Anda dipanggil ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 ambilan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 17 Oktober 2024 ni? Selain jawatan Penolong Pegawai Perikanan G5, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Penolong Pegawai Pertanian G5. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5 untuk kemudahan rujukan sebelum hadir ujian psikometrik nanti.
Isi Kandungan
Ujian psikometrik ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Penolong Pegawai Pertanian G5.
Nota Penting: Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik ini, cabaran getir seterusnya yg anda kena lepasi ialah sesi temuduga Penolong Pegawai Pertanian G5 utk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Oktober 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh anda baca di soalan temuduga Penolong Pegawai Pertanian G5 ini.
Sebelum itu, bagi anda yg dapat panggilan exam online Penolong Pegawai Pertanian G5. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk PSEE boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertanian G5.
Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Pertanian G5 Tahun 2025
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 17 Julai 2024, bilangan kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Pertanian G5 di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis adalah sebanyak 1 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 4 orang.
Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya anda membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Anda da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh anda terhadap perkongsian ini!
Semakan Ujian Psikometrik
- PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G5
(PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[ Tarikh PSEE: 17 Okt 2024]
Gaji Penolong Pegawai Pertanian G5
Sebagai calon yang memohon Penolong Pegawai Pertanian G5, sudah pasti anda maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian G5 termasuk di dalam kategori Sokongan dan Pelaksana.
Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Penolong Pegawai Pertanian G5, basic-nya adalah RM1,500.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM145.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!
Saya tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan Penolong Pegawai Pertanian G5 kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.
12 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5
1) Boleh dikatakan saya agak sering juga menghadapi masalah kewangan.
A. Betul
B. Salah
2) Saya lebih banyak memasang telinga berbanding mengeluarkan pendapat peribadi.
A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah
3) Saya berasa sedikit kecil hati apabila rakan lain diberi penilaian cemerlang sedangkan saya rasa saya lebih baik.
a. Setuju
b. Tidak Setuju
4) Saya cukup bimbang andai kawan yang rapat mengalami kegagalan.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Saya berasa agak payah menjauhkan diri daripada perkara yang negatif di tempat kerja.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya cuba tidak mempedulikan jika kawan saya mengalami kekecewaan. Nanti orang cakap saya jaga tepi kain orang pula.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya lebih selesa menyembunyikan perasaan daripada meluahkan kepada orang lain.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya berikrar untuk membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat di sepanjang waktu.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Saya masih boleh bersahabat dengan orang yang tidak menepati janji.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Peribahasa ‘kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Dari nombor 21 hingga nombor 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25
B. 35
c. 115
D. 125
12) Berapa kali putaran jarum saat dalam tempoh 3 jam?
A. 180
B. 150
C. 120
D. 60
Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?
Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5 turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.
Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi). Bagi yang memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai hal ini, sila baca contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type) ini.
Selain itu, bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Penolong Pegawai Pertanian G5 ini. Termasuk 200 contoh soalan, skema jawapan dan nota-nota padat. Boleh dapatkan versi penuh rujukan psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5.
Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5
Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5. Semoga berkongsian kali ini boleh membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian online yang akan anda duduki kelak.
Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5
Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.
Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:
- bising
- panas
- laluan orang
- liputan internet kurang baik
Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.
Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Veterinar G5
Selami Sikap Baik Anda
Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?
Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.
Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.
Nampak? Anda dah mula keliru kan.
Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!
Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.
Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.
Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perikanan G5
Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.
Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.
Saya selalu didenda semasa zaman persekolahan dahulu.
Jawab sama ada: a) BETUL, b) SALAH atau c) TIDAK PASTI.
So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.
SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.
Serem tak? Haha..
OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.
Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.
Nampak tak di situ!
Nak lagi banyak contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5? Nak jawapan sekali serta nota ujian psikometrik yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.
Ketekalan Dalam Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5
Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.
Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!
Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Penolong Pegawai Pertanian G5 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.
Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!
Hal ini memang mereka sengajakan.
Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.
Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?
Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!
Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.
Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!
Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!
Berita yang paling tidak baik ialah perangkap dalam soalan-soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.
Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir N9 (Rekod Perubatan)
Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5?
Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik?
Jawapan pendek – buat latih tubi.
Jawapan panjang – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikometrik. Dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:
✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik
Atau pun,
Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Anda juga boleh baca dahulu penerangan dan penjelasan yg detil mengenai ujian psikometrik ini di contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type). Dijamin kekeliruan dan keserabutan anda akan beransur hilang apabila lebih faham bagaimana ujian ini ditadbir.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Umum Psikometrik Ni?
Ada enam sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan umum psikometrik ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Sebab nombor 3 tu paling win sekali!
1) Anda jadi insan mulia
Sebagai makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan psikometrik ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5 ini, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yang sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.
2) Hati jadi riang gembira
Nota ringkas & padat dlm rujukan psikometrik ni akan menjimatkan tenaga anda. Tidak perlu berlari seluruh Internet mencari bahan utk menghadiri psikometrik yang betul. Tidak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main League of Legends
Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan umum psikometrik (yang sesuai digunakan oleh calon ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5 ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa ujian psikometrik je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom.. streaming sampai pagi!
4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan psikometrik dan skema jawapan yang diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar ujian psikometrik. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi format soalan psikometrik yang hampir sama.
Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan psikometrik kerajaan. Semenjak ujian psikometrik masih bertulis dan berpusat lagi. Pada ketika itu masih dikenali sebagai ujian sahsiah dan minat!
5) Boleh simpan duit lebih (utk kawin)
Rujukan ujian psikometrik ni murah giler. Cuma RM40 sahaja untuk pakej basic. Pakej basic ini sebenarnya sudah memadai utk kegunaan anda. Oh.. ya, apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sangat pun. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
6) Dan lagi hawau..
Disebabkan kemurahan rujukan ujian psikometrik ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yang ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.
7) Huraian jawapan disediakan!
Feature terbaru utk rujukan psikometrik versi 2022! Tidak seperti tahun-tahun sudah, pada kali ini huraian jawapan disediakan. Ini bagi memantapkan lagi kefahaman calon berkenaan kehendak soalan ujian psikometrik. Contoh huraian jawapan ini, boleh lihat sedikit di bawah..
Sempat ke pos buku Psikometrik ni?
Rujukan ujian psikometrik ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Anda akan diberikan akses ke laman download utk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama tu baru leh dapat rujukan psikometrik ni pas bayar?
Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau anda beli menggunakan FPX (via billplz) / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.
Lagi pun..
Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!
Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.
Jadi dapatkan segera rujukan contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5 ini sebelum jualan ditutup.
Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5
Apa tugas Penolong Pegawai Pertanian G5?
Seorang Penolong Pegawai Pertanian G5 adalah bertanggungjawab:
Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.
Basic gaji Penolong Pegawai Pertanian G5
Basic gaji Penolong Pegawai Pertanian G5 ialah RM1,494.00.
Penutup
Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.
Ya.. betul sekarang anda bukan calon Penolong Pegawai Pertanian G5.
Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).
Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.
Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.
Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5.
Selamat menduduki ujian psikometrik!