Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE

Anda dipanggil ke peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) PSEE? Sampai saat ini masih tak pasti apa benda nak kena prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan Pengetahuan Am SPA PSEE yg bagus? Gagal Peperiksaan online SPA (PSEE) akan ‘menghancurkan’ peluang anda untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya mendapat lantikan tetap yang menjadi idaman ramai.

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE

Gagal peperiksaan PSEE SPA ini sudah pasti ‘melenyapkan’ hasrat anda untuk menjadi anak yg selalu menjadi ’buah mulut’ ibu di hadapan kawan-kawannya semasa berborak. Dan gagal peperiksaan PSEE SPA ini sudah tentu ‘menghancurkan’ impian anda untuk menjadi nama anak yg selalu menjadi ‘kebanggaan’ bapa di hadapan rakan-rakannya tatkala sembang kosong di kedai makan.

Khas orang Kedah: Asalnya, rujukan ini digunakan untuk calon-calon yang akan menduduki PSEE under SPA Pusat. Namun, kebanyakan skop dan nota yang terkandung di dalam rujukan ini juga turut sesuai digunakan untuk peperiksaan-peperiksaan online yang lain termasuk Peperiksaan Atas Talian kelolaan SPA Kedah. Jadi, kepada anda yang akan menduduki Peperiksaan Atas Talian SPA Kedah bagi jawatan Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29 (Tetap) pada Bulan November 2023 ini. Kalau anda ada duit lebih, boleh jadikan ini sebagai bacaan tambahan untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada anda.

Nota Penting: Khas untuk anda yang dipanggil ke peperiksaan REQT Sarawak pada bulan Oktober dan November 2023 ini. Setinggi tahniah kami ucapkan! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi untuk ujian REQT Sarawak ini boleh anda dapatkan di contoh soalan REQT Sarawak.

Di bawah merupakan koleksi Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE (Updated 2022) yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan / ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan Pengetahuan Am SPA PSEE yang disediakan di bawah.

Bertuahnya, sebab anda juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan Pengetahuan Am SPA PSEE yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama menghadapi peperiksaan online (PSEE) pada tahun ini.

Tujuan Utama Peperiksaan Online SPA (PSEE)

Peperiksaan Online SPA (PSEE) terutama seksyen Pengetahuan Am SPA PSEE adalah bertujuan untuk menapis calon yang layak untuk diserap masuk ke dalam sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Umum mengetahui, bahawa berjuta-juta pemohon telah mengisi borang permohonan online SPA9 (sebelum ini dipanggil SPA8i) di laman web SPA dan hanya sebilangan kecil sahaja yang benar-benar layak untuk memohon sesuatu jawatan dalam kerajaan.

Daripada mereka yang layak ini, akan ditapis melalui pelbagai kaedah yang telah ditetapkan. Bermula dengan tapisan dalam sistem SPA9, diikuti dengan tapisan peperiksaan online, ujian psikometrik, pemeriksaan fizikal dan kecergasan. Kemudian, tapisan Program Assessment Center (PAC), dan dikehendaki lulus temuduga sebelum layak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.

Berkhidmat dalam sektor awam memanglah menjadi idaman ramai kerana pelbagai manfaat yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan berbanding bekerja dengan sektor swasta. Paling penting adalah jaminan kerja tetap. Lihat saja ketika negara dilanda krisis COVID-19.

Di sebalik kegusaran dibuang kerja dan bergelut untuk meneruskan hidup akibat dipotong gaji di sektor swasta. Pekerja sektor kerajaan bahkan mendapat moratorium dan beberapa keringanan beban yang ditanggung.

Sebab itu, jika kita lihat selepas SPA membuka semula pengambilan untuk beberapa jawatan. Ratusan ribu pemohon berpusu-pusu mencuba nasib dan bersaing mendapatkan tempat di sektor awam.

