Tahun 2014, ramai graduan yang tersenyum. Mana tidaknya, impian untuk kerja di kerajaan semacam makin hampir dengan pengumuman daripada Tan Sri Pengerusi SPA:
“Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan kira-kira 100,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk diisi dalam tahun ini“.
Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam, berkata kekosongan jawatan itu membabitkan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.
Jika anda antara yang tersenyum, ada satu lagi fakta untuk anda (yang barangkali membuat senyuman tadi sedikit pudar):
Tahun 2010, Tahun 2011 & Tahun 2012 – data menunjukkan lebih 92% GAGAL dalam permohonan mereka di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Lebih 1 juta permohonan tiap tahun dan 92% GAGAL. Aaaaaaaaaaaaah ternganga saya!
Yang bagusnya ada graduan yang tak kenal berputus asa dan ada yang mencuba sehingga 7 kali baru lepas dan akhirnya berjaya menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.
“What you focus will expand”
Tak putus asa dan akhirnya sampai ke puncak.
Tapi, kenapa hanya fokus untuk masuk kerja kerajaan melalui saluran SPA saja? Ini persoalan yang mempunyai pelbagai jawapan sebenarnya. Tergantung kepada siapa kita tanyakan.
Apa yang mungkin menarik untuk diketahui, sebenarnya banyak lagi saluran lain (selain SPA) yang boleh anda cuba untuk dapat bekerja di sektor awam. Anda boleh semak dan muatturun senarai 241 Saluran Alternatif untuk masuk kerja kerajaan melalui pautan di bawah:
>> Senarai Lengkap 241 Agensi Kerajaan
Ingin saya ingatkan, senarai 241 agensi ini, termasuk 7 langkah strategik dan template resume khas untuk memohon kerja di agensi kerajaan dan badan berkanun yang dipaparkan ini adalah produk berbayar.
Nota: Jualan senarai 241 agensi kerajaan dihentikan buat sementara sehingga dimaklumkan kelak. Mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.