Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19 (calon Semenanjung) yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA pada 7 Januari 2024 – 12 Januari 2024 ini? Ambilan kali ini adalah untuk penempatan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!
Sebelum itu, bagi anda yg dipanggil ke ujian psikometrik Penyelia Asrama N19 (Calon Semenanjung) utk ambilan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Serta Pelbagai Kementerian/Jabatan yg dijadualkan pada 7 Disember 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Bahan rujukan dan latih tubi boleh anda dapatkan di contoh soalan ujian psikometrik Penyelia Asrama N19 ini.
Penjadualan Temuduga 2024
- Penyelia Asrama Gred N19
(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Serta Pelbagai Kementerian/Jabatan (Semenanjung))
[ Tarikh Temu Duga: 7 Januari 2024 – 12 Januari 2024 ]
Panduan Temuduga Penyelia Asrama N19
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah memuktamadkan tarikh temuduga untuk calon yang terpilih ke peringkat temuduga bagi jawatan Penyelia Asrama N19.
Statistik ambilan Penyelia Asrama N19
Menurut statistik yang dikeluarkan, bilangan permohonan yang diterima untuk jawatan Penyelia Asrama N19 adalah sebanyak 281 770 orang manakala jumlah mereka yang dipanggil temuduga (termasuk anda) cuma seramai 1 355 calon sahaja! Jika anda baru pertama kali tiba ke blog ini, ingin kami beritahu bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini dari seluruh pelosok negara. Bukan itu sahaja, kami juga sering berkongsi tips-tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.
Baca juga : 44 sebab utama GAGAL dalam temuduga
Oleh itu, amat disyorkan agar anda mendaftarkan emel di ruang yang disediakan di bawah supaya anda tidak ketinggalan update terkini.
Kita tidak mahu buang-buang masa, beberapa perkara di bawah adalah amat penting untuk anda ketahui, (sesetengahnya mungkin perlu dihafal) dalam usaha menyediakan diri menghadiri temuduga Penyelia Asrama N19. Walaupun begitu, ingin diingatkan bahawasanya apa yang dikongsikan di bawah bukanlah tepat 100% sebagaimana yang anda harapkan.
Ini kerana, suasana di dalam bilik temuduga adalah unik dan tersendiri untuk setiap indvidu. Tiada dua orang yang sama dari segi soalan dan pengalaman temuduga walaupun kedua-duanya hadir pada hari yang sama untuk jawatan yang sama di lokasi temuduga yang sama!
Info tambahan : Panduan temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19
Contoh Soalan Temuduga Penyelia Asrama N19
Setelah itu anda sedari, maka berikut dikongsikan beberapa panduan temuduga Penyelia Asrama N19, mudah-mudahan ia berguna kepada anda.
01. Mula-mula sekali, kami nasihatkan anda mengetahui dan menghafal diskripsi tugas seorang Penyelia Asrama N19.
Tips: Seorang Penyelia Asrama N19 bertanggungjawab memastikan asrama pelajar dalam keadaan yang baik, selamat dan selesa untuk dihuni para pelajar.
02. Seterusnya, sila sediakan skrip jawapan untuk memperkenalkan diri anda. Soalan ini adalah dalam kategori lazim. Maknanya, ia adalah soalan yang wajib diajukan.
Tips: Skrip anda hendaklah ringkas dan padat. Paling baik hanya mengambil masa selama 3-4 minit untuk dituturkan. Sila hafal. Jangan pula anda baca skrip di hadapan panel penemuduga!
03. Bersedia juga dengan soalan ‘reverse psychology’. Apakah bendanya tu? Antara contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19 jenis ini ialah – ‘Sila ceritakan kelemahan yang ada pada diri anda.’
Tips: Jangan termakan ‘umpan’ dan menyerah diri dengan menceritakan kelemahan anda. Tetapi beritahu kelemahan yang adalah nilai positif. Misalnya anda tidak tahan melihat orang lain membuat kerja sendirian kecuali anda pasti membantu. Fikirkan lain-lain kelemahan anda yang boleh dipositifkan.
04. Soalan jenis ‘situasi bidang tugas’ kerap kali diajukan.
Contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19 : Bagaimana memastikan kebersihan, keselamatan dan keselesaan boleh ditingkatkan di asrama?.
05. Soalan berkaitan isu semasa amat-amat popular.
Jangan ketinggalan apa-apa berita atau perkembangan terkini yang berlaku di dalam dan luar negara. Kita tidak tahu isu mana satu yang akan diajukan. Mungkin isu berkaitan sosial, ekonomi, keselamatan, sukan atau lain-lain isu. Jadi bersedialah.
06. Paling penting, ambil tahu dasar-dasar Negara. Sekali lagi dinyatakan, hal ini amat penting! Sila baca dan fahami mengenai:
- Dasar Pembangunan Nasional.
- Dasar Persyarikatan.
- Dasar Penswastaan.
- Dasar Pendidikan.
- Dasar Pertanian.
- Dasar Sains dan Teknologi.
- Dasar Perindustrian Negara.
- Wawasan 2020.