Semakan Penjadualan Peperiksaan SPA

Semakan penjadualan peperiksaan online SPA boleh dibuat dengan melayari:

Facebook SPA:

https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/

Atau

Portal SPA :

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Pihak SPA akan mengeluarkan makluman mengenai jadual peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) dan jadual ujian psikometrik terkini menggunakan kedua-dua saluran di atas. Di samping menghantar emel panggilan kepada calon yang terpilih.

Pengenalan Seksyen Pengetahuan Am SPA PSEE

Apa benda Seksyen Pengetahuan Am ini sebenarnya?

Basicly, seksyen Pengetahuan Am ini adalah bertujuan untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan isu-isu mutakhir di Malaysia secara khusus. Antara topik besar yang sering disoal dalam seksyen Pengetahuan Am SPA PSEE adalah berkaitan dengan: 1) isu-isu semasa, 2) hal ehwal politik, 3) dasar-dasar awam, 4) pengurusan sumber ekonomi, 5) pengurusan sumber kewangan, 6) pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta 7) keselamatan negara.

Sesetegah peperiksaan online SPA mengandungi 3 seksyen. Manakala yg lain cuma ada 2 seksyen sahaja. Dua lagi seksyen itu adalah Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen Kefahaman bahasa Inggeris.

Loya & Mual Dasar-Dasar Awam

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya & mual dasar -dasar awam‘ terhadap enakmen, undang-undang dan isu semasa yang berkait dengan hal-ehwal pentadbiran dan kenegaraan.

Kami tahu kenapa benda ni jadi. Anda kalau isu ‘viral‘ memang no 1. The best. Tau aje apa benda yang sedang ‘trending’ now.

Tapi kami mohon maaf, soal apa tgh viral dan apa yang sedang trending saat ini kompom tak kuar dalam Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE.

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen Pengetahuan Am SPA PSEE ini kepada beberapa bidang utama iaitu;

  • bidang kerja sosial,
  • perpaduan negara dan keharmonian negara,
  • teknologi maklumat dan komunikasi,
  • pentadbiran negara,
  • keselamatan negara

Kepada anda yg rajin tu, sila buat homework dengan membaca mengenai bidang utama yg kami cadangkan di atas. Bagi yang kureng ckit tu, beli jela rujukan Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE yg kami cadangkan di bawah. Tapi itu tak bermakna anda da tak payah menambah pengetahuan am pula. Benda ni tetap sentiasa penting untuk kita semua. Takdelah nampak tak tahu sangat kalau orang tanya kan..

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE

Di bawah adalah 17 contoh soalan Pengetahuan Am SPA PSEE. Contoh-contoh soalan ini bolehlah digunakan sebagai panduan awal anda sebelum duduk peperiksaan online nanti.

Setiap soalan adalah berdasarkan soalan-soalan yang ditanya dalam peperiksaan online SPA yang lepas-lepas. Jadi anda boleh dapat gambaran skop soalan dan jenis soalan yang mungkin akan keluar dalam peperiksaan online SPA.

17 Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE (Updated 2022)

  1. Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali

A) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.

  1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut, kecuali:

A) Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
B) Menjana sinergi multisektor
C) Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
D) Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

  1. Organisasi berikut merupakan organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali

A) World Health Organization.
B) International Monetary Fund.
C) International Civil Aviation Organization.
D) Civil Rights International Foundation.

  1. Kementerian yang diberi mandat untuk menerajui perbincangan Transformasi Nasional (TN50) adalah:

A) Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
B) Kementerian Komunikasi & Multimedia
C) Kementerian Kewangan
D) Kementerian Belia dan Sukan

  1. Yang manakah bukan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Ringgit?

A) Mikrofilem
B) Jalur hologram
C) Cetakan intaglio
D) Benang keselamatan

  1. Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kecuali:

A. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan
B. Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi
C. NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan
D. NBOS adalah asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS)

  1. Taman asuhan kanak-kanak dikategorikan kepada

I . rumah
II . tempat kerja
III . rumah kedai
IV . institusi

A) I dan II
B) II dan IV
C) I, II dan IV
D) II, III dan IV

  1. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah dan jenis mahkamah di negara kita:

I. Mahkamah Rendah –> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas –> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat –> Mahkamah Pegawai

A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

  1. Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan kaedah berikut kecuali

A) kuatkuasa undang-undang.
B) penganugerahan taraf.
C) percantuman wilayah.
D) pendaftaran.

