About Me

Selamat datang..

Kami amat menghargai kehadiran anda bersama kami.

Misi

Blog tips kerjaya adalah sebuah blog kerjaya. Bertujuan sebagai salah satu platform percuma yang utama di Malaysia bagi tujuan rujukan para pencari kerja. Tidak kira sama ada mereka yang fresh graduate, lepasan SPM dan STPM atau yang akan bertukar kerja ke sektor baharu.

Matlamat

Kami bermatlamat menyediakan tip-tip pekerjaan yang berguna seperti sebelum, semasa dan selepas temuduga. Memuatkan motivasi kerja, peluang kerjaya di sektor awam dan swasta dan kerja kosong terkini. Juga memberi panduan kepada calon-calon exam online kelolaan SPA. Kami sudah berada di sini semenjak 2011. Sudah berkongsi lebih daripada 2 000 tips kerjaya secara percuma bagi pelbagai jenis jawatan (termasuk panduan temuduga dan rujukan exam online) bagi gred 19 (sebelum ini dikenali sebagai gred 17), gred 29 (sebelum ini dikenali sebagai gred 27) dan gred 41. Malah, kami sudah ada semenjak era SPA masih lagi menjalankan peperiksaan secara bertulis dahulu.

Sejarah ringkas Tim BlogTipsKerjaya

Awal dahulu, Blog Tips Kerjaya bermula dengan kisah cinta. Iya.. Benar. Sekitar hujung 2010 saya telah berkenalan dengan seorang gadis lepasan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam jurusan Oceanography (yang akhirnya menjadi isteri saya sekarang). Dilema yang kami hadapi ialah – lepasan U berlambak di pasaran kerja, manakala peluang pekerjaan yang ditawarkan amat terhad. Persoalan utama : bukan siapa cepat, dia dapat. Tapi siapa gigih mencari, tahu tempat yang betul untuk mencari dan tahu cara yang betul mencari, maka dia akan dapat kerja cepat. Bertitik tolak dari membantu ‘awek’ tersebut maka lahirlah blog tips kerjaya ini.

error: Content is protected !!