Kerjaya Sebagai Jururawat Pergigian Gred U29

Kepada pembaca Blog Tips Kerjaya dari kalangan gadis-gadis manis dan baik hati. Berita baik. Hari ini cerita kita adalah tentang kerjaya sebagai Jururawat Pergigian U29.

Panduan Jururawat Pergigian U29

Nota Penting: Sementara, bagi anda yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian utk ambilan KKM pada 7 September 2023 ini (untuk calon Sabah dan Semenanjung) dan pada 8 September 2023 ini (untuk calon Sarawak). Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian.

Sebelum itu, adakah korang dipanggil ke temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Jururawat (PSL) Sesi Januari 2023 pada 17 Oktober 2022 – 20 Oktober 2022 (Calon Semenanjung) dan pada 17 Oktober 2022 – 18 Oktober 2022 (Calon Sarawak) ini? Tahniah2 diucapkan. Sila dapatkan bahan rujukan dan ulangkaji yg sesuai di contoh soalan temuduga Latihan Jururawat.

Kerjaya ini dikhaskan untuk perempuan sahaja. Sekiranya anda berjaya dalam peperiksaan dan cemerlang semasa temuduga SPA, anda akan menjalani latihan selama 3 tahun selepas itu.

Semasa latihan anda akan di berikan biasiswa sebanyak RM621.21 sebulan untuk menampung kos sara hidup dan untuk kegunaan sepanjang pengajian.

Sehingga kini satu sahaja tempat latihan yang disediakan oleh KKM iaitu di Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang. Jadi kepada semua gadis warganegara Malaysia jangan lepaskan peluang ini.

– Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

– Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan umum memohon , mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang:

1. Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;

2. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

P/s: Kepada bakal-bakal nurse sekalian. Selamat memohon dan semoga berjaya..

2 thoughts on “Kerjaya Sebagai Jururawat Pergigian Gred U29”

Leave a Comment

error: Content is protected !!