  1. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli parlimen Dewan Negara?

A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

  1. Siapakah yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman?

A) Peguam Negara
B) Perdana Menteri
C) Yang di-Pertuan Agong
D) Yang di-Pertua Dewan Negara

  1. Manakah kes-kes sivil yang berkaitan dengan Mahkamah Awam?

I. Jenayah curi wang syarikat
II. Saman hutang yang dituntut
III. Hal ehwal tuntutan harta pusaka
IV. Dokumen perjalanan yang dipalsukan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

  1. Sebuah komputer yang diserang oleh virus, cecacing atau trojan mempunyai tanda-tanda berikut

I . ingatan utama melebihi dari jangkaan.
II . perubahan pada sistem.
III . program dan fail sedia ada hilang.
IV . fail menjadi korup.

A) I dan II
B) III dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III, dan I

  1. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama di bawah, kecuali:

A. Yang di-Pertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

  1. Berikut merupakan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kecuali

A) Perkapalan dan Pelayaran.
B) Pertanian dan Perhutanan.
C) Perdagangan dan Perusahaan.
D) Perhubungan dan Pengangkutan

  1. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan. Perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah

I . Pengurusan Kesihatan Kanak-kanak.
II . Saringan kanser reproduktif.
III . Ujian makmal kesuburan.
IV . Perkhidmatan perancang keluarga.

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

  1. Negeri yang manakah dikenali sebagai Jelapang Padi Negara?

A) Johor
B) Terengganu
C) Kedah
D) Sabah

Kami Tahu Anda Tentu Perasan, Dan Tertanya-Tanya Dalam Hati..

Mana jawapannya?

Tak aci la camni!

Tak faham la, cara nak dapat jawapannya.. ‘

Jadi, jika anda mahu lebih banyak contoh soalan SPA : Pengetahuan Am yang dilengkapi dengan skema jawapan yang padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.

Rujukan & Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE
Beli Rujukan Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE

Rujukan ini mengandungi Contoh Soalan SPA – Seksyen Pengetahuan Am yang berkualiti tinggi dan memenuhi standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA.

Ada yg bertanya-tanya dalam hati:

Adakah rujukan ni sesuai untuk dijadikan bacaan tambahan dan bahan latih tubi untuk calon PSEE Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29 pada 19 Mac 2021 ni?

Jawapannya adalah:

Rujukan extra Pengetahuan Am ini bersifat umum dan sesuai dijadikan bahan ulangkaji untuk hampir kesemua peperiksaan online SPA termasuklah jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.

Cara tempah :

  1. Klik Rujukan Pengetahuan Am SPA PSEE.
  2. Scroll ke bawah, klik ‘Pilih Rujukan Anda’
  3. Scroll ke bawah, pilih Pilihan SINGLE #1’ (yg kaler biru tu).
  4. Scroll ke bawah,masukkan emel dan klik ‘Proceed to checkout’.
  5. Pada halaman seterusnya, tak perlu isi ruangan ‘cupon’ tu. Lengkapkan billing information dan klik butang ‘complete your order’.
  6. Di laman seterusnya, pilih online banking anda, tick kotak yg ada dan klik ‘pay’.
  7. Kemudian, anda kena login ke MyBSN atau CIMBClicks atau apa-apa internet banking anda utk selesaikan bayaran.
  8. Anda akan menerima emel yg mengandungi link download rujukan dlm tempoh 1 – 2 jam.

Tapi, Kenapa Saya Kena Beli Rujukan Ni?

1) Hati anda jadi riang sentosa

Nota Ringkas & padat dalam Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE ini berfungsi menjimatkan masa persediaan peperiksaan anda. Tak perlu marathon ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga anda mengadap skrin sesambil merantau satu internet. Mata tak letih dan leh jadi rabun tau. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi sentosa.

2) Guna pengalaman 12 tahun kami

Contoh soalan yg diberikan dalam rujukan Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE ini akan membiasakan anda dengan format exam. Bukan soalan bocor, tetapi jenis soalan yang hampir sama. Anda pinjam pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis (pensil & kertas) dan masih berpusat!

3) Memudahkan hidup anda

Skema jawapan yang disediakan dalam rujukan pastinya menambah kepandaian anda. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak perlu tidur dalam library baca pelbagai buku berkenaan undang-undang Malaysia dan antarabangsa. Tak perlu kaji satu-satu kementerian yg terdapat dalam sistem pentadbiran negara.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawen baru)

Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen Pengetahuan Am saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit anda yg tak berapa nak banyak tu. Simpan duit lebih tu. Buat kawen baru. Hahaha..

Tak pon buat beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Realme X3 Superzoom ke, Oppo Reno4 Pro ke, tak pon Huawei Nova 7SE ker.. Kan.. Kan..

5) Honda City

Lastly, rujukan Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang anda memperolehi masa depan yang lebih terjamin. Kalau dapat kerja kerajaan kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cakap.

Dapat bini cantik. Dapat suami hensem gila. Malah boleh beli rumah indah. Honda city sudah la pasti. Inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan dalam hidup anda setakat ini.

Tu la sebab kenapa anda bukan setakat kena beli. Tapi kena beli sekarang juga rujukan ni!

Tapi, Confirm Lulus Ke Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Kami tak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup. Apatah lagi lulus.

Rujukan contoh soalan Pengetahuan Am SPA PSEE ini hanya sekadar sedikit usaha. Usaha untuk meningkatkan peluang anda untuk lulus.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtu la lebih kurang situasinya.

Namun, kami berani cakap, rujukan yang kami recommend ni adalah rujukan contoh soalan Pengetahuan Am SPA PSEE terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Tapi, Jika Ia Tidak Membantu Saya, Camna?

Jika anda sudah hadir exam online SPA dan dapati rujukan contoh soalan Pengetahuan Am SPA PSEE ini langsung tidak membantu walau 1 sen pun, anda boleh buat permohonan pengembalian wang dalam tempoh 24 jam selepas exam. Jadi tiada apa yang perlu anda risau!

Duit anda dapat, rujukan ni anda simpan. Anggap ni sedekah daripada kami dan syarikat Infokerjaya.

Cuma, pastikan anda da baca dan da buat semua latihan dalam rujukan contoh soalan Pengetahuan Am SPA PSEE ini. Kami yakin & percaya ia bakal membantu anda menjawab soalan-soalan Pengetahuan Am SPA PSEE!

Tapi, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan & Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download.

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran sudah disahkan. Jadi anda tdk perlu duduk tercongok depan pintu, tunggu orang yang hantar barang tak kunjung sampai.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Namun, harus diingat. Contoh-contoh soalan Pengetahuan Am SPA PSEE yang kami bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menjawab peperiksaan SPA untuk seksyen Pengetahuan Am!

FAQ Mengenai Rujukan Pengetahuan Am

Adakah seksyen Pengetahuan Am ini ditanya dalam semua exam SPA?

Tidak. Hanya sesetengah jawatan sahaja yang mengandungi seksyen Pengetahuan Am. Misalnya PTD M41 dan Pembantu Laut A19.

Adakah rujukan Pengetahuan Am SPA PSEE ini adalah soalan bocor?

Sama sekali bukan. Ini hanya rujukan yang mengandungi latih tubi dan nota-nota padat.

Apakah cara terpantas mendapatkan rujukan ini?

Klik rujukan Pengetahuan Am ini. Ikuti arahan di laman tempahan. Rujukan akan dihantar kepada anda dalam tempoh 24 jam sahaja.

4 thoughts on “Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA PSEE”

Leave a Comment

error: Content is protected !!