Huraian Seksyen Pengetahuan Am PTD M41 & Jawapan

Kali ini kami akan sentuh mengenai panduan exam PTD M41 : huraian seksyen Pengetahuan Am PTD M41 dan jawapan. Seksyen A ialah Seksyen Pengetahuan Am. Dalam exam online PTD adalah seksyen pertama yang anda perlu jawab di dalam peperiksaan PTD M41. Apakah huraian bagi seksyen A?

Huraian seksyen Pengetahuan Am PTD M41 dan jawapan

Nota: Bagi anda yang telah berjaya dipanggil ke sesi temuduga. Setinggi syabas dan tahniah diucapkan! Bukan senang utk lepas exam online M41. Sudah tentu persediaan rapi perlu dilakukan. Jadi terus saja baca beberapa contoh soalan temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik ni.

Seksyen ini menitikberatkan pengetahuan am calon tentang negara Malaysia. Berikut adalah perincian bagi Seksyen ini..

Perincian seksyen Pengetahuan Am PTD M41

Skop: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Jumlah Soalan: 50 Soalan

Masa Diperuntukkan: 40 Minit

Skop soalan dalam peperiksaan PTD M41 (dijangka)

  • Sejarah Malaysia
  • Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat
  • Skop Tugasan Badan dan Perjawatan
  • Isu Nasional
  • Dasar Pentadbiran Negara
  • Tarikh dan Fakta Penting
  • Lain-lain di luar skop

Rujukan yang kami cadangkan

  1. Buku sejarah PMR & SPM
  2. Buku Malaysia Kita
  3. Pengajian AM
  4. Akhbar
  5. Laman https://www.malaysia.gov.my/

10 Contoh Soalan Seksyen Pengetahuan Am PTD M41

  1. Berikut adalah benar tentang Dewan Undangan Negeri kecuali

A. Sebuah badan perundangan peringkat negeri
B. Terbubar dengan sendiri selepas 5 tahun
C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri
D. Membuat enakmen dan ordinan

Jawapan : C. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri

Penerangan : Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah sebuah badan perundangan di peringkat negeri.

  1. Apakah organisasi yang bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan?

A. Parlimen
B. Badan Kehakiman
C. Badan Berkuasa Negeri
D. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan

Jawapan : B. Badan Kehakiman

Penerangan : Badan Kehakiman adalah bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman.

  1. Pilih pernyataan yang menerangkan tentang Jata Negara Malaysia

I. Cogan yang ditulis dibawah jata ialah “Bersatu Bertambah Mutu”
II. Lima bilah keris melambangkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
III. Terdapat gambar Bunga Raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia
IV. Gambar bintang dengan 14 bucu melambangkan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Jawapan : D. II, III dan IV

Penerangan : Cogan pada jata adalah “Bersekutu Bertambah Mutu” bukan “Bersatu Bertambah Mutu”.

  1. Manakah antara berikut bukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

A. Selangor
B. Pahang
C. Perak
D. Johor

Jawapan : D. Johor

Penerangan : Johor adalah salah satu daripada 5 negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu)

5. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Rukun Negara.

A. Diperkenalkan pada 31 Ogos 1970
B. Dicipta untuk perpaduan rakyat yang kukuh
C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia
D. Peristiwa 13 Mei 1969 mendorong kepada pembentukan Rukun Negara

Jawapan : C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia

Penerangan : Salah satu matlamat Rukun Negara adalah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat dan bukan tertumpu kepada bumiputera sahaja.

  1. Komanwel disertai oleh negara berikut KECUALI

A. Malaysia
B. Filipina
C. Singapura
D. Bangladesh

Jawapan : B. Filipina

Penerangan : Filipina bukan negara anggota dalam Komanwel.

  1. Matlamat penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA) ialah

A. Membantu negara-negara ASEAN memantapkan sumber pendapatan eksport melalui kerjasama antara sektor swasta.
B. Menghapuskan birokrasi pentadbiran berkaitan urusan import dan eksport barangan negara-negara ASEAN
C. Menyemai konsep memakmurkan jiran sesuai dengan semangat kerjasama ekonomi antara ASEAN
D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara

Jawapan : D. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara

Penerangan : Matlamat penubuhan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) lebih kepada menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN.

  1. Logo Olimpik mengandungi simbol bulatan yang mencerminkan

A. Penyatuan
B. Kehormatan
C. Semangat kesukanan
D. Jumlah benua di dunia

Jawapan : D. Jumlah benua di dunia

Penerangan : Bulatan itu mewakili lima benua di dunia

  1. Lokasi Banjaran Titiwangsa yang mempunyai kemuncak paling tinggi ialah di

A. Gunung Stong
B. Gunung Korbu
C. Gunung Tahan
D. Gunung Gayong

Jawapan : B. Gunung Korbu

Penerangan : Gunung Korbu berketinggian 2,183 merupakan gunung tertinggi di semenanjung Malaysia.

  1. Berikut adalah tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO di Malaysia KECUALI

A. Langkawi
B. Taman Negara Mulu
C. Bandaraya Melaka
D. Gunung Kinabalu

Jawapan : A. Langkawi

Penerangan : Pilihan B, C dan D adalah tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO kecuali Langkawi (pusat pelancongan dan bebas cukai).

Mahu lagi lebih banyak contoh soalan seksyen Pengetahuan Am PTD M41 untuk melengkapkan persiapan anda pada 8 Julai 2021 ini?

Kerana saingan bukannya sedikit, 70,000 calon yang dipanggil SPA kali ini. Kalau tek prepare betul2 memang payah.

Sekadar ingatan, contoh soalan seksyen Pengetahuan Am PTD M41 yang diberikan ini bukanlah soalan sebenar dan bukan pula soalan bocor. Ia hanya sebagai rujukan sahaja. Harap maklum.

Tapi untuk persediaan yg lebih mantap dan lengkap, anda digalakkan mendapatkan rujukan exam PTD di bawah..

Dapatkan rujukan penuh contoh soalan seksyen Pengetahuan Am dan dua lagi seksyen PTD M41 di bawah:

Contoh soalan seksyen Pengetahuan Am PTD M41 dan jawapan

Selain itu,

Anda juga boleh membaca huraian yg lebih terperinci mengenai seksyen ini dan juga mendapatkan lebih banyak contoh-contoh soalan di soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini.

Leave a Comment

error: Content is protected !!