Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023

Syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, atas khabar yang kita terima bahawasanya kerajaan meneruskan pemberian bantuan Khas Kewangan sebanyak RM350 kepada pesara kerajaan dan akan dibayar pada Januari 2023 ini. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung rakyat jelata tika dan saat ini. Di bawah, kami kongsikan jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023. Adalah diharapkan dengan perancangan penggunaan kewangan yg mapan, duit pencen itu boleh bertahan sehingga jadual bayaran seterusnya masuk.

Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023

Jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023 ini sangat penting bagi mana-mana pesara atau waris kerana ianya dapat memberikan peringatan kepada setiap pesara atau waris mengenai tarikh pencen masuk agar mereka dapat melakukan pengurusan perbelanjaan bulanan dengan baik.

Baca: Jadual Pembayaran PERKESO 2023

Jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023 di bawah adalah berdasarkan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan rujukan JPA 800-1/6/3 ( 25 ) : Jadual 1 – Jadual pembayaran pencen pesara kerajaan Bagi Tahun 2023. Oleh itu, berikut merupakan tarikh-tarikh bayaran pencen yg telah dijadualkan.

BulanTarikhHariCatatan
Januari16.01.2023IsninTahun Baru Cina
22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
Februari20.02.2023Isnin
Mac20.03.2023Isnin
April13.04.2023KhamisHari Raya Puasa
22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)
Mei18.05.2023KhamisHari Pesta Kaamatan
30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)
Jun19.06.2023IsninHari Gawai
1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)

Hari Raya Haji
29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
Julai20.07.2023Khamis
Ogos21.08.2023Isnin
September21.09.2023Khamis
Oktober19.10.2023Khamis
November20.11.2023IsninHari Deepavali
12 November 2023 (Ahad)
Disember14.12.2023KhamisHari Krismas
25 Disember 2023 (Isnin)
Jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023

Nota: Sekiranya jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023 di atas ‘crash‘ di paparan mobile atau smartphone anda, boleh rujuk jadual pembayaran pencen pesara kerajaan dalam format gambar atau jpg di bawah. Selain itu, anda juga boleh download jadual pencen 2023 yg lengkap melalui pautan yg disediakan di bawah perkongsian ini.

Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Bagi Tahun 2023

Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Januari

Jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023 untuk bulan Januari ialah pada 16/01/2023 bersamaan dengan hari Isnin.

Pembayaran pencen pesara pada bulan Januari telah diawalkan sedikit disebabkan pada minggu keempat Januari akan ada sambutan perayaan tahun baru cina iaitu pada 22 dan 23 bulan Januari 2023 (hari Ahad dan Isnin).

Baca juga: Pendaftaran MUET 2023 Online Bagi Sesi 1, 2 Dan 3

Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Februari dan Mac

Untuk bulan Februari pula, jadual bayaran pencen 2023 telah ditetapkan pada 20/02/2023 iaitu bersamaan hari Isnin.

Seterusnya, untuk bulan Mac, jadual pembayaran pencen pesara kerajaan akan dibayar pada 20/03/2023 iaitu pada hari Isnin.

Sementara, bulan Februari dan Mac, jadual pembayaran pencen masing-masing ialah pada 20 Febuari dan 20 Mac .

Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan April dan Mei

13/04//2023 iaitu hari Khamis adalah tarikh dan hari yang dikeluarkan untuk jadual pembayaran pencen bagi pesara untuk bulan April. Tarikh pembayaran ini juga diawalkan daripada kebiasaannya kerana pada bulan April terdapat cuti umum yang diberikan iaitu hari raya puasa yang bakal disambut oleh para pesara beragama Islam pada 22 dan 23 April 2023 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Kemudian, bagi bulan Mei pula jadual pencen 2023 penjawat awam akan dibuat pada 18/05//2023 iaitu pada hari Khamis. Pembayaran pencen pada bulan Mei sama seperti kebiasaannya walaupun terdapat pesta Kaamatan pada hari Selasa dan Rabu kerana sambutan tersebut akan diraikan pada 30 dan 31 Mei yakni selepas tarikh biasa jadual pembayaran pencen pesara kerajaan.

Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Jun hingga November

Bagi bulan Jun hingga November tahun 2023, jadual pembayaran pencen adalah seperti tarikh kebiasaan iaitu 19,20 dan 21 hari bulan. Jadual pembayaran pencen untuk bulan Jun akan dikreditkan pada 19 Jun 2023, manakala bagi bulan Julai pada tanggal 20.07.2023.

Sementara, jadual untuk Ogos ialah 21.08.2023 dan September pada 21.09.2023. Oktober dan November pula masing-masing ialah pada 19 hari bulan dan 20 hari bulan.

Walaupun pada bulan Jun, Julai dan November terdapat beberapa sambutan istimewa namun tarikh-tarikh bagi sambutan tersebut adalah selepas ataupun sebelum jadual pembayaran pencen pesara dikeluarkan.

Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Disember

Akhir sekali, untuk bulan Disember. Jadual pembayaran pencen bagi pesara diawalkan pada 14/12/2023 iaitu pada hari Khamis kerana pada bulan tersebut terdapat perayaan hari Krismas yang jatuh pada 25 Disember 2023 iaitu pada hari Isnin.

Jadi itulah dia, jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023 yang telah ditetapkan kerajaan berdasarkan Arahan Perbendaharaan melalui kementerian kewangan Malaysia.

Ada di antara jadual pembayaran pencen itu yang telah diawalkan agar pesara kerajaan dapat membuat persiapan untuk menyambut perayaan masing-masing.

Muat turun Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023

Bagi para pesara yang ingin memuat turun jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023 dalam bentuk PDF untuk tujuan rujukan akan datang. Tuan/puan boleh muat turun di pautan jadual pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2023 (Jadual 1) ini.

Soalan Lazim Mengenai Pencen Kerajaan

Adakah balu atau duda yang dikahwini dalam tempoh persaraan layak menerima faedah terbitan?

Balu atau duda dan anak hasil perkahwinan dalam tempoh persaraan layak untuk menerima pencen terbitan terhad kepada baki dari 20 tahun dari tarikh persaraan.

Apa perlu waris lakukan apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia dan tidak lagi mempunyai waris yang layak menerima pencen terbitan?

Jika pesara ataupun penerima pencen meninggal dunia dan tiada orang yang layak lagi untuk menerima Pencen Terbitan, waris hendaklah mengambil tindakan-tindakan berikut:

  1. Memaklumkan kepada Bahagian Pencen, JPA dengan segera tentang kematian pesara ataupun penerima pencen tersebut dan sertakan:
  • salinan sijil mati gemulah;
  • Kad Pesara yang asal;
  • Waran yang masih belum ditunaikan, jika berkenaan.
  1. Bahagian Pencen, JPA akan menguruskan baki pencen (jika ada) dan bayaran akan dibuat kepada waris yang terdekat. Waris hendaklah mengemukakan 1 salinan Kad Pengenalan beliau.

Bolehkah pencen dituntut oleh orang selain dari pesara ataupun penerima pencen itu sendiri?

Boleh. Dengan syarat, pelantikan wakil diri diluluskan oleh Bahagian Pencen. Pelantikan wakil diri ini dibolehkan kepada pesara ataupun penerima pencen yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara ataupun penerima pencen itu.

Di manakah urusan pesara boleh diuruskan selain di JPA Putrajaya?

Sekiranya tuan/puan berada jauh daripada JPA Putrajaya, boleh berurusan di mana-mana salah satu daripada alamat berikut:

KWAP, Cyberjaya

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor

Telefon: 03 – 8887 8777
Emel: mypesara@kwap.gov.my

Bahagian Pencen Cawangan Sabah, JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pencen Cawangan Sabah,
Aras 1, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS – Sulaman, Likas
Peti Surat No 2061
88450 Kota Kinabalu
Sabah

Tel : 088 488661 / 088 488662 / 088 488663
Fax : 088 488664 / 088 488665

Bahagian Pencen Cawangan Sarawak, JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pencen Cawangan Sarawak,
Aras 2, Bangunan Marzuki, Lot 1656 Seksyen 65,
Jalan Tun Dato’ Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Petrajaya,
93050 Kuching
Sarawak.

Tel : 082 241144 / 082 251818 / 082 252493 / 082-234981
Fax : 082 250126

1 thought on “Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023”

Leave a Comment

error: Content is protected !!