Penggunaan Bahasa Inggeris dalam PSEE atau Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam!
Anda mungkin tidak percaya apa yang anda baca ini tapi inilah hakikatnya.
Selain daripada menguasai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