Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PTD M41 & jawapan! Dalam seksyen ini, soalan yang diajukan kepada calon peperiksaan PTD merupakan satu teks yang mengelirukan. Teks ini mengandungi soalan yang menguji kepantasan calon menyelesaikan masalah yang melibatkan logik dan matematik.
Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Ianya menguji daya logik anda dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Contoh soalan dalam bahagian ini ialah..
Contoh Pertama Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PTD M41
Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya. Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tetapi sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah:
A. Tidak bersalah kerana dia sanggup membayar coklat tersebut.
B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.
C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran
D. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dia mengambil coklat itu dengan sengaja.
E. Tidak bersalah kerana dia telah meminta maaf.
Contoh Kedua Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PTD M41
Terdapat 4 profesyen; pemaju perumahan, pengedar, pengilang dan peruncit. Terdapat 4 nama, yang setiap satunya tidak berturutan dengan profesyen tadi: Jamal, Jamil, Mazlan, Razali. Jamal dan pengedar adalah tidak sehaluan dgn peruncit. Mazlan dan pengilang adalah sehaluan dengan Razali. Peruncit dan Jamil adalah adik beradik kepada pemaju perumahan. Soalan: Siapakah Razali?
10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PTD & Jawapan
- Antara yang berikut, yang manakah memberikan nilai yang lebih daripada 34.5 tetapi kurang daripada 36.5?
A. 12.5 + 4.5 x 5
B. 36.5 ÷ 5 x 4
C. 13.5 x 5 + 5
D. 58.38 + 4 – 7
Jawapan : A. 12.5 + 4.5 x 5
36.5 < nilai < 34.5
= 12. 5 + (4.5 x 5)
= 12.5 + 22.5
= 35
(Hint : Lakukan pengiraan setiap pilihan jawapan. Pengiraan perlu mendahulukan pengiraan dalam kurungan, darab atau bahagi dari kiri ke kanan (yang mana jumpa dahulu) dan diikuti tambah atau tolak dari kiri ke kanan (yang mana jumpa dahulu)
- Zaki memandu kereta dengan kelajuan 110 km/jam. Hitung anggaran masa yang digunakan oleh Zaki untuk bergerak sejauh 380 000 m.
A. 3 Jam 45 Minit
B. 3 Jam 27 Minit
C. 3 Jam 20 Minit
D. 3 Jam 14 Minit
Jawapan : B. 3 Jam 27 Minit
Halaju = 110 km/j
380 000 m = 380 000 / 1000 = 380 km
Formula : Halaju = Jarak / Masa
Oleh itu,
Masa = Jarak / Halaju
= 380 km / 110 km/j
= 3.4545 jam
= 3 Jam + 0.4545 Jam
= 3 Jam 27 minit
Penukaran unit jam ke minit
1 Jam = 60 minit
= 0.4545 Jam x 60 minit
= 27.27 minit
- Ketinggian anak pokok getah P, Q, R dan S adalah 165 cm, 170 cm,
168 cm dan 160 cm. Kirakan minima tinggi antara empat pokok tersebut.
A. 170 cm
B. 169 cm
C. 150 cm
D. 166 cm
Jawapan : D. 166 cm
Jumlah ketinggian
= (165 + 170 + 168 + 160) cm
= 663 cm
Minima tinggi
= 663 cm / 4
= 165.75 cm (~166 cm)
- Dalam sebuah sekolah terdapat seramai 380 orang pelajar tingkatan empat. 80% telah mengambil peperiksaan Matematik Tambahan. 1/4 daripadanya telah gagal dalam peperiksaan tersebut. Berapakah jumlah pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut.
A. 156 orang
B. 228 orang
C. 177 orang
D. 224 orang
Jawapan : B. 228 orang
Jumlah pelajar T4 = 380 orang
Pelajar Matematik Tambahan = 80%
= 80% x 380 orang
= 80/100 x 380 orang
= 0.8 x 380 orang
= 304 orang
Pelajar Gagal = 1/4
Pelajar Lulus
= 1 – 1/4
= 4/4 – 1/4
= 3/4 orang
Oleh itu, pelajar lulus
= 3/4 x 304 orang
= 0.75 x 304 orang
= 228 orang
- Puan Shafiena menghantar anaknya ke tadika pada pukul 9.00 pagi dan menjemput anaknya pulang pada pukul 11.45 pagi. Jika masa rehat anaknya di tadika itu selama 1/2 jam, berapakah tempoh masa aktiviti
pembelajaran anaknya?
