Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29. Salam hormat dan salam ceria kepada semua pembaca setia Blog Tips Kerjaya. Selaras dengan objektif utama blog ini untuk menjadi sebagai salah satu daripada blog rujukan kerjaya yang paling dinamik, bermanfaat dan utama. Jadi pada kali ini, kami akan berkongsikan panduan peperiksaan untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali dengan akronimnya SPA adalah badan kerajaan yang mengurus aktiviti pengambilan bagi individu ke jawatan sektor awam, SPA baru-baru ini telah mengumumkan akan mengadakan peperiksaan bertulis untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29. Tarikh rasmi yang dinyatakan adalah pada 08 Mac 2014 bersamaan dengan hari Sabtu.
Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 diadakan bertujuan mengukur kekuatan daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasikan maklumat yang diperoleh melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman sedia ada yang diperolehi selama ini.
Calon-calon yang menduduki peperiksaan ini adalah terdiri dari pelbagai jurusan. Maka kerana itulah, soalan-soalan yang ditanyakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.
Sebagai memberi gambaran awal, Peperiksaan ini melibatkan tiga kertas berasingan, yang mana anda perlu menunjukkan prestasi yang cemerlang bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang amat baik dipamerkan pada satu-satu kertas sahaja, manakala kertas yang lain kurang memberangsangkan maka prestasi keseluruhan anda adalah dianggap kurang memuaskan.
Baca juga: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Makmal C19
Oleh itu, anda adalah dinasihatkan supaya tidak terlalu memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja. Untuk makluman juga, kelulusan di dalam peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.
Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assessment Centre’ akan seterusnya dipanggil ke sesi temuduga.
Format Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
Peperiksaan Bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 terbahagi kepada 2 seksyen:
Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
1) Kemahiran Menggunakan Logik
2) Kemahiran Menginterpretasikan Data
3) Konsep Matematik
Seksyen A (Pengetahuan Am)
Seksyen A hendaklah dijawab dalam tempoh 40 minit bagi kesemua soalan yang diuji yakni sebanyak 50 item. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran anda terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.
Pada amnya, anda dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan serta perkembangan isu-isu semasa. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan (dan juga kadang-kadang ada soalan bertaraf pemahaman) dalam bidang ICT yang difikirkan patut diketahui sebagai calon yang mempunyai diploma di dalam bidang tersebut.
Baca juga: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)
Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) Seksyen B hanya memperuntukkan masa selama 45 minit sahaja dan bilangan item adalah sebanyak 40 soalan. Seksyen ini dibahagikan kepada tiga secara amnya yakni:
1) Kemahiran Menggunakan Logik Dalam bahagian ini, anda diperlukan untuk menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah khusus yang dikemukakan.
2) Kemahiran Menginterpretasi Data Untuk bahagian ini, anda akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Anda mesti menganalisis data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang diajukan.
3) Konsep Matematik Bahagian konsep Matematik menguji pengetahuan anda dalam angka dan nombor soalan biasanya termasuk topik algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon lain yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, itu tidak bermakna kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding anda yang daripada bidang lain.
Hal ini kerana kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia)!
Boleh baca contoh-contoh soalan exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat untuk mendapat gambaran lebih jelas.
Kepada pembaca kami yang juga merupakan calon yang dipanggil untuk peperiksaan bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 kali ini, dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, anda mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermaksud peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 bertambah cerah.
Anda boleh mengambil sedkit manfaat daripada 4 tips lulus exam F29 yang kami kongsikan sebelum ini. Semoga berjaya daripada kami!