- Dasar-dasar terkini
07. Sila sediakan diri juga dengan soalan-soalan ‘berbentuk teknikal’ yang menyentuh bidang tugas seorang Penyelia Asrama N19, termasuklah:
a) Asrama: Pengurusan asrama, Peraturan tetap asrama, Kebersihan dan keceriaan asrama.
b) Dewan Makan: Pengurusan hal ehwal makan minum pelatih meliputi premis dewan makan dan aspek kebersihan.
c) Disiplin: Berpengetahuan mengenai Peraturan Tetap Pelajar Institut tertentu (dimana anda ditugaskan kelak).
d) Prinsip Pertolongan Cemas: Kebakaran, Kecederaan, Lain-lain kejadian kecemasan.
e) Pentadbiran: Pengurusan berkaitan aset dan fasiliti, Kerosakan dan penyelenggaraan bangunan dan fasiliti.
f) Hal Ehwal Kebajikan Pelajar: Pengurusan kesihatan pelajar, Pengurusan cuti dan hal-hal kecemasan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
g) Pengambilan Pelajar: Status dan kekosongan bilik, Proses pendaftaran pelajar dan kemasukan asrama
08. Sebagai bacaan tambahan, kami syorkan bahan-bahan di bawah kerana ia amat baik dalam peningkatkan pengetahuan anda sebagai seorang Penyelia Asrama N19:
a) Panduan Pertolongan Cemas – Siri Kegiatan Ko-Kurikulum Penerbit, Bukumust Sdn. Bhd 2002.
b) Buku-buku panduan mengenai penyeliaan asrama / sekolah.
c) Pertolongan Cemas (Prinsip & Amalan)–Penerbit: RescentNews Sdn. Bhd. 2001.
d) Konsep Keselamatan Kebakaran Bangunan – M. David Egan (Terjemahan Bahasa Melayu) UTM.
09. Syor seterusnya, sila tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda.
Anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Penyelia Asrama N19 ini. Anda pun tahu peraturannya, ‘penemuduga soal dalam BM jawab dalam BM yang amat baik’, ‘penemuduga soal dalam BI jawab dalam BI yang fasih’.
Info tambahan : 6 contoh jawapan temuduga yang PADU
10. Akhir sekali, jika anda belum pernah menduduki sesi temuduga untuk sektor awam tidak kiralah anjuran pihak SPA atau SPP, tentulah calon belum mengetahui apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.
Anda amat perlu memiliki rujukan menduduki temuduga di bawah untuk rujukan pantas. Ia sebuah pakej lengkap menghadiri temuduga secara am kerana mengandungi banyak topik penting untuk calon-calon temuduga seperti:
- Cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung,
- Apa perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas temuduga,
- Etika pemakaian temuduga untuk jawatan bertaraf sijil, diploma dan ijazah,
- Dan beberapa topik penting lagi.
Rujukan ini amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Penyelia Asrama N19 dan boleh digunapakai untuk semua jenis temuduga bagi jawatan kerajaan yang dipohon dan bakal ditemuduga kelak:
Anda amat disarankan untuk mendapatkan panduan utama menghadapi sesi temuduga kerja sektor kerajaan di bawah.
Atau pun,
Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Anda juga boleh baca tujuh (7) soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dlm temuduga. Hafal cara menjawab yg kami berikan di sana.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada lapan sebab kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu adalah yg paling mustahak!
1) Anda jadi insan mulia
Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Penyelia Asrama N19, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.
2) Hati jadi riang gembira
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan masa dan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..
3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.
Siapakah beliau?
Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Anda rasa?
4) Lebih masa main COC
Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Penyelia Asrama N19) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom.. streaming sampai pagi!
5) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar soalan temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.
Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.
6) Memudahkan hidup anda
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Dan lagi hawau..
Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrggh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau anda beli menggunakan billplz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk mula prepare iv anda!
Beberapa FAQ Mengenai Penyelia Asrama N19
Tugas Penyelia Asrama N19
Seorang Penyelia Asrama N19 adalah bertanggungjawab:
Membantu menguruskan tugas-tugas domestik, penginapan dan kelengkapan asrama serta sajian makanan. Memastikan kelengkapan asrama dan dewan makan berada dalam keadaan baik, menyelia dapur dan dewan makan, membuat uji rasa makanan serta menyelia pekerja, peralatan dapur dan asrama. Bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan asrama untuk memastikan peraturan asrama dipatuhi. Turut bertanggungjawab menyediakan serta memastikan tempat tinggal penghuni asrama berada dalam keadaan selamat, bersih dan kemas serta merancang anggaran keperluan kewangan dan mengawal perbelanjaan.
Gaji Penyelia Asrama N19
Basic gaji Penyelia Asrama N19 ialah RM1,352.00.
Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Penyelia Asrama N19 untuk kali ini.
Selamat menduduki temuduga Penyelia Asrama N19 daripada kami dan semoga berjaya!
Berminat bekerja sebagai penyelia asrama ..terimakasih
Berminat dan baru Saja dapat tawaran menduduki exam pada 28/06/22
Berminat
Lulus ujian psee utk penyelia asrama dan akan dipanggil temuduga
Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses temuduga penyelia asrama