Gaji Pokok, Elaun Khas Dan Kemudahan Jururawat

Jururawat ialah profesional dalam bidang penjagaan kesihatan. Seorang Jururawat adalah berperanan dalam aspek keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.

Gaji Pokok, Elaun Khas Dan Kemudahan Jururawat

Nota Penting: Buat anda yg baru sahaja menerima panggilan ke ujian psikometrik Jururawat Gred U29 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Mei 2024 ini. Syukur. Rezeki jangan disia-siakan. Buat persediaan yg paling mantap! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U29.

Definisi Jururawat

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan jururawat sebagai [ju.ru.ra.wat] | جوروراوت orang yg menjaga orang sakit (di hospital dll). Kali ini, dengan ringkas sahaja, kita akan melihat gaji pokok, elaun khas dan kemudahan jururawat.

Gaji Jururawat Berdasarkan Gred

Peringkat dan tangga gaji Jururawat mengikut gred adalah seperti berikut. Ini adalah gaji pokok ya:

  1. Gred Jururawat U29 – RM 1493.44 (P1T6) hingga RM 3057.39 (P1T27)
  2. Gred Jururawat U32 – RM 1959.29 (P1T1) hingga RM 3656.38 (P1T20)
  3. Gred Jururawat U36 – RM 3057.36 (P1T1) hingga RM 4521.51 (P1T11)
  4. Gred Jururawat U42 – RM 1999.19 (P1T1) hingga RM 4723.81 (P1T24)
  5. Gred Jururawat U44 – RM 3028.90 (P1T1) hingga RM 5018.81 (P1T14)
  6. Gred Jururawat U48 – RM 4431.54 (P1T1) hingga RM 5882.85 (P1T08)
  7. Gred Jururawat U52 – RM 4992.31 (P1T1) hingga RM 6443.62 (P1T08)
  8. Gred Jururawat U54 – RM 5258.09 (P1T1) hingga RM 6843.02 (P1T08)

Elaun khas jururawat

Jururawat adalah layak menerima elaun khas tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Elaun-elaun tersebut adalah seperti berikut:

1. Bantuan Sara Hidup (COLA) pada kadar RM 100.00 hingga RM 300.00 bergantung pada tempat bertugas.

2. Bayaran Insentif Perudara kepada Jururawat yang terlibat dalam aktiviti rawatan perubatan udara iaitu RM 30.00 bagi satu penerbangan pergi dan balik.

3. Bayaran Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta diberikan kepada Jururawat yang bertugas sepenuh masa merawat pesakit jiwa, tibi, dan kusta pada kadar RM 60.00 sebulan.

4. Bayaran Insentif Pos Basik kepada semua anggota paramedik yang memenuhi syarat pada kadar RM 100.00 sebulan.

5. Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan & Elaun Balik Kampung bagi anggota yang memenuhi syarat

Baca – Senarai kolej kejururawatan negara.

Kemudahan lain yang layak jururawat terima

Kemudahan-kemudahan lain yang layak diterima oleh Jururawat adalah seperti berikut:

01. Kemudahan perubatan percuma untuk individu, keluarga dan ibu bapa

02. Kuarters (jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan) iii. Pinjaman perumahan

03. Pinjaman komputer

04. Pinjaman kenderaan

05. Skim pencen atau KWSP

06. Peluang melanjutkan pelajaran/latihan

07. Elaun dalam perkhidmatan seperti berikut:

Baca – Panduan menjadi Jururawat Masyarkat U19.

– Elaun bertugas rasmi

– Elaun kemudahan dan bayaran bertukar / berpindah rumah dalam negeri

– Elaun berkursus

– Elaun bertugas di seberang laut

08. Kelayakan cuti seperti berikut:

– Cuti tahunan sebanyak 25 hari

– Cuti separuh gaji

– Cuti tanpa gaji

– Cuti mengerjakan haji selama 40 hari

– Cuti sakit dan cuti sakit lanjutan

– Cuti kerana berkursus

– Cuti tanpa rekod (perayaan, gantian, menghadiri peperiksaan dan lain-lain)

09. Kemudahan pengurusan jenazah anggota sebanyak RM 1,000.00 (Sila rujuk Perintah Am Bab C)

Bagaimana?

Menarik bukan gaji dan elaun yang ditawarkan. Jadi kepada yang berminat menyertai kerjaya sebagai seorang jururawat, jemput baca cara-cara memohon Jururawat yang betul.

Bagi korang dipanggil ke temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Jururawat (PSL) Sesi Januari 2023 pada 17 Oktober 2022 – 20 Oktober 2022 (Calon Semenanjung) dan pada 17 Oktober 2022 – 18 Oktober 2022 (Calon Sarawak) ni? Tahniah2 diucapkan. Sila dapatkan bahan rujukan dan ulangkaji yg sesuai di contoh soalan temuduga Latihan Jururawat.

Bagi korang yang dipanggil ke temuduga latihan Jururawat. Setakat hari ini, rujukan yang paling sesuai sebelum korang menyerah diri kepada penemuduga berkenaan adalah rujukan temuduga separa perubatan.

rujukan soalan temuduga jururawat

So, itulah dia gaji nurse berserta dengan elaun khas dan kemudahan yang seorang nurse terima. Gaji nurse kerajaan ini adalah yang sedang berkuatkuasa pada masa ini berdasarkan undang-undang yang ada. Jika terdapat perubahan semasa, kami akan kemaskini laman ini untuk memberikan maklumat yang lebih tepat.

29 thoughts on “Gaji Pokok, Elaun Khas Dan Kemudahan Jururawat”

  1. jururawat masyarakat u19 tiada dalam senarai golongan JURURAWAT jgk kn….apala nasib JM U19..tiada elaun cola..tiada elaun kritikal…JM U19 pn bekerja guna alat2 tajam jgk…hmm…nasib xmyebelahi golongan JM U19..sedihnyerr….

    Reply
  2. jururawat yang bertugas di setiap klinik 1 malaysia yang bekerja hari minggu iaitu sabtu dan ahad layak tak menerima bayaran kerja lebih masa?

    Reply
  3. jururawat gredu29 boleh tak naik pangkat ke gred lebih tinggi?atau slamanya d takuk yg lama cuma gaji sja yg mungkin naik?answer plss

    Reply
  4. JM masih menyerlah peranan mereka kat KD/KK/atau MCH unit/wad bersalin….

    Tapi perlu diingat sesuatu perubahan besar perlu dilakukan oleh para pemikir JM…buat satu post mortem tugas dan halatuju masa depan mereka..

    Jadikan apa yang berlaku dan akan berlaku sebagai batu loncatan untuk menambah baik profesion JM itu sendiri, tiada orang lain yang boleh membantu, kecualilah para penjawat jawatan JM itu sendiri…

    Salah satu yang boleh dibuat kertas kerja adalah menaik taraf sijil JM kepada Diploma…JM tetap JM, tidak usah nak tukar profesion jadi PPP atau JT..biarlah JM dengan identitinya sendiri, tapi yang penting taraf sijil itu ditambah taraf sebagai Diploma.

    Bagi JM yang dah dapat gred U26 (5 tahun pad gred tersebut) bagilah satu 'penganugerahan' khas, mereka boleh dinaik serap ke Diploma skill (U29)..seperti mana PPP & SN yang sekarang ni yang tiada degree tapi dah pada gred U36 mereka boleh naik ke U41/U42…

    Bagi JMU19 – berilah mereka kursus anjakan selama 6 bulan untuk membolehkan mereka ditempatkan pada skill gaji JMU29..

    Begitu juga dengan JM U24…mereka pula diwajibkan mengikuti kursus selama 3 bulan untuk membolehkan mereka menjawat skill JMU29

    Bagi kursus asas untuk JM pula..tempoh 2 1/2 tahun sekarang bolehlah ditambah kepada 3 tahun, dengan penambahbaikan kepada kursus dan program yang diberikan. Dengan itu bilamana mereka keluar nanti, jawatan JM gred U29 semestinyalah dalam tangan..

    siape setuju ni..

    Reply
  5. Saya memang dalam industri jururawat, tapi jururawat swasta, 6 taun dalam medical surgical, boleh apply kerajaan x? apply spa xpnah pggil pn.

    Reply
    • Boleh aje mintak kat Pihak BerKuasa Tempatan ( P.B.T ) seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( D.B.K.L ) atau Institut Pengajian Tinggi Awam ( I.P.T.A ) seperti Universiti Malaya ( U.M ) , Universiti Putra Malaysia ( U.P.M ) , Universiti Kebangsaan Malaysia ( U.K.M ) , Universiti Teknologi Mara ( U.i.T.M ) , Universiti Sains Malaysia ( U.S.M ) , Universiti Utara Malaysia ( U.U.M ) , Universiti Islam AntaraBangsa ( U.I.A ) , Universiti Sains Islam Malaysia ( U.S.I.M ) , Universiti Pertahanan Malaysia ( U.P.N.M ) dan lain – lain I.P.T.A yang lain yang ada Jabatan Kesihatan dan Perubatan . Betulkan kalau ada kesilapan ?

      Reply
  6. Tbk…13taun khidmat akn naik pgkat n gred….lau nk cpt 10thn srvice mintak la jd sister…xpon smbung study lps tu leh la jd matron then pngajar….nuraing ni can be abroad spectrum

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!