Peluang Kenaikan Pangkat Jururawat Di KKM adalah terbuka luas. Pertimbangan kenaikan pangkat bagi Jururawat dibuat berasaskan merit disamping perlu memenuhi semua syarat Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain yang ditentukan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
Nota Penting: Buat anda yg baru sahaja menerima panggilan ke ujian psikometrik Jururawat Gred U29 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Mei 2024 ini. Syukur. Rezeki jangan disia-siakan. Buat persediaan yg paling mantap! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U29.
Untuk anda yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 5 September 2023 ini. Dapatkan bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian ini di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL).
Di antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah:
a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
b) Diperaku oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan;
c) Terdapat kekosongan jawatan;
Baca : Cara memohon Jururawat
d) Bebas daripada tindakan tatatertib;
e) Melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
f) Tidak tersenarai sebagai peminjam tegar; dan
g) Telah mengisytiharkan harta.
Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke Gred U32 dan seterusnya ke gred U36, U42, U44, U48, U52 dan U54 tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat.
Baca juga : Gaji pokok, elaun khas dan kemudahan Jururawat
Jururawat Gred U29,U32,U36 yang menunjukkan prestasi cemerlang adalah layak dipertimbang Kenaikan Pangkat Secara Lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan ke jawatan Pengajar Gred U41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Dipanggil exam online latihan Jururawat? Baca panduan peperiksaan separa perubatan ni.
Bagi yang dijadualkan menghadiri temuduga Jururawat dalam masa terdekat ini, sila rujuk panduan temuduga separa perubatan ini.
salam sejahtera,
saya telah memenuhi segala syarat kenaikan pangkat dari u29 ke u41 dan telah memiliki ijazah sarjana muda kejururawatan yang diiktiraf kerajaan. Bahagian manakah yang saya harus memohon untuk kenaikan pangkat berkenaan.
sekian ribuan terima kasih