Soalan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv keloalaan SPA? Teruskan membaca jika jawapan anda ialah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 utk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yg bakal berlangsung pada 20 Jun 2023 – 22 Jun 2023 ini.

contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Nota Penting: Kepada anda yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 utk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 29 November 2023 ini. Sila buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan bacaan utk ujian psikometrik MAQIS ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29.

Untuk anda yang akan menduduki Online Recruitment Entry Qualification Test (Online REQT) Sarawak bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 pada kali ini. Buat persediaan penuh! Bahan ulangkaji dan latih tubi untuk peperiksaan REQT Sarawak boleh anda dapatkan di Rujukan peperiksaan online Sarawak (REQT) ini.

Khas untuk yg baru sahaja dapat panggilan untuk menghadiri ujian fizikal Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 bagi ambilan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) pada kali ini. Apa yang berlaku di sana? Apa persediaan perlu anda buat? Baca di ujian fizikal Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Bagi yg menerima emel panggilan ke Ujian SPiER Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 untuk ambilan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada kali ini. Anda boleh baca tips dan mendapatkan bahan ulangkaji Ujian SPiER KDN di Contoh Soalan SPiER Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Sebelum itu, bagi yg dipanggil ke PSEE Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 untuk ambilan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada kali ini. Anda boleh baca tips penting dan dapatkan bahan ulangkaji di contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 secara rasmi di sektor awam, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Pendaftaran adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Semakan Penjadualan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 Tahun 2023

Panduan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Tatacara memasuki bilik temuduga yang betul

Duduklah dengan tenang di ruang menunggu yang disediakan dan jangan terlalu banyak berborak dengan calon-calon lain. Kami tahu anda seorang yang mesra tapi itu akan menambahkan rasa gementar anda.

Info : Gred asal jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa ialah N27, kemudiannya ditukar oleh SPA kepada KP29.

Apa lagi apabila mendengar bermacam-macam spekulasi berkaitan temuduga atau panel daripada calon lain. Tambah-tambah lagi jika anda dengar latar belakang pendidikan atau pengalaman kerja calon-calon lain. Setelah nama dipanggil, bolehlah melangkah ke dalam bilik temuduga. Ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk, ketuk 2-3 kali sahaja. Jangan lebih. Semasa melangkah masuk, pastikan anda berjalan tegak dengan langkah yang kemas.

Bacaan tambahan : panduan temuduga Penyelia Asrama N19

Jangan berjalan terlalu cepat atau terlalu lambat. Tapi ingat, jangan mendada semasa berjalan (nanti tanggapan pertama penemuduga terjejas terhadap anda). Ingat, tanggapan pertama penemuduga akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam sesi ini.

Tatacara di hadapan panel penemuduga

Sesudah sampai di hadapan para panel penemduga, beri salam atau ucapan selamat yang bersesuaian dan hulurkan tangan anda. Genggam sederhana erat tangan panel penemuduga (salam panel lelaki sahaja jika anda calon lelaki) dan begitu juga sebaliknya. Ini akan menumbuhkan perasaan mesra antara anda dan para panel. Pandang mata mereka dengan tepat dan senyum.

Kemudian, berdiri tegak di sebelah kerusi yang disediakan. Jika anda sudah diminta duduk barulah duduk dengan tenang dan selesa. Jika belum, jangan sekali-kali duduk!

Tips: Ucaplah terima kasih kerana dibenarkan duduk. Ingat, jangan ubah kedudukan asal kerusi dan jangan bersilang kaki!

Ops.. Tunggu dulu

Sebelum itu, kalau anda baru pertama kali tiba ke blog ini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang rajin berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh pelosok negara. Di samping itu juga, kami turut sering berkongsi tips-tips mencapai kerjaya impian misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.

Semak : Jangan lupa kemaskini permohonan SPA8i anda

Enam panduan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Kini, sesi temuduga sebenar pun bermula. Walau bagaimana pun, patut kami ingatkan, apa yang disenaraikan di bawah ini bukanlah Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang sebenar kerana tiada siapa yang tahu apa bakal disoal oleh panel penemuduga kepada anda.

