Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur J41

Anda dipanggil ke ujian psikometrik Juruukur Gred J41 ambilan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pada kali ni? Selain jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Juruukur J41. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Juruukur J41 untuk kemudahan rujukan sebelum hadir ujian psikometrik nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur J41

Nota: Bagi yg dah melepasi ujian psikometrik dan kini dipanggil ke temuduga Juruukur J41 untuk ambilan di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 15 Februari 2023 – 24 Februari 2023 ini. Syabas diucapkan! Buat sehabis baik. Kena perform betul2 dlm sesi temuduga. Persiapan awal perlu dilakukan termasuklah membaca contoh soalan temuduga Juruukur J41 ni.

Ujian psikometrik ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Juruukur J41.

Penjadualan Ujian Psikometrik Tahun 2022

  • Juruukur Gred J41
    (Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 9 Disember 2022]

Baca – Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Gaji Juruukur J41

Sebagai calon yang memohon Juruukur J41, sudah pasti anda maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Juruukur J41 termasuk di dalam kategori Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu).

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja, basic-nya adalah RM2,529.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM225.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!

Saya tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.

Baca juga – Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

12 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur J41

1) Saya seorang yang mudah berputus asa apabila dikritik oleh orang lain.

A. Betul
B. Salah

2) Saya _ bertolak ansur terhadap orang yang berjanji tetapi tidak menepati.

A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

3) Sungguh pun membincangkan sesuatu hal yang boleh dikatakan mustahak, saya masih boleh bergurau-senda.

a. Setuju
b. Tidak Setuju

4) Saya kurang suka menerima hadiah berbentuk wang. Berbanding ucapan semasa menyambut ulang tahun saya.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Pepatah ‘biar putih tulang, jangan putih mata’ sudah tidak releven pada masa ini.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya tidak peduli jika kawan saya mengalami gagal.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya mengemas katil dan tempat tidur selepas bangun setiap hari.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Saya akan berhempas-pulas berusaha membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang waktu.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Saya tidak suka berkawan dengan orang yang suka mungkir janji.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Saya gembira melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?

A. 25
B. 35
c. 115
D. 125

12. Saya menerima alasan daripada rakan yang tidak menepati janji.

A. Ya
B. Tidak

Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?

Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Juruukur J41 turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.

Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi).

Bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Juruukur J41 ini. Boleh dapatkan rujukan psikometrik Juruukur J41.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Juruukur J41

Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian online yang akan anda duduki kelak.

Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Yang Betul

Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.

Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:

  • bising
  • panas
  • laluan orang
  • liputan internet kurang baik

Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.

Jangan lupa baca kisah Ali dan Ujian Psikometrik. Banyak isi tersirat yang boleh dijadikan panduan di dalamnya.

Selami Sikap Baik Anda

Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?

Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Juruukur J41, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.

Nampak? Anda dah mula keliru kan.

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Juruukur J41 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.

Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.

Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19

Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.

Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.

Saya selalu didenda sewaktu di sekolah menengah.

Jawab YA atau TIDAK.

So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.

SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.

Takut tak? Haha..

OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak tak di situ!

Nak lagi contoh soalan, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.

Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

Ketekalan Dalam Menjawab Ujian Psikometrik Juruukur J41

Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.

Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!

Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Juruukur J41 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.

Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!

Hal ini memang mereka sengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?

Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!

Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!

Berita yang paling tidak baik ialah perangkap ujian psikometrik Juruukur J41 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.

Rujukan tambahan : Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41

Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Juruukur J41?

Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik?

Jawapan pendek – buat latih tubi.

Jawapan panjang sikit – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikomterik. Dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:

✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur J41

Atau,

Anda juga boleh baca dahulu penerangan dan penjelasan yg detil mengenai ujian psikometrik ini di contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type). Dijamin kekeliruan dan keserabutan anda akan beransur hilang apabila lebih faham bagaimana ujian ini ditadbir.

Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.

Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.

Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.

Ya.. betul sekarang anda bukan calon Juruukur J41.

Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Juruukur J41 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).

Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.

Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.

Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Juruukur J41.

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Leave a Comment

error: Content is protected !!