Bagi anda yang ingin mengambil ujian MUET, pendaftaran MUET dibuka 3 kali setahun yakni sesi pertama, sesi kedua dan sesi ketiga. Pendaftaran sesi ujian ini dibuka sebanyak 3 kali setahun bertujuan memudahkan calon untuk merancang masa bagi mengambil ujian MUET ini di mana-mana sesi yang anda punya masa terluang. Oleh itu, bagi anda yang ingin mengambil ujian MUET tahun 2023 ini, sila ikuti cara pendaftaran MUET 2023 online bagi sesi 1, 2 dan 3 di bawah..
Seperti yang anda tahu, ujian MUET ini melibatkan ujian lisan dan juga ujian bertulis. Ujian lisan adalah speaking dan ujian bertulis adalah writing, reading dan juga listening.
Selain penggunaan bahasa Melayu yang penting di kalangan rakyat Malaysia, penggunaan bahasa Inggeris juga tidak kurang pentingnya. Ia juga menjadi salah satu bahasa yang penting dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ini kerana, penggunaan bahasa Inggeris sering digunakan semasa seseorang individu pergi menghadiri sesi temuduga kerja terutama di syarikat yang besar dan majikannya berbangsa cina atau pun India.
Bukan itu sahaja, bagi pelajar yang akan menjalani latihan industri dan bekerja juga pasti akan menggunakan bahasa Inggeris semasa sesi temuduga untuk memastikan pemilik syarikat tertarik untuk mengambil mereka sebagai pekerja.
Oleh itu, anda harus bekerja keras untuk mengukuhkan lagi penguasaan bahasa Inggeris untuk memudahkan anda kehidupan terutama sekali dalam mencari pekerjaan.
Oleh itu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memperkenalkan Malaysia University English Test (MUET) kepada para pelajar bagi mengukuhkan lagi penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
MUET ini merupakan ujian bahasa berperingkat dengan bertujuan mengukur tahap kemampuan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar seperti pelajar Pra Universiti, Matrikulasi, Asasi dan Diploma.
Bagi mereka yang menyambung pengajian di peringkat Pra Universiti atau mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) wajib mengambil ujian MUET ini. Ini kerana, ujian MUET ini sangat penting bagi salah satu syarat am kemasukan ke universiti di seluruh universiti awam (UA) di negara kita.
Komponen Ujian MUET
Terdapat empat jenis ujian dalam MUET iaitu:
- 800/1 (Listening/Pendengaran) – ujian mendengar (30 minit)
- 800/2 (Speaking/Lisan) – ujian lisan (30 minit)
- 800/3 (Reading/Pemahaman) – ujian pemahaman berbentuk soalan objektif (90 minit)
- 800/4 (Writing/Penulisan) – ujian penulisan berbentuk esei (30 minit)
Permarkahan MUET
Markah Ujian MUET adalah berdasarkan kriteria di bawah:
- 800/1 (Listening/Pendengaran) – 45 markah
- 800/2 (Speaking/Lisan) – 45 markah
- 800/3 (Reading/Pemahaman) – 120 markah
- 800/4 (Writing/Penulisan) – 90 markah
Jumlah mata penuh ialah 300 markah. Keputusan akan diberi berdasarkan gred yang dinamakan sebagai Band. Daripada Band 1 – Band 6. Penerangan setiap Band adalah seperti di bawah..
Definisi Band MUET
Band 1 – Calon yang amat terhad. Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris. (Jumlah markah: Kurang 100)
Band 2 – Calon yang terhad. Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa. (Jumlah markah: 101-139)
Band 3 – Calon yang Sederhana. Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa. (Jumlah markah: 140-179)
Band 4 – Calon yang Kompeten. Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa. (Jumlah markah: 180-219)
Band 5 – Calon yang Bagus. Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa. (Jumlah markah: 220-259)
Band 6 – Calon yang sangat Bagus. Penguasaan bahasa yang amat baik. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa. (Jumlah markah: 260-300)
Tarikh Daftar MUET sesi 1, 2023
- 7 Disember 2022 tarikh pendaftaran di buka dan 10 Januari 2023 tarikh pendaftaran di tutup.
- Tarikh ujian speaking adalah 13,14,15,16, 20 dan 21 Mac 2023.
- Tarikh ujian bertulis adalah 1 April 2023.
Tarikh Daftar MUET sesi 2 2023
- 28 Februari 2023 tarikh pendaftaran sesi 2 di buka dan 4 April 2023 tarikh pendaftaran di tutup.
- Tarikh ujian lisan atau speaking adalah pada 13,14,15,19,20 dan 21 Jun 2023
- Tarikh ujian bertulis pula adalah pada 15 Julai 2023
Tarikh Daftar MUET sesi 3 2023
- 12 Julai 2023 tarikh pendaftaran sesi 3 di buka dan 4 April 2023 tarikh pendaftaran sesi 3 ditutup.
- Tarikh ujian lisan atau speaking adalah pada 30 dan 31 Oktober, 1,2,6,7 November 2023
- Tarikh ujian bertulis adalah pada 18 November 2023
Di atas adalah tarikh pendaftaran MUET 2023 online bagi sesi 1, 2 dan 3. Seterusnya adalah cara membuat pendaftaran MUET 2023 secara online.
Bagi anda yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 1, 2 atau 3 tahun 2023, bolehlah mengisi borang permohonan secara online seperti yang ditunjukkan.
Cara membuat Pendaftaran MUET 2023 online bagi sesi 1, 2 dan 3
Bagi pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 1, 2 dan 3 kali ni, boleh follow cara pendaftaran MUET 2023 berikut:
1) Pergi ke MUET 2023 Private Candidates Online Registration. Kemudian klik MUET daftar atau di panduan pendaftaran.
2) Seterusnya, anda cuma perlu klik pada butang ‘Registration Form’.
3) Di Exam Centre, pilih negeri anda dan pilih pusat ujian.
4) Di Personal Detail, lengkapkan semua butiran calon.
5) Buat bayaran sebanyak RM1.00. Bayar guna FPX atau Kad Debit/KadKredit.
6) Kemudian, anda akan dapat slip pendaftaran atau Statement of Registration (MUET/PP).
Mudah bukan?
Selain itu, anda boleh rujuk panduan pendaftaran MUET ni untuk maklumat lanjut.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedahnya jika anda mengambil ujian MUET ini. Ini disebabkan, ujian MUET sangat penting bukan sahaja untuk mendapatkan pekerjaan tetapi ianya penting juga dalam memudahkan komunikasi dengan individu yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utamanya seperti pelancong daripada luar negara.
Oleh itu, bagi para pelajar yang ingin menduduki ujian MUET, anda bolehlah melihat tarikh dan cara pendaftaran MUET 2023 online bagi sesi 1, 2 dan 3 seperti yang telah dikongsikan di atas.