Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Kali ni, kita bercerita mengenai deskripsi tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Secara am, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik berperanan merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah / daerah / tempatan / tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan / pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Assesment Centre Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Disebabkan tanggungjawab yang besar di atas, maka memasuki dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik bukanlah semudah yang disangka. Calon-calon yang berkelayakan (memiliki ijazah Sarjana Muda) akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN.

Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemuduga. Calon-calon yang berjaya dalam temuduga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M9 dan dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan mesti lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Gaji Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Bercerita tentang gaji. Gaji permulaan seorang PTD adalah pada kadar Rm2,580.00. Itu adalah gaji pokok dan belum termasuk elaun-elaun penjawat awam lain yang ditawarkan. Sementara KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah RM225.00 setahun. Gaji maksimum seorang PTD M9 terima adalah pada paras RM11,110.00.

Syarat kelayakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM2,580.00); atau
    2. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,130.00); atau
    3. Ijazah Kedoktoran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,350.00).

dan

  1. lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
  2. hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Rujukan Penilaian Psikologi Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Adakah anda terlibat dengan Penilaian Psikologi Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada Februari 2025 ini?

Untuk koleksi lengkap contoh-contoh soalan beserta skema jawapan, anda digalakkan mendapatkan rujukan contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M9 di bawah!

Rujukan Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Beli Rujukan contoh Soalan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Atau,

Anda mungkin mahu membaca terlebih dahulu dan memahami contoh soalan Penilaian Psikologi Pegawai Tadbir Diplomatik M9! Dah tahu belum? Kalau belum. Elok baca cepat!

MENGENAI RUJUKAN PEGAWAI TADBIR Dan DIPLOMATIK M9

Secara ringkas, rujukan psikometrik Pegawai Tadbir dan Diplomatik M9 ini mengandungi perkara-perkara berikut:

Rujukan persediaan exam online ini disusun khas mengikut format exam 2025 yang jauh berbeza dengan format 2017-2018

Dah tolong ramai calon lulus sebelum ini dan tahun ini kami doakan giliran anda pula!

Contoh soalan & cara penyelesaian setiap soalan. Jadi anda boleh dapat idea jelas apa dan bagaimana soalan ditanya. Tak perlu blurrr lagi!

Nota-nota ringkas Matematik. Tajuk-tajuk yang menjadi soalan lazim penilaian Seksyen Matematik SPA. Buat apa studi topik-topik yang tak pernah ditanya dalam exam SPA seperti “Plan & Dongakan”. Studi yang pernah ditanya jer! Kami tunjukkan.

Semua maklumat yang terkandung didalamnya adalah ilmu dan informasi yang benar dan tepat, yang dikumpul dan dihimpunkan daripada pengetahuan serta pengalaman calon-calon yang telah pun berjaya dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M9.

Inilah satu-satunya rujukan dan panduan yang boleh anda gunakan untuk mencapai impian menjawat jawatan di sektor awam.

Berikut adalah apa yang anda akan miliki sekiranya mendapatkan rujukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini :

  • Panduan lengkap yang menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon exam Pegawai Tadbir Diplomatik M9.
  • Huraian secara terperinci perangkap Penilaian Psikologi online Pegawai Tadbir Diplomatik M9.
  • Contoh soalan Penilaian Psikologik Pegawai Tadbir Diplomatik beserta skema jawapan untuk memudahkan ulangkaji pantas.
  • Nota khas matematik merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu anda!

Leave a Comment

error: Content is protected !!