Pelantikan kontrak bagi jururawat bersara. Pesara Jururawat boleh dilantik semula secara kontrak sebagai Jururawat di KKM tertakluk kepada keperluan kementerian dan disahkan sihat oleh pengamal perubatan/pergigian berdaftar.
Perlantikan kontrak selepas bersara dalam agensi kerajaan adalah menggunapakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 (Dasar dan Prosedur Perlantikan Secara Kontrak).
Calon yang diambil berkhidmat secara kontrak dalam agensi kerajaan adalah tertakluk kepada syarat berikut:
A) Memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang ditawarkan kepada calon. Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan calon berdaftar dengan badan profesional, urusan pendaftaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum calon dilantik secara kontrak;
B) Sebarang kelonggaran daripada syarat-syarat dalam skim perkhidmatan perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Permohonan kelonggaran skim perkhidmatan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, (BPO) Jabatan Perkhidmatan Awam.
ada sesiapa tahu keputusan interview pada 29.10.2013 keluar..??
Ada sesiapa yang dah dpt keputusan temuduga pd 06.09.2013 di Shah Alam x?Bila Keluar Result?Harap2 ada rezeki kali ini….