Anda dipanggil ke ujian psikometrik Akauntan Gred WA41 ambilan Jabatan Akauntan Negara (JANM) pada kali ni? Selain jawatan Penolong Pegawai Veterinar G29, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Akauntan WA41. Di bawah disertakan penerangan ringkas mengenai psikometrik dan juga beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Akauntan WA41 untuk kemudahan rujukan anda sebelum hadir ujian psikometrik nanti.
Ujian psikometrik ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Akauntan WA41.
Nota Penting: Bagi anda yang baru sahaja dipanggil ke sesi temuduga Akauntan WA41 untuk ambilan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 13 Disember 2023 – 29 Disember 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh anda baca di soalan temuduga Akauntan WA41 ini.
Sebelum itu, bagi anda yg dapat panggilan exam online Akauntan WA41. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Akauntan WA41.
Baca – Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29
Gaji AKAUNTAN WA41
Sebagai calon yang memohon Akauntan WA41 sudah pasti anda maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Akauntan WA41 termasuk di dalam kategori Pengurusan dan Profesional.
Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Akauntan WA41, basic-nya adalah RM2,820.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM225.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!
Saya tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan Akauntan WA41 kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.
12 Contoh Soalan Ujian Psikometrik AKAUNTAN WA41
1) Saya mudah berasa terganggu apabila orang lain mencampuri hal atau urusan kerja saya.
A. Betul
B. Salah
2) Saya lebih banyak mendengar daripada mengeluarkan pendapat peribadi.
A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah
3) Saya suka apabila ada tetamu yang datang ke rumah.
a. Setuju
b. Tidak Setuju
4) Saya cukup risau andai kawan saya mengalami kegagalan.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Saya amat peka terhadap perubahan alam di sekeliling
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya kurang mempedulikan jika kawan saya mengalami kekecewaan. Nanti orang cakap saya jaga tepi kain orang pula.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya mengemas katil dan tempat tidur hanya selepas balik kerja.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya akan bersungguh-sungguh membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada setiap waktu.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Saya tak berkawan dengan orang yang tidak menepati janji.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Peribahasa ‘Semut menghurung gula’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25
B. 35
c. 115
D. 125
12) Berapa kalikah putaran jarum saat dalam tempoh 3 jam?
A. 180
B. 150
C. 120
D. 60
Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?
Iya. Memang benar. Dalam ujian psikometrik Akauntan WA41 turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.
Biasanya tidak la begitu sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi). Bagi yang memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai hal ini, sila baca contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type) ini.
Selain itu, bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Akauntan WA41 ini. Termasuk 200 contoh soalan, skema jawapan dan nota-nota padat. Boleh dapatkan versi penuh rujukan psikometrik Akauntan WA41.
Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik AKAUNTAN WA41
Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik Akauntan WA41. Semoga berkongsian kali ini boleh membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian online yang akan anda duduki kelak.
Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan U41
Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik AKAUNTAN WA41 Yang Betul
Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.
Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:
- bising
- panas
- laluan orang
- liputan internet kurang baik
Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.
Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Veterinar G29
Selami Sikap Baik Anda
Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?
Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Akauntan WA41, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.
Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.
Nampak? Anda dah mula keliru kan.
Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Akauntan WA41 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!
Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.
Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.
Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41
Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.
Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.
Saya selalu didenda semasa zaman persekolahan dahulu.
Jawab BETUL, SALAH atau TIDAK PASTI.
So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.
SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.
Serem tak? Haha..
OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.
Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.
Nampak tak di situ!
Nak lagi contoh soalan Ujian Psikometrik Akauntan WA41, beserta jawapan penuh dan nota-nota ujian psikometrik yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.
Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pegawai Latihan E19
Ketekalan Dalam Menjawab Ujian Psikometrik AKAUNTAN WA41
Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.
Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!
Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Akauntan WA41 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.
Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!
Hal ini memang mereka sengajakan.
Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.
Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?
Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!
Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.
Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!
Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!
Berita yang paling tidak baik ialah perangkap ujian psikometrik Akauntan WA41 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.
Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Sains C41
Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik AKAUNTAN WA41?
Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik?
Jawapan pendek – buat latih tubi.
Jawapan panjang – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikometrik. Dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:
✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik
Atau pun,
Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Anda juga boleh baca dahulu penerangan dan penjelasan yg detil mengenai ujian psikometrik ini di contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type). Dijamin kekeliruan dan keserabutan anda akan beransur hilang apabila lebih faham bagaimana ujian ini ditadbir.
Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.
Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.
Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41
Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik AKAUNTAN WA41
Apa tugas Akauntan WA41?
Seorang Akauntan WA41 adalah bertanggungjawab:
Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.
Basic gaji Akauntan WA41
Basic gaji Akauntan Gred WA41 ialah RM2,820.00. Belum masuk elaun lagi..
Penutup
Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.
Ya.. betul sekarang anda bukan calon Akauntan WA41.
Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Akauntan WA41 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).
Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.
Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.
Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Akauntan WA41.
Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!