaik untuk membantu melengkapkan persiapan anda:

contoh soalan peperiksaan online Jururawat

1 thought on “Ciri-Ciri Jururawat Profesional”

Leave a Comment

error: Content is protected !!