Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Pendaftaran KP19 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA kali ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Pendaftaran KP19. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!
Kepada andayang dipanggil ke PSEE Pembantu Pendaftaran KP19 untuk ambilan AADK pada 16 Oktober 2020 ini, jangan sia-siakan peluang anda. Jadi buat persediaan rapi, terus baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.
Permohonan jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Pendaftaran Gred KP19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Sebelum kita ke contoh soalan temuduga Pembantu Pendaftaran KP19, kita lihar dahulu seimbas mengenai jawatan ini.
Syarat dan kelayakan Pembantu Pendaftaran KP19
Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19.
Mesti warganegara Malaysia dan mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,360.00);
atau
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,416.40);
atau
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan. (Gaji awal bermula pada Gred KP19 iaitu RM1,472.80).
Selain itu;
Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Pembantu Pendaftaran KP19 adalah jawatan dalam kategori kumpulan pelaksana dan biasanya akan ditempatkan di Jabatan Pendafataran Negara (JPN).
Skop kerja Pembantu Pendaftaran KP19
Bertugas memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran. Juga melaksanakan tugas-tugas lain yang berkenaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.
Jadual gaji Pembantu Pendaftaran KP19
Berikut jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Pendaftaran;
Gaji minimum – RM1,362.00
Gaji maksimum – RM4,034.00
KGT – RM100.00
Di samping elaun-elaun dan imbuhan tetap lain yang layak diterima oleh penjawat Pembantu Pendaftaran KP19.
Panduan Temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP19
Apabila berbual mengenai temuduga, beberapa kesilapan tanggapan berlaku dengan berleluasanya di kalangan calon-calon. Apakah kesilapan tersebut? Anggapan calon bahawa soalan-soalan temuduga yang bakal dikemukakan oleh penemuduga adalah sama, sekata dan seragam untuk semua calon yang menduduki satu-satu temuduga.
Ketahuilah bahawasanya anggapan ini adalah salah dan terpesong sama sekali! Perkara seumpama itu tidak pernah terjadi dan kemungkinan besar juga memang tidak akan terjadi di masa hadapan. Situasi ini dapat digambarkan seperti berikut:
Ada 3 orang calon yang baru lepas menduduki temuduga untuk jawatan X. Calon itu bernama encik A, cik B dan puan C. Soalan-soalan temuduga yang diajukan kepada encik A hanya SATU sahaja yang serupa dengan Puan C. Cik B pula lebih banyak disoal berkaitan isu-isu di luar konteks kerja untuk jawatan X.
Sebelum kepada panduan temuduga yang akan dikongsikan kali ini, suka pihak kami membetulkan persepsi salah seperti ini.
Tujuan temuduga dijalankan
Persoalan pokok yang mesti dimengertikan ialah ‘apakah tujuan atau fungsi sesi temuduga jawatan yang anda pohon itu dijalankan? Tidak lain adalah untuk melihat sejauh mana kesesuaian calon untuk menyandang jawatan berkenaan kelak. Bagaimana pula pihak penemuduga melihat kualiti yang dikehendaki itu daripada calon? Sudah tentu dengan pengamatan dan perbualan.
Mereka akan mengamati dan memerhatikan mimik wajah, kontak mata, gerak laku, bahasa badan dan postur tubuh anda. Di samping bertanya soalan kepada anda untuk meneliti kualiti intelektual dan berbual-bual mesra untuk menilai emosi dan pandangan peribadi anda. Inilah yang menjadi tujuan utama suatu sesi temuduga dijalankan.
Jangan salah faham
Jadi bila kami katakan ini adalah panduan temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP19, bukanlah ia bermaksud semua yang digariskan di sini keluar bulat-bulat. Lagi pula soalan-soalan yang dikemukakan kelak tidak mampu diramal atau jangka oleh sesiapa pun jua.
Apa yang cuba kami sampaikan adalah sedikit bantuan yang tidak seberapa untuk meningkatkan lagi peluang anda menyediakan diri sebaik mungkin sebelum temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP19 itu berlangsung nanti. Jadi dengan itu anda fahami maka senanglah untuk anda mempersiapkan diri dengan pengetahuan tambahan nanti.
Panduan temuduga Pembantu Pendaftaran KP19
Soalan temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP19 in english
1. Biasanya, antara soalan wajib yang akan dikemukakan oleh mana-mana penemuduga adalah meminta calon memperkenalkan diri. Di sini terdapat satu masalah. Sekiranya penemuduga menggunakan bahasa Inggeris ketika meminta anda memperkenalkan diri, maka anda mesti memperkenalkan diri menggunakan bahasa Inggeris juga. Wajib! Di sinilah datangnya masalah tersebut sekiranya anda tidak fasih berbahasa Inggeris. Jadi buat persediaan awal.
Soalan temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP19 yang popular
2. Menyusul selepas itu, biasanya penemuduga akan bertanya kenapa calon ingin bekerja di sektor awam. Sediakanlah jawapan bernas anda sedari sekarang. Pilih jawapan terbaik yang anda terfikir. Namun tidak semua calon disoal dengan soalan ini.
Soalan temuduga Pembantu Pendaftaran – deskripsi tugas
3. Sebagai persediaan kalau-kalau ianya disoal, anda juga mesti sudah maklum apakah tugas-tugas seorang Pembantu Pendaftaran Gred KP19. Ini termasuklah memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.
Soalan temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP19 mengenai JPN
4. Tidak kurang pentingnya juga, anda mesti menyiasat latar belakang Jabatan Pendaftaran Negara antaranya:
- Moto / slogan Jabatan Pendaftaran Negara
- Visi Jabatan Pendaftaran Negara
- Misi Jabatan Pendaftaran Negara
- Fungsi asas Bahagian dan Jabatan di Jabatan Pendaftaran Negara
- Struktur Organisasi Jabatan Pendaftaran Negara
- Sejarah penubuhan Jabatan Pendaftaran Negara.
Untuk lebih lanjut sila lawati sendiri laman rasmi JPN.
Soalan temuduga Pembantu Pendaftaran KP19 – nama menteri
5. Siapakah menteri yang menerajui pentadbiran JPN? Sudah tentu YAB Menteri Dalam Negeri kerana JPN adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ini juga perlu di hafal sebagai persediaan. Nama pengarah, timbalan pengarah JPN juga jangan dilupakan.
Soalan temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP19 mengenai perkhidmatan JPN
6. Ketahui beza dan dalami setiap satu daripada perkhidmatan terkini JPN misalnya:
- MyKad
- MyPR
- MyKAS
- MyKid
- MyEG
- MyGov
- Dan lain-lain.
Cadangan kami untuk ini, anda study betul-betul portal rasmi JPN kerana ada sedikit maklumat berkaitan di dalamnya. Selepas itu, kalau rajin, cuba kunjungi cawangan JPN berhampiran tempat tinggal anda. Baca brosur-brosur atau edaran yang dipamerkan di sana.
Soalan temuduga Pembantu Pendaftaran Gred KP19 – Isu semasa
7. Kadangkala, isu-isu semasa yang ada kaitan dengan JPN juga akan disoal seperti:
- kebanjiran pendatang tanpa izin
- kad pengenalan palsu
- MyKad tidak dituntut
- pertukaran kewarganegaraan
- pendaftaran lewat
- pendaftaran warga asing
- dan sebagainya
Cadangan kami untuk mengatasi ini adalah calon hendaklah memperluaskan bacaan dan jangan hanya hadkan kepada suratkhabar atau Internet sahaja.
Contoh soalan temuduga Pembantu Pendaftaran KP19
8. Berikut kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Pendaftaran :
- Sila perkenalkan diri awak.
- Siapa yang boleh mendaftarkan perkahwinan?
- Terangkan permohonan warganegara setakat yang kamu tahu.
- Apa yang perlu ada pada pekerja kauntar?
- Apa pendapat awak mengenai perkhidmatan JPN?
- Sekarang kerja apa?
- Apa yang awak tahu mengenai JPN?
- Apa itu kad pengenalan?
- Boleh bagi tahu kad pengenalan diri yang lain?
- Selain keluarkan IC, apa lagi fungsi JPN ni?
- Mengenai pendaftaran pernikahan, JPN keluarkan untuk semua warganegara atau macamana?
- Kami ingat nak hantar jauh. Sanggup berjauhan dengan suami?
9. Penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai lagi calon lain yang lebih baik keputusannya. Dalam mana-mana temuduga kerajaan – tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan (UKJK). Penilaian oleh para panel lebih menjurus kepada sahsiah, kesantunan, etika, pemakaian, komunikasi dan paling penting : kesesuaian calon untuk jawatan berkenaan.
Perkara-perkara ini pula perlu diketahui dengan jelas satu persatu. Ia tidak boleh dilakonkan secara spontan apabila tiba hari temuduga. Kerana ia memerlukan latihan dan harus selalu diamalkan. Jadi temuduga bukan semata-mata berkaitan akademik!
Sila jangan terlalu bergantung dan berharap pada kelayakan akademik anda. Ia memainkan peranan yang agak kecil sahaja.
Sebab itu jugalah, anda amat disarankan memperkemaskan diri dengan rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga di bawah.
Atau pun,
Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Anda juga boleh baca 7 soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dalam temuduga SPA. Hafal cara menjawab yang diberikan di sana.
Demikianlah panduan dan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Pendaftaran KP19 yang sempat kami dikongsikan. Mudah-mudahan setiap satu daripadanya memberikan sedikit sebanyak idea kepada anda di dalam pencarian persediaan yang lebih jitu ke arah kejayaan dalam sesi temuduga itu nanti.
Akhir kata daripada kami, selamat menduduki temuduga Pembantu Pendaftaran KP19.
Semoga berjaya!
FAQ Mengenai Jawatan Pembantu Pendaftaran
Dimanakah jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 ditempatkan?
Penempatan adalah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.
Berapakah gaji seorang Pembantu Pendaftaran KP19?
Gaji basic Pembantu Pendaftaran KP19 ialah RM1,355.00.
Apakah cara terpantas mendapatkan rujukan ini?
Klik panduan lengkap temuduga ini. Ikuti arahan di laman tempahan. Rujukan akan dihantar kepada anda dalam tempoh 24 jam sahaja.
Pembantu Pendaftaran in english?
Registration Assistant.