Cuti adalah antara hal yg paling membuatkan pekerja swasta ‘jeles’ dengan sektor awam. Di dalam perkhidmatan awam, terdapat banyak cuti yg boleh dipohon. Antaranya, cuti yg diberi atas sebab perkhidmatan, cuti yg diberi atas sebab perubatan dan cuti yg tidak berekod. Kita akan dalami satu persatu jenis-jenis cuti perkhidmatan awam ini di bawah.
Definisi Cuti
“Cuti” adalah sebarang tempoh pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Cuti tidak diberikan secara automatik dan memerlukan kelulusan daripada Ketua Jabatan atau Kuasa Tertentu terlebih dahulu. Cuti merupakan satu keistimewaan dan boleh ditarik balik (jika perlu) serta diberi atas tujuan dan syarat-syarat yang tertentu. Kemudahan cuti yang diberikan adalah berdasarkan Perintah Am Bab C serta peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
(A) CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN
- Cuti rehat
- Cuti separuh gaji
- Cuti tanpa gaji
(B) CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN
- Cuti sakit
- Cuti sakit lanjutan
- Cuti kerantina
- Cuti bersalin
- Cuti kecederaan
- Cuti tibi, kusta dan barah
Baca juga: Semakan Daftar Mengundi
(C) CUTI TIDAK BEREKOD
- Cuti gantian
- Cuti latihan pasukan sukarela
- Cuti menghadiri latihan/khemah tahunan pertubuhan/persatuan atau kursus-kursus tertentu
- Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama
- Cuti untuk masuk peperiksaan
- Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas
- Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/sukan
- Cuti tugas khas perubatan
- Cuti bagi pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan dan pertandingan bulan bahasa kebangsaan
- Cuti menghadiri Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
- Cuti isteri bersalin
- Cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat
- Cuti bagi pegawai yang dilantik sebagai jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)
- Cuti bagi tujuan menghadiri mahkamah di luar stesen
- Kemudahan cuti kursus sambilan kepada pegawai yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara
- Cuti menderma organ
(D) CUTI-CUTI LAIN
- Kemudahan cuti menjaga anak (cuti tanpa gaji)
- Cuti haji
- Cuti kerana berkursus
- Cuti tanpa gaji bagi pegawai yang mengikuti pasangan bertugas/ berkursus di dalam atau luar negara
- Cuti rehat setelah berkursus 12 bulan
- Kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan am
- Pelepasan waktu bertugas kepada pegawai perkhidmatan awam yang menderma darah
Untuk penerangan yg lebih teliiti setiap jenis cuti perkhidmatan awam di atas, anda boleh rujuk Pekeliling Kemudahan Cuti ini.
Cuti Yg Lazim Diambil
Cuti yg paling lazim diambil oleh kebanyakan penjawat awam ialah Cuti Rehat. Cuti ini boleh dipohon pada bila-bila masa sepanjang tahun. Tetapi dengan beberapa syarat;
Pertama, permohonan cuti hendaklah diluluskan oleh boss, dan
Kedua, baki cuti rehat masih ada.
Sebagai rujukan, lihat jadual kelayakan cuti rehat di bawah:
GRED | BAWAH 10 TAHUN | GENAP DAN LEBIH 10 TAHUN |
Pengurusan Tertinggi | 30 (Hari) | 35 (Hari) |
Gred 31 – 54 | 30 (Hari) | 35 (Hari) |
Gred 21 – 30 | 25 (Hari) | 30 (Hari) |
Gred 1 – 20 | 20 (Hari) | 25 (Hari) |
Nota: Jadual Cuti Rehat di atas merujuk kepada penjawat awam lain KECUALI guru. Cuti rehat guru tidak sebanyak itu (kerana adanya cuti penggal). Untuk warga guru, ia dipanggil Cuti Rehat Khas atau CRK dan hanya berjumlah sebanyak 10 hari sahaja dalam setahun. Kecuali guru besar atau pengetua dan kakitangan bukan mengajar (mereka mendapat cuti seperti jumlah dalam jadual di atas).
Suka-Suka Cuti
Ada juga penjawat awam yg suka-suka bercuti tanpa sebab yg munasabah. Harus diingat, jika seorang pegawai tidak hadir betugas tanpa cuti atau sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah sebab yang munasabah. Maka pegawai itu tidak berhak mendapat gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bertugas itu.
Baca juga: Cara Penjagaan Kereta Warna Hitam
Boleh Potong Gaji ker?
Ya, boleh. Suatu perakuan daripada Ketua Jabatan adalah satu kuasa yg mencukupi untuk memotong gaji dan emolumen bagi tempoh tidak hadir bertugas seseorang pegawai.
Jadi, nasihat kami janganlah bercuti sesuka hati. Sila gunakan kemudahan cuti dan kelonggaran yg sudah diberikan oleh kerajaan dengan sebaiknya.
Diharap dengan penjelasan jenis cuti perkhidmatan awam ini, bolehlah anda merancang cuti dengan sebaiknya tanpa mencalarkan rekod perkhidmatan awam anda. Moga bermanfaat ya..
FAQ Mengenai Cuti
Berapa lama tempoh untuk Cuti Haji?
Selama 40 hari (sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan)
Isteri saya baru bersalin, bolehkah saya bercuti untuk menjaganya?
Anda memang suami mithali. Ya, boleh. Selama 7 hari setiap kali isteri bersalin (termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am). Tetapi, terhad kepada 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan.
Cuti umum Khas untuk PRU15, adakah pekerja Sektor kesihatan (Hospital) yang bekerja syif tidak layak mendapat cuti yang tersebut?