Masalah bahasa Inggeris dalam temuduga. Kerap kali yang menjadi masalah kebanyakan daripada calon-calon temuduga adalah permasalahan bertutur bahasa Inggeris. Hal ini menjadikan ada yang tawar hati untuk menduduki satu-satu sesi temuduga. Lalu melepaskan begitu sahaja satu-satu peluang yang tiba.
Baca: Bagaimana Kalau Tidak Dapat Hadir Semasa Temuduga SPA?
Ini memang merupakan satu kerugian besar. Malangnya, kebanyakan kerjaya yang menjadi idaman adalah menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi utama di dalam sesi temuduga mereka. Senario ini memang menjadi halangan lazim kebanyakan graduan kita. Kita sendiri tidak pasti dimanakah punca sebenar masalah ini boleh timbul.
Baca juga: Temuduga Swasta : Apa Patut Dilakukan Sebelum Hadir?
Adakah kerana sukatan di universiti, faktor persekitaran atau berpunca daripada diri individu itu sendiri? Satu yang pasti, masalah bertutur menggunakan bahasa Inggeris dengan baik menjadi batu penghalang kepada kejayaan kebanyakan calon-calon temuduga. Kalau penawar untuk masalah ini tidak segera dicari, maka takut-takut ia akan menjejaskan masa hadapan. Kemungkinan seperti ini sudah tentu tiada siapa yang mahukan.
Untuk menguasai bahasa Inggeris dengan cepat tidaklah logik, ia harus digunakan sehari-hari. Kemahiran bertutur hanya akan diperolehi hasil latihan yang berterusan dan tekal. Paling penting, membuang rasa malu dari dalam diri. Dikatakan faktor takut ditertawakan orang lain merupakan antara penyumbang terbesar kepada kelemahan bahasa Inggeris orang Melayu dan bumiputera. Barangkali ini berkait rapat dengan budaya.
Info lanjut: Kebimbangan Pemohon Kerja Dalam Temuduga
Bukanlah kita mengangkat martabat bahasa Inggeris itu lebih tinggi daripada bahasa ibunda kita sendiri tetapi kalau tidak dititikteratkan lain masalah pula yang timbul. Kepada bakal graduan atau pencari kerja yang ada potensi, kembangkanlah potensi diri anda itu dengan menguasai bahasa Inggeris semahir yang boleh. Ini pasti membezakan anda daripada ribuan calon temuduga yang lain.
Penting: 6 Contoh Soalan dan Jawapan Padu Dalam Temuduga Kerja