Simpan dalam ingatan, setiap calon ditanyakan soalan berbeza dan situasi yang dilalui juga turut berlainan walaupun anda dan calon lain ditemuduga pada hari yang sama! Apa yang dikongsikan di sini adalah Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang lazim ditanya sahaja. Bahkan ada di antara soalan-soalan ini juga mungkin turut ditanya dalam kebanyakan temuduga untuk pelbagai jawatan lain.

Baca juga: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Berikut merupakan enam tips panduan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29:

01. Pertama sekali, sila selidiki kementerian mana anda akan ditempatkan. Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 di bawah ialah bagi ambilan ke MAQIS. Sila sediakan jawapan untuk soalan-soalan berkaitan MAQIS seperti di bawah:

a) Siapakah Ketua Pengarah MAQIS sekarang?

b) Sebutkan beberapa agensi yang berada di bawah MAQIS?

c) Siapakah menteri yang menerajui kementerian yang di bawahnya adalah MAQIS ketika ini?

d) Namakan timbalan kepada beliau?

e) Apakah peranan MAQIS?

f) Sebutkan visi dan misi MAQIS dan apakah warna rasmi bagi MAQIS?

g) Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah yang mengawal selia perdagangan dan keusahawanan, MAQIS tertakluk kepada akta / peraturan. Boleh anda terangkan akta / peraturan berkaitan yang anda tahu?

Tips: Sila jangan hadkan diri anda dengan mencari jawapan setakat untuk menjawab soalan (a)-(g) di atas sahaja. Luaskan bacaan dan tingkatkan pengetahuan anda. Sebagai permulaan, kami cadangkan anda memulakan bacaan di Portal MAQIS. Banyak info penting anda boleh ambil di sana.

2. Tahukah anda, terdapat satu soalan wajib dalam setiap temuduga yang dianjurkan SPA? Apakah soalan istimewa tersebut? Anda akan diminta memperkenalkan diri! Hanya bentuk soalannya sahaja yang diolah dengan cara yang berbeza orang panel yang berlainan.

Tips: Sila sediakanlah skrip jawapan yang paling bernas (bukan angkat bakul) anda boleh fikirkan mengenai diri anda, tulis skrip tersebut ke dalam sekeping kertas dan hafal. Jangan terlalu panjang dan pastikan jawapan anda lengkap dan padat serta tepat. Jangan menipu, kalau kedapatan buruk padahnya.

3. Seperkara yang sering ditanya adalah berkaitan bidang tugas seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29. Anda harus faham, bidang tugas jawatan ini berbeza sedikit bergantung di kementerian / jabatan mana anda ditempatkan.

Berikut empat diskripsi tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 berdasarkan penempatan yang sering dipilih oleh SPA:

a) Jika ditempatkan di Kementerian Dalam Negeri

Pegawai adalah dipertanggungjawabkan membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

b) Jika ditempatkan di Kementerian Pengangkutan

Pegawai adalah dipertanggungjawabkan menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan. Biasanya penempatan memang di JPJ la kan.

Baca seterusnya : Tutorial penuh cara-cara menjawab exam online SPA

c) Jika ditempatkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Pegawai adalah dipertanggungjawabkan menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

d) Jika ditempatkan di Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Veterinar)

Pegawai adalah dipertanggungjawabkan membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

e) Jika ditempatkan di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi

Pegawai adalah dipertanggungjawabkan ke atas siasatan mengenai penyewaan tanah padi yang diwartakan. Menerima aduan dan memberi nasihat kepada tuan tanah/penyewa terhadap masalah-masalah penyewaan tanah padi serta mendakwa tuan tanah/penyewa yang tidak mematuhi Akta Penanam Padi (Akta 43/67).

Tips :  Membawa resume semasa hadir ke temuduga sentiasa merupakan idea yang baik.

4. Satu lagi yang turut tidak kurang mustahak adalah usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ini. Anda pun tahu peraturannya, ‘kalau penemuduga soal dalam BM, maka jawab dalam BM yang amat baik’, ‘kalau penemuduga soal dalam BI, maka jawab dalam BI yang fasih’.

5. Juga menjadi perkara biasa bagi panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda atau ada masanya mereka hanya sekadar ingin berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu. Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel selepas anda duduk ialah – ‘Apa pendapat awak tentang strategi yang digunakan oleh jurulatih bola kebangsaan dalam piala Suzuki baru-baru ini?’. Apa nak jawab kalau tak tahu.

Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah: a) isu politik semasa, b) perkembangan sukan semasa, c) isu sosial hangat semasa d) Isu berkaitan dunia perdagangan dalam negeri seperti: rampasan yang dibuat, isu berkaitan peniaga, isu penipuan timbang dan sukat dan lain-lain.

Mengenai pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan (UKJK), sambung bacaan anda di bawah..

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 merupakan salah satu daripada 24 jawatan lain yang disyaratkan oleh pihak SPA menjalani pemeriksaan fizikal dan pancaindera. InsyaAllah senarai jawatan tersebut akan kami perincikan dalam perkongsian lain nanti. Pemeriksaan fizikal dan pancaindera menentusahkan bahawa anda memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan kebolehan pancaindera serta tahap kecergasan yang diperlukan.

Syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Ujian pemeriksaan fizikal termasuk BMI

Fizikal zalon akan diperiksa untuk memastikan syarat-syarat berikut dipenuhi : Sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. Jadi kalau anda agak berisi. Sila jangan makan dahulu sebelum menjalani pemeriksaan. Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26

Baca juga : soalan temuduga Jurutera J41

Ujian Vision Acquity

Pemeriksaan pancaindera calon hendaklah menenuhi syarat yang telah ditetapkan, yakni : Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata. Juga, pengecaman warna (rabun warna) dan pendengaran yang tidak cacat.

Ujian peperiksaan Tubuh

Calon akan diuji dan ditentusahkan sama ada cukup sihat dan cergas. Latar belakang kesihatan juga akan disemak, sama ada calon pernah menjalai pembedahan sebelum ini atau tidak.

Ujian kawad

Ujian ini paling getir. Calon lulus atau tidak akan ditentukan sebahagian besar adalah melalui ujian ini. Pemeriksaan akan dilakukan ke atas keadaan lutut dan tangan. Bengkok sedikit pun sudah menjadi satu kekurangan yang ketara.

Ujian kecergasan

Ujian kedua getir. Kenapa? Setelah lepas semua ujian di atas, anda akan diuji tahap kecergasan. Bagi memastikan calon mempunyai fizikal dan mental yang kuat. Antara ujian kecergasan yang dilakukan adalah :

  1. Larian 2.4km dalam 14 minit.
  2. Bangun tubi dalam masa 2 minit sebanyak 30 kali.
  3. Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat.
  4. Lompat jauh berdiri.

Nota : Calon yang berjaya melepasi ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan akan dipanggil ke sesi temuduga.

Tips tambahan :

a) Pada hari ujian calon hendaklah lengkap berpakaian sukan.
b) Bawa bersama kad pengenalan dan surat panggilan pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.
c) Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji / pemeriksa.
d) Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan lima belas (15) minit sebelum masa pemeriksaan bermula.

Baca ini, jika anda dipanggil ke temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41

Akhir sekali, jika anda belum pernah menduduki sesi temuduga untuk sektor awam, tentulah belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Psstt.. kami nak kongsikan satu rahsia

Penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang keputusannya. Dalam mana-mana temuduga kerajaan – tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan. Penilaian calon lebih kepada nilai integriti, sahsiah, etika, pemakaian, komunikasi dan kesesuaian untuk jawatan berkenaan. Bukan semata-mata akademik!

Sila jangan terlalu bergantung kepada kelayakan akademik anda. Ia memainkakn peranan yang agak kecil sahaja.

Kami amat menyarankan agar anda mempersiapkan diri dengan rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga ini.

Anda amat disarankan untuk mendapatkan panduan utama menghadapi sesi temuduga kerja sektor kerajaan di bawah.

Rujukan contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Atau pun,

Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Selain itu,

Anda juga boleh baca tujuh (7) soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dlm temuduga. Hafal cara menjawab yg kami berikan di sana.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu adalah yg paling mustahak!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom.. streaming sampai pagi!

5) Guna pengalaman 15 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 15 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billplz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk mula prepare iv anda!

Beberapa FAQ Mengenai Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah bertanggungjawab:

Dalam membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Basic gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ialah RM1,493.00.

Selamat menduduki temuduga atau ujian UKJK bagi Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 daripada kami dan semoga berjaya!

Leave a Comment

error: Content is protected !!