Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2023

Jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2023 di yang dikongsikan di bawah adalah berdasarkan Lampiran 1 Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuatkuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia, dengan rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021 bertajuk : Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.

Surat Pekeliling ini berkuatkuasa bermula pada tarikh ia dikeluarkan, iaitu 2 November 2022.

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2023

Tinggal kurang sebulan sahaja lagi sebelum tahun 2022 berakhir dan akan digantikan dengan tahun yang baru iaitu tahun 2023. Oleh itu, pasti banyak persiapan yang bakal dibuat bagi menyambut tahun baru tidak lama lagi. Sudah pasti banyak azam baru yang ingin dilakukan apabila memasuki tahun baru. Tidak terlepas juga pasti ada di antara anda yang sudah berazam untuk menjadi penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2023 ini bukan?

Nota: Kerap mengalami masalah duit gaji habis? Baru seminggu gaji masuk, dah sesak paras leher? Cuba baca Tips Simpan Duit Bagi Mereka Yang Bergaji Kecil. Ambil tips dari sana!

Jadual gaji 2023 ini sangat penting bagi mana-mana kakitangan kerajaan kerana ianya dapat memberikan persediaan kepada setiap kakitangan kerajaan mengenai tarikh gaji agar anda dapat melakukan pengurusan perbelanjaan bulanan dengan lebih bijak dan berhemat.

Dah semak berapa baki loan Bank Rakyat anda? Lagi berapa tahun loan habis? Kalau belum semak, boleh tengok di Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Secara Online.

Sebelum anda meneliti jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2023 berikut, anda perlu tahu bahawa jadual gaji 2023 ini juga dikenali sebagai emolumen bulanan kakitangan awam atau penjawat awam. Ini kerana, setiap pembayaran gaji dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling yg dikeluarkan oleh kementerian Kewangan Malaysia. Oleh itu, berikut merupakan jadual gaji penjawat awam 2023.

BulanTarikhHariCatatan
Januari17.01.2023SelasaTahun Baru Cina
22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
Februari24.02.2023Jumaat
Mac24.03.2023Jumaat
April17.04.2023IsninHari Raya Puasa
22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)
Mei25.05.2023KhamisHari Pesta Kaamatan
30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)
Jun23.06.2023JumaatHari Gawai
1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)

Hari Raya Haji
29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
Julai25.07.2023Selasa
Ogos25.08.2023Jumaat
September25.09.2023Isnin
Oktober25.10.2023Rabu
November24.11.2023JumaatHari Deepavali
12 November 2023 (Ahad)
Disember19.12.2023SelasaHari Krismas
25 Disember 2023 (Isnin)
Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2023

Jadual gaji 2023 penjawat awam di atas bertabur bila tengok pakai phone?

Kalau begitu, tengok jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2023 dalam format gambar di bawah pula. InsyaAllah cun..

jadual pembayaran emolumen kakitangan kerajaan 2023

Jadual gaji penjawat awam 2023 Bulan Januari

Pada bulan Januari iaitu 17/01/2023 adalah hari pembayaran gaji bagi penjawat awam dan ianya jatuh pada hari Selasa. Pembayaran gaji pada bulan Januari telah diawalkan oleh sebab pada bulan Januari akan disambut perayaan tahun baru cina iaitu pada 22 dan 23 bulan Januari 2023 iaitu hari Ahad dan Isnin.

Baca: Cara Penjagaan Kereta Warna Hitam

Jadual gaji penjawat awam Bulan Februari dan Mac

Pada bulan Februari pula tarikh pembayaran bagi kakitangan kerajaan ialah 24/02/2023 iaitu pada hari Jumaat.

Seterusnya, pada bulan Mac pula, tarikh pembayaran gaji penjawat awam turut dibayar pada 24/03/2023 iaitu pada hari Jumaat. Bagi bulan Februari dan Mac, pembayaran gaji akan dibuat pada tarikh kebiasaannya memandangkan pada bulan tersebut tiada cuti umum diberikan.

Jadual Pembayaran Gaji Bulan April dan Mei

Pada 17/04//2023 iaitu hari Isnin adalah tarikh dan hari yang ditetapkan untuk pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan. Tarikh pembayaran ini juga diawalkan daripada kebiasaannya kerana pada bulan April terdapat cuti umum iaitu Hari Raya Aidilfitri yang bakal di sambut oleh kakitangan kerajaan yang beragama islam pada 22 dan 23 April 2023 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Seterusnya, pada bulan Mei pula pembayaran gaji akan dibuat pada 25/05//2023 iaitu bersamaan hari Khamis. Pembayaran gaji pada bulan Mei sama seperti kebiasaannya walaupun terdapat Pesta Kaamatan (Sabah) pada hari Selasa dan Rabu. Sambutan tersebut akan diraikan pada 30 dan 31 Mei selepas tarikh biasa pembayaran gaji.

Baca juga: Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023

Jadual Pembayaran Gaji Bulan Jun hingga November

Pada bulan Jun hingga November tahun 2023, pembayaran gaji adalah seperti tarikh kebiasaan iaitu 23,24 dan 25 hari bulan. Pembayaran gaji pada bulan Jun akan diberikan pada 23 Jun 2023 manakala bagi bulan Julai hingga November adalah pada 25 hari bulan. Walaupun pada bulan Jun, Julai dan November terdapat beberapa perayaan istimewa namun perayaan-perayaan tersebut adalah selepas tarikh kebiasaan gaji dikeluarkan.

Jadual Pembayaran Gaji Bulan Disember

Pada bulan Disember tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam diawalkan pada 19/12/2023 iaitu pada hari Selasa kerana pada bulan tersebut terdapat perayaan hari Krismas yang jatuh pada 25 Disember 2023 iaitu pada hari Isnin.

Nak print jadual pembayaran gaji

Nak print jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2023 ni untuk diselit ke dalam fail?

Boleh. Takda masalah.

Anda boleh download dan print melalui pautan di portal Akauntan Negara Malaysia (ANM) di Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.

Penutup

Demikianlah jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2023. Ada di antara pembayaran gaji yang diawalkan agar kakitangan kerajaan dapat membuat persiapan untuk menyambut perayaan masing-masing.

Adalah diharapkan jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2023 yang dikongsikan ini membantu persediaan anda mengurus perbelanjaan dengan lebih bijak. Kami doakan anda dapat melunaskan hutang dengan cepat dan tidak terjerumus ke dalam jerat loan lagi.

Leave a Comment

error: Content is protected !!