Panduan Temuduga Jururawat Pelatih U29

Dalam banyak-banyak latihan separa perubatan yg ditawarkan oleh KKM. Jawatan jururawat adalah yg paling popular sekali. Boleh dikatakan, hampir setiap tahun akan ada saja pengambilan yg dibuat oleh pihak KKM melalui SPA. So, kali ini cerita kita adalah mengenai panduan temuduga Jururawat Pelatih U29.

Panduan Temuduga Jururawat Pelatih U29

Nota Penting: Buat anda yg baru sahaja menerima panggilan ke ujian psikometrik Jururawat Gred U29 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Mei 2024 ini. Syukur. Rezeki jangan disia-siakan. Buat persediaan yg paling mantap! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U29.

Sebelum itu, adakah korang dipanggil ke temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Jururawat (PSL) Sesi Januari 2023 pada 17 Oktober 2022 – 20 Oktober 2022 (Calon Semenanjung) dan pada 17 Oktober 2022 – 18 Oktober 2022 (Calon Sarawak) ini? Tahniah2 diucapkan. Sila dapatkan bahan rujukan dan ulangkaji yg sesuai di contoh soalan temuduga Latihan Jururawat.

Jawatan : Jururawat

Gred : U29

Kod Skim : 6310

Kumpulan : Sokongan

Kem/Jab : Kementerian Kesihatan

Jadual Gaji :

P1T1 RM1160.69 – P1T27 RM3057.39

P2T1 RM1231.78 – P2T27 RM3279.74

P3T1 RM1305.89 – P3T27 RM3476.28

Syarat Lantikan Jururawat Pelatih U29

i) Diploma Kejururawatan daripada Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan minima ialah pada Gred U29: P1T6 RM1493.44]

Baca juga – Senarai kolej kejururawatan seluruh negara.

ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Jururawat Pelatih U29

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; dan

ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas Jururawat U29

1) Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

1.1) Perawatan Kesihatan Keluarga

– Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.

– Perkhidmatan lawatan ke rumah.

– Perkhidmatan kesihatan di sekolah.

– Perkhidmatan perancang keluarga.

– Pendidikan kesihatan.

1.2) Latihan

Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

1.3) Menyelia

– Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.

– Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

1.4) Pentadbiran

– Mentadbir klinik.

– Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.

– Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.

– Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

2) Tugas-tugas Jururawat Di Hospital

2.1) Penjagaan Pesakit

– Mengurus dan melayan makan minum pesakit.

– Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.

– Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.

– Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

2.2) Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.

2.3) Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.

2.4) Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.

2.5) Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Berikut kami senaraikan beberapa soalan lazim lain yang berkemungkinan akan ditanya dalam temuduga Jururawat Pelatih U29. InsyaAllah ada di antaranya mungkin keluar. Carilah jawapan terbaik dan hafal:

a) Siapakah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang?

b) Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?

c) Namakan timbalan kepada beliau? d) Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia?

e) Apakah tugas Kementerian Kesihatan Malaysia?

f) Sebutkan motto Kementerian Kesihatan Malaysia dan apakah warna rasmi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia?

g) Apa pendapat awak tentang Klinik 1Malaysia?

h) Ebola Viral Disease atau EVD menjadi isu yang berlegar dalam masyarakat kita baru-baru ini. Bagaimana EVD berjangkit dan apa pula langkah pencegahan yang wajar diambil?

i) Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan kempen berkaitan Denggi. Apa yang anda tahu mengenainya?

j) Berikan beberapa maklumat yang anda tahu mengenai H7N9.

k) Tahukah kamu, apakah ciri-ciri seorang jururawat professional?

Tips tambahan: Jangan terhad mencari maklumat setakat untuk mencari jawapan soalan (a)-(k) di atas sahaja. Luaskan bacaan dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang punya pengalaman ditemuduga untuk jawatan Jururawat Pelatih U29.

Selain itu, baca juga apakah soalan yang sering ditanya dalam temuduga jururawat ini.

6 thoughts on “Panduan Temuduga Jururawat Pelatih U29”

Leave a Comment

error: Content is protected !!