Latihan Pembantu Kesihatan Awam U19: Syarat & Kelayakan!

Kepada pembaca yang berminat dengan kerjaya sebagai Pembantu Kesihatan Awam U19. Jom lihat Latihan Pembantu Kesihatan Awam U19: Syarat & Kelayakan. Post kali ini mungkin dapat membantu anda merancang permohonan anda untuk jawatan ini.

Latihan Pembantu Kesihatan Awam U19: Syarat & Kelayakan

Nota Penting: Sebelum itu, bagi anda yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam sesi Julai 2024 utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada 17 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 18 Mac 2024 – 19 Mac 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 19 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam.

Untuk anda yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam utk ambilan KKM yg dijadualkan pada 14 Februari 2024 ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam.

Bagaimanapun, untuk makluman anda jawatan ini hanya untuk pemohon lelaki sahaja.

Anda dipanggil ke exam online PKA U19? Sediakan diri dengan meningkatkan pengetahuan dan membanyakkan bacaan.

Atau

Dah lepas exam dengan jaya, kini kena hadapi sesi temuduga PKA U19 pula. Kalau tak prepare, memang senang sangkut tu!

Tempoh latihan Pembantu Kesihatan Awam U19

Tempoh Latihan adalah selama 2 tahun di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor dan Kolej Latihan Pembantu Kesihatan Awam, Batu Rakit, Terengganu.

Pusat kursus ini memang telah ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan sepanjang kursus anda akan diberi Biasiswa / Elaun sebanyak RM517.15 sebulan.

Syarat kelayakan Pembantu Kesihatan Awam U19

Antara lain syarat kelayakan memohon Pembantu Kesihatan Awam U19, ialah..

Syarat Latihan:

i) Warganegara: Malaysia

ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam / Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan: Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan: Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik;

Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah / Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan / Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

Mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
Berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19.

Boleh lihat, jadual gaji, syarat lantikan dan deskripsi tugas Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 di portal SPA bagi yang telah diperakukan oleh KKM. Agak menarik juga jadual gaji yang ditawarkan.

Leave a Comment

error: Content is protected !!