A. 2 Jam 15 Minit
B. 2 Jam 25 Minit
C. 2 Jam 35 Minit
D. 2 Jam 45 Minit
Jawapan : A. 2 Jam 15 Minit
Tempoh di tadika
= 9.00 pagi hingga 11.45 pagi
= 2 Jam 45 Minit
Tempoh pembelajaran
= Tempoh di tadika – masa rehat
= 2 Jam 45 Minit – 1/2 Jam
= 2 Jam 45 Minit – 30 minit
= 2 Jam 15 Minit
1 Jam = 60 minit
= 1/2 Jam x 60 minit
= 0.5 Jam x 60 minit
= 30 Minit
- Maisarah membuat sebiji kek Almond Cheese. Dia memberi 2/5 daripada kek tersebut kepada rakannya dan 1/5 kepada jirannya. Berapakah baki kek Almond Cheese Maisarah ?
A. 1/5
B. 2/5
C. 3/4
D. ¼
Jawapan : B. 2/5
Kek Almond Cheese = 1 biji
Bahagian rakan = 2/5
Bahagian jiran = 1/5
Baki Kek
= 1 – 2/5 – 1/5
= 5/5 – 2/5 – 1/5
= 2/5
- Di antara persamaan garis lurus dibawah, yang manakah mempunyai padanan yang selari.
A. y = x + 2 dan y – 4x + 1 = 0
B. y/2 = – x – 2 dan 2y + 4x – 8 = 0
C. 2y = 5 + 6x dan 2y – 4x + 1 = 0
D. 3y – x = 6 dan 2y – 8 -x = 0
Jawapan : B. y/2 = – x – 2 dan 2y + 4x – 8 = 0
y/2 = – x – 2 2y + 4x – 8 = 0
y/2 = – x – 2 2y + 4x – 8 = 0
y = – 2x – 4 2y = – 4x + 8
m = -2 y = (- 4x + 8)/2
y = -2x + 4
m = -2
Susunkan persamaan dalam bentuk y = mx + c
Kedua-dua mempunyai kecerunan yang sama iaitu m = -2
Oleh itu, kedua-dua persamaan ini adalah selari
- Gaji pokok Nora ialah RM 1200. Dia dibayar komisen 3% berdasarkan jualannya. Berapakah jualan minimum hingga ribu yang terdekat, supaya jumlah pendapatannya melebihi RM 2120 sebulan?
A. RM 6,000
B. RM 14,560
C. RM 53,600
D. RM 31 000
Jawapan : D. RM 31,000
Jumlah pendapatan > RM 2120
Minimum Jualan = RM x
RM 1200 + 3% Minimum Jualan > RM 2120
RM 1200 + (3/100) (RM x) > RM 2120
0.03 x > RM 2120 – RM 1200
0.03 x > RM 920
x > 920 / 0.03
x > RM 30,667
- Suhu di sebuah bandar pada pukul 8 malam ialan -19°C. Enam jamkemudian, suhunya jatuh sebanyak 5°C sebelum naik semula sebanyak8°C lima jam berikutnya. Hitung suhu di bandar itu pada pukul 7 pagi.
A. -24°C
B. -16°C
C. -10°C
D. -1°C
Jawapan : B. -16°C
Jam 8 malam = – 19°C
6 jam kemudian = 8.00 malam + 6 jam = 2.00 pagi = -19 – 5 = – 24°C
5 jam berikutnya = 2.00 pagi + 5 jam = 7.00 pagi = -24 + 8 = -16°C
- ( – 8/9 ) ÷ 1/18 – 4 × (-1 3/8) , selesaikan.
A. -10 1/2
B. 27 1/2
C. -11 3/14
D. 9 2/15
Jawapan : A. -10 1/2
( – 8/9 ) ÷ 1/18 – 4 × (-1 3/8)
= ( – 8/9 ) x 18/1 – [4 × (-1 3/8)]
= ( – 8/9 ) x 18/1 – [4 × (-11/8)]
= – 144/9 – [- 44/8]
= – 16 + 11/2
= – 32/2 + 11/2
= – 21/2
= – 10 ½
Tapi untuk persediaan yg lebih mantap dan lengkap, anda digalakkan mendapatkan rujukan exam PTD di bawah..
Dapatkan rujukan penuh contoh soalan seksyen Pengetahuan Am dan dua lagi seksyen PTD M41 di bawah:
Selain itu,
Anda juga boleh membaca huraian yg lebih terperinci mengenai seksyen ini dan juga mendapatkan lebih banyak contoh-contoh soalan di soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini.