Panduan Menjadi Jururawat Masyarakat U19. Anda menemui laman ini kerana anda berminat menjadi seorang Jururawat bukan? Kebetulan kali ini kami membincangkan topik Jururawat Masyarakat U19 atau lebih popular sebagai JM. Kerjaya ini khas untuk kaum perempuan sahaja.
Nota Penting: Sementara itu, bagi anda yg berjaya dipanggil sesi temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) sesi Julai 2024 untuk ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 17 Mac 2024 – 22 Mac 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 18 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 19 Mac 2024 – 21 Mac 2024 ini (untuk calon Sabah). Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh anda baca di soalan temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) ini.
Untuk anda yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini. Dapatkan bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian ini di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL).
Sebelum bergelar seorang JM, anda perlu melalui tempoh latihan selama 2 tahun 6 bulan di kolej-kolej kejururawatan di bawah:
Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah
Agaknya, apakah yang dipelajari semasa menjalani latihan Sijil Jururawat Masayarakat? Ini adalah sukatan pelajaran yang anda akan ikuti selama tempoh latihan itu:
•Anatomi & Fisiologi
•Sains Kejururawatan
•Obstetrik dan Ginekologi
•Kesihatan Komuniti
•Sains Tingkah Laku
•Rawatan Kesihatan Komuniti
Bagi yang memohon untuk jururawat Pelatih U29, anda boleh baca perkongsian kami mengenainya.
Elaun Jururawat Masyarakat U19
Jangan bimbang, kerana semasa di dalam latihan ini anda menerima biasiswa sebanyak RM517.15 sebulan. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Kelayakan diperlukan menjadi seorang Jururawat Masyarakat adalah
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Tetapi anda mempunyai kelebihan sekiranya mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
Bukan itu sahaja, anda juga harus memiliki kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan. Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19.
Tugas Jururawat Masyarakat U19
Sebagai seorang bakal JM, anda seharusnya tahu apakah bidang tugas seorang Jururawat Masyarakat.
Kerjaya sebagai Jururawat Masyarakat (JM) bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan perbidanan, penjagaan kesihatan ibu dan anak, perawatan asas dan penjagaan pesakit. Tugas utama JM tertumpu dalam bidang kebidanan dan kesihatan keluarga yang merangkumi aspek perawatan kejururawatan dari segi amalan kejururawatan, pengurusan kejururawatan, latihan kejururawatan, dokumentasi dan lain-lain tugas.
Selain itu, anda juga hendaklah mengetahui apakah ciri-ciri seorang jururawat yang berintegriti. Sikap professional amat dititikberatkan dalam kerjaya ini. JM kebiasaannya ditempatkan di wad/klinik dan dipertanggungjawab menjaga khidmat rawatan seperti berikut:
– Tugasan di wad/wad pranatal/bilik bersalin/wad post natal/pediatrik
– Menjalankan sesi klinik ibu hamil/lawatan ke rumah
– Bertugas atas panggilan bagi kes kebidanan di klinik/mengendalikan kelahiran di rumah dan Pusat Bersalin Alternatif (ABC) atau klinik
– Menjalankan motivasi kepada ibu mengenai kaedah merancang keluarga.
Jika anda benar-benar mahu menjadi seorang Jururawat Masyarakat U19, dapatkanlah Panduan Kerjaya Sebagai Jururawat di bawah yang mengupas dengan lebih teliti kebanyakan aspek bidan gkerjaya ini. Kami doakan anda berjaya menjadi seorang Jururawat Masyarakat U19!
Panduan Lengkap Menjadi Seorang Jururawat!
Dipanggil exam online latihan Jururawat? Baca panduan peperiksaan separa perubatan ni.
Bagi yang dijadualkan menghadiri temuduga Jururawat dalam masa terdekat ini, sila rujuk panduan temuduga separa perubatan ini.
bgaimna sya hndak mngisi borng permohonan trsbut
Salam , sy da buat pemohonan jm , tetapi msih blum ad respon… Sdgkn result spm sy memenuhi syarat2 yg dia nak ? adakah jm sudah tiada kekosongan ? Comfius sngat22
Ya Allah…semoga cita2 ku menjadi jururawat termakbul..!
..
0175937973
amin ya rabbal alamin,hai assalammualaikum macam mana setelah 9 tahun berlalu adakah cita cita awak tercapai.saya cuma nak tahu perkembangan awak.sebab saya ni lepasan spm dan cita cita saya pon nak jadi seorang nurse jugak. tolong doakan saya boleh? terima kasih kalau awak tolong doakan saya ,:)
Assalam…saya ada soalan.
Saya merupakan salah seorang bekas pelajar kejururawatan.
Tapi,saya tidak dapat habiskan kursus tersebut yang hanya tinggal setahun lagi.Sekiranya,saya ingin memohon jm ini,adakah saya berkelayakan?Kerana sepanjang dua tahun sy belajar,saya pernah buat praktikal dalam bidang tersebut.Minta pengulasan terperinci bagi pihak puan agar saya dapat memahaminya.terima kasih
01125501907 Saya berumur 18thn ..sya brminat sngt2 nk jdi jururwt…sebab cari dari keluarga susah…spm sya dpt 6A…kawan sms umr dgn sya dh dpt pnggln temudga…knpa sya xdipnggl untk tmdga lgi…
Hi..mau tnya. Kau apply untuk jm ni juga kan? Ada dpt interview dah? Sy pun sdg menunggu ni. Huhu
Assalamualaikum.. Sya berumur 18 tahun.
Saya berminat untuk menjadi seorang jururawat.
Sya nk tanya. Bagaimana hendak mengisi permohonan jm ya??
0107643897
Saya sangat berharap dapat menjadi seorang jururawat, sejak kecil lagi itulah cita2 saya, bagaimana saya boleh memohon jururawat masyarakat, saya ada student PRA UiTM , ttpi jururawat adalah keminatan utama saya bukan sahaja minat niat Memberi perkhidmatan baik pada Semua itu itu sgt2 berkobar2…
0192814180
Bagaimana cara untuk memohon?
Saya amat berminat! Memberi khidmat kepada masyarakat adalah impian saya
Lama dah nak kerja jururawat, nak menangis rasa nyaa sebab takdapat capai cita cita 😪😭
Sya pn nak kjar cita” sya dn hrap tmakbul lh doa syaa…hnya mnunggu nii…
Puji tuhan hrp dpt lh msuk JM nii…sya sda bwt prmohonan tnggal tnggu pnggilan…smoga saya dpt pnggilan nii…doakn sya guyss
hai.. adik adik didoakan semoga awak semua boleh msuk ke kolej nursing dn mencapai cita cita anda..jika ada nak mohon di KPJ nursing boleh dm akak bantu bg info..anyway akak penulis sambilan and researcher…jika ada perlukan bantuan utk menulis jurnal nursing/MA atau nak akak bantu cari jurnal boleh dm sis di 0166371460..sis dh 8 tahun menulis utk research..gudluck ya semua..