Anda dipanggil ke peperiksaan online Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan ini? Di bawah kami kongsikan 13 contoh soalan temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19 dan 5 contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembedahan Pergigian U19 dengan jawapannya sekali.
Nota Penting: Bagi anda yang dipanggil ke sesi temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Sesi Julai 2024 ambilan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yg akan diadakan pada 17 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 18 Mac 2024 – 19 Mac 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 19 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Sabah). Bahan-bahan persediaan temuduga yg lebih lengkap boleh dibaca di soalan temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian.
Sementara, bagi anda yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian utk ambilan KKM yg dijadualkan pada 15 Februari 2024 dan 16 Februari 2024 ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian.
Entri ini membincangkan secara ringkas dua topik di bawah;
- Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19
- Contoh soalan Peperiksaan Pembantu Pembedahan Pergigian U19
1. Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19
Seperti yang sudah dimaklumi, keputusan peperiksaan online Pembantu Pembedahan Pergigian U19 telah diumumkan. Tahniah kepada yang lulus.
Kini fokus kita tertumpu kepada sesi temuduga.
Panggilan temuduga sudah dikeluarkan SPA. Sila buat semakan melalui pautan di bawah:
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Sesi Januari 2023
(Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung))
[ Tarikh Temu Duga: 06 November 2022 – 10 November 2022 ]
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Sesi Januari 2023
(Kementerian Kesihatan Malaysia (Sabah))
[ Tarikh Temu Duga: 31 Oktober 2022 – 04 November 2022 ]
Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19
Sekadar infomasi ringkas daripada kami, sekiranya anda mencari contoh-contoh soalan temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19. Di bawah disenaraikan beberapa soalan temuduga PPP yang famous.
13 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19
- Boleh awak kongsikan isu semasa berkaitan kesihatan yang tengah viral?
- Apa awak tahu tentang COVID-19? Terangkan sedikit.
- Apa peranan PPP dalam memerangi wabak ni?
- Kenapa awak pilih sektor awam sedangkan awak kerja swasta sekarang?
- Ceritakan serba ringkas latar belakang awak.
- Agaknya apa tugas seorang Pembantu Pembedahan Pergigian U19?
- Keja mana sekarang ni?
- Kenapa awak rasa kami patut ambil untuk jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian U19 ni?
- Awak cita-cita apa sebenarnya?
- Pernah dengar pasal jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian?
- Kenapa pilih kerja kerajaan? Bukan gaji swasta lagi tinggi ke?
- Jika anda diberi peluang menjawat jawatan ini, adakah anda sanggup dihantar ke Sabah atau Sarawak?
- Selain cabut gigi, apa lagi yang awak rasa seorang PPP perlu buat?
Tajuk untuk ulangkaji sebelum hadir temuduga
- Clinical of course
- Misi, visi, logo KKM dan skop kerja yang ditawarkan
- NKRA, RMK 10, SST, GST, COVID-19
Inilah antara contoh soalan temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19 yang mungkin akan ditanya. Ada perkataan ‘mungkin’ di situ.
Selain itu, untuk menambah nilai diri anda, pastikan anda nampak tahu dan peka terhadap isu semasa yang akan ditanya oleh panel SPA. Terutama isu berkenaan dunia pergigian.
Baca: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Keselamatan KP19
Rujukan Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19
Selain itu juga, rujukan di bawah adalah yang terbaik boleh anda baca sebelum hadir temuduga. Rujukan temuduga separa perubatan yang sudah membantu ramai calon sebelum ini. Jadi tahun ini giliran anda pula untuk mendapat manfaat daripadanya.
Banyak contoh soalan temuduga dan banyak perkongsian pengalaman sebenar daripada calon-calon temuduga separa perubatan yang lepas ada di dalamnya.
Inilah dia rujukan yang dimaksudkan.
Sebelum tu,
Jangan lupa menyemak sekali lagi lokasi temuduga SPA dimana anda telah dijadualkan. Jangan sampai sesat pada hari kejadian. Memang tak pasal-pasal jadinya. Nanti free-free je gagal temuduga latihan separa perubatan ni. Bahkan boleh di-blacklist oleh pihak SPA. Peluang anda boleh hancur dan musnah begitu saja.
2. Peperiksaan Pembantu Pembedahan Pergigian U19
Panggilan sudah dikeluarkan oleh SPA. Sejak seminggu dua ni, Blog Tips Kerjaya menerima kunjungan yang agak mendadak.
Setelah diteliti, kami dapati ia datang daripada mereka yang mencari bahan rujukan termasuk contoh soalan untuk exam online (PSEE) bagi latihan separa perubatan bertaraf sijil Pembantu Pembedahan Pergigian U19 pada 25hb Sept 2019 ini.
Kepada yang ingin membuat semakan, mungkin mahu memastikan sekali lagi sama ada memang confirm dipanggil atau tidak.
Sila berbuat demikian melalui pautan berikut: Semakan peperiksaan online Pembantu Pembedahan Pergigian
Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian U19
Sebelum kita pergi lebih dekat dengan exam online yang bakal anda duduki dan meneliti beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembedahan Pergigian U19, mari kita lihat dahulu apakah tugas dan tanggungjawab seorang Pembantu Pembedahan Pergigian.
Manalah tahu, kalau-kalau disoal dalam exam online kan. Jadi boleh la hafal siap-siap.
Baiklah, selain apa yang diarahkan oleh ketua jabatan dari masa ke semasaa, antara lain tugas asas anda ialah :
Jika anda calon PKA, terus baca mengenai contoh soalan peperiksaan online Pembantu Kesihatan Awam U19
- Menyambut dan mendaftar pesakit-pesakit.
- Pembasmian kuman pada perkakasan pergigian.
- Membantu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dalam pembedahan pesakit.
- Mendaftar serta merekod hal-hal kewangan, sijil sakit dan penerangan kepada pesakit.
- Membantu Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian semasa lawatan ke sekolah-sekolah.
- Menempah serta merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lain-lain perkakasan seperti troli dan mesin.
- Menyediakan penyata bulanan dan geraf.
- Menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian.
Format Peperiksaan Pembantu Pembedahan Pergigian
Tahukah anda, terdapat dua jenis soalan asas yang mungkin akan disoal dalam exam online.
2 Jenis Soalan exam online Pembantu Pembedahan Pergigian
- Soalan exam online Pembantu Pembedahan Pergigian yang bakal disoal sudah tentu berkait rapat dengan bidang berkaitan perubatan itu sendiri?
- Soalan berkaitan kerajaan dan kenegaraan.
Sebagai calon yang dipanggil ke peperiksaan online (PSEE) ini, anda haruslah membua persediaan sebaiknya. Termasuk fizikal dan kesediaan mental anda.
Persediaan untuk exam
Sudah pasti anda maklum, kalau belum seharusnya anda ketahui bahawa SPA mengadakan pengambilan ini khusus untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Oleh kerana ambilan ini untuk sektor awam, anda perlu mempersiapkan diri dengan maklumat yang berkaitan dengan kerajaan juga.
Termasuklah berkenaan dengan pentadbiran negara, kementerian-kementerian, suruhanjaya-suruhanjaya, agensi dan jabatan lain.
Info ini cukup luas dan kalau hendak dicari memang sukar. Apa lagi untuk dihafal dalam tempoh yang pendek.
Exam sudah dekat. Lagi menjelang beberapa hari sahaja lagi.
Jadi sebagai sahabat yang baik hati, suka sekali kami membuat sedikit perkongsian berkenaan contoh soalan pengetahuan am. Kenapa pengetahuan am sahaja? Sambung bacaan anda di bawah..
Bacaan tambahan : soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP)
Format Peperiksaan online Pembantu Pembedahan Pergigian 2021
Untuk makluman, format Exam Online Pembantu Pembedahan Pergigian kali ini terdapat sedikit perubahan.
Tidak seperti tahun-tahun sebelum. Tahun sebelum ini formatnya adalah seperti berikut :
Dibahagiakan kepada 2 seksyen;
- A Psikometrik
- B Pengetahuan Am
Tapi pada tahun 2020 ini, hanya ;
Satu seksyen sahaja
- A Pengetahuan Am
Pada pendapat kami, memandangkan kami memang sudah lama membantu rakan yang duduk exam separa perubatan dan sudah melihat beberapa perubahan oleh SPA, Seksyen A : pskometrik itu akan SPA buat penilaian lain yang dipanggil sebagai Ujian Psikometrik.
Seksyen Pengetahuan Am Pembantu Pembedahan Pergigian
OK.. balik kepada topik. Tujuan seksyen ini antara lain adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara yang terjadi pada peringkat global secara am dan perkembangan di Malaysia secara khususnya.
Antara subtopik yang pada kebiasaannya disoal adalah berkaitan isu-isu semasa, hal-ehwal politik, dasar-dasar ekonomi kerajaan, dasar pengurusan kewangan, isu teknologi maklumat dan komunikasi serta pendirian mengenai keselamatan negara.
Penting : Pengetahuan anda mengenai bidang penjagaan kesihatan (khasnya pergigian) harus dipertingkatkan.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pembedahan Pergigian U19
Apa yang kami kongsikan di bawah bukanlah soalan bocor dan bukan soalan sebenar. Tujuan kami kongsikan hanyalah untuk djadikan sebagai gambaran akan tajuk dan topik yang mungkin akan ditanya dalam peperiksaan online itu nanti.
1. Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam?
I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II. Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
2. Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?
A. Bila anda berasa letih
B. Bila anda sudah malas
C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam
3. Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI
A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.
4. Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI
A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam
5. Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?
A. Makanan dimasak tidak sedap
B. Makanan dimasak oleh warga asing
C. Makanan tidak dimasak dengan baik
D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir
Panduan menjawab Seksyen Pengetahuan Am Pembantu Pembedahan Pergigian
Seperti dimaklumi, bidang sepera perubatan di bawah kelolaan KKM. Sudah semestinya pengetahuan berkenaan KKM termasuklah sejarah, misi, visi, piagam pelanggan, carta organisasi dan lain-lain mesti diketahu. Perkhidmatan KKM juga jangan dilupakan.
Kalau perbezaan antara hospital dan klinik pun anda tidak tahu. Hurrmmm.. ia agak sukar rasanya.
Apakah rancangan-rancangan kesihatan yang ditaja oleh kerajaan?
Apa pula rancangan perubatan yang sedang dipromosikan oleh KKM?
Itu semua mesti dalam kocek anda!
Baca juga: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19
Istilah-istilah asas perubatan
Sudah tentu anda tidak biasa dengannya. Tapi inilah masa dan peluang yang sesuai untuk anda meneroka bidang perubatan.
Kami sekadar berkongsi beberapa istilah asas di bawah. Dan jangan lupa banyakkan bacaan anda selepas ini.
- Forensik – Pembedahan dan kajian mayat untuk mendapatkan maklumat berkenaan punca kematian contohnya jenayah dan kes-kes lain
- Obstetrik dan Ginekologi – Perbidanan, sakit puan dan perkara berkaitan penyakit wanita
- Onkologi klinikal – Penyakit kanser, terapi radiasi, terapi hormon dan kemoterapi
- Patologi kimia – Kajian dalam makmal berkenaan cecair tubuh
- Ortopedik – Penyakit dan pembedahan sendi dan tulang
- Pediatrik – Bidang khusus untuk penyakit kanak-kanak
- Histopatologi – Kajian tisu dan sel dalam makmal
- Oftalmologi – Penyakit dan pembedahan mata
- Nefrologi – Sakit ginjal atau buah pinggang
- Radiologi – Bidang khas tentang penggunaan x-ray
- Gastroenterologi – Saluran pencernaan dan sistem penghadaman
- Dermatologi – Penyakit kulit
- Kardiologi – Jantung
Baca juga: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)
Institusi-institusi kesihatan
Walaupun mungkin belum tentu disoal dalam exam online itu nanti. Apa salahnya anda mengetahui kewujudan institusi-institusi yang menjalankan penyelidikan dan pengurusan kesihatan di Malaysia.
Sekadar beberapa contoh di bawah untuk pengetahuan am anda sahaja :
a) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
b) Kumpulan Perubatan Johor
c) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
d) InstitutKesihatan Umum (IKU)
Selain daripada sedikit apa yang kami kongsikan di sini, banyak lagi maklumat yang perlu anda cari sendiri.
Persoalannya,
Adakah anda punya masa luang yang banyak? Kalau sedang bekerja secara sambilan, macamana?
Adakah anda tahu dimana mencari maklumat-maklumat ini? Kalau dapat informasi salah, macamana?
Adakah data internet anda mencukupi? Nama pun belum bekerja tetap kan.
Mahukah anda kalau kami beri jalan pintas? Terus study sahaja tanpa membuang masa.
Rujukan lengkap exam separa perubatan 2020
Dihasilkan oleh sekumpulan penulis kerjaya professional dan dipromosikan oleh sekumpulan blogger kerjaya handalan Malaysia.
Kami syorkan kepada anda rangkuman nota-nota penting dan contoh soalan serta contoh jawapan di dalam sebuah pakej.
Pakej exam online separa perubatan mengandungi :
- Latih tubi seksyen A – Pengetahuan Am (lebih kurang 100 soalan & jawapan)
- Tip menjawab soalan exam online
- Nota-nota Pengetahuan am kesihatan di Malaysia
- Info terkini format exam 2020
- Lebih kurang 200 pages
Anda perlu buat latih tubi yang disertakan agar tdak kekok dan canggung semasa exam online itu nanti.
Sudah tentu ini tidak menjamin lulus. Tapi paling tidak, anda tidak membazir masa mencari maklumat berjam-jam tanpa hala tuju yang betul. Dapatkan rujukan anda sekarang.
Tapi saya belum membuat keputusan membelinya. Camna?
Takda masalah. Sebelum beli, kami syorkan anda mendapatkan dahulu laporan percuma berkaitan nota separa perubatan dalam format PDF melalui pautan di bawah.
Selain itu, anda juga akan dibekalkan dengan tips-tips berkenaan dengan exam online separa perubtan dari masa ke semasa.
Jadi anda tidak rugi apa-apa. Download laporan percuma anda!
Demikianlah perkongsian kali ini mengenai 13 contoh soalan temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19 dan 5 contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembedahan Pergigian U19. Semoga memberi sedikit manfaat.
Kami doakan kejayaan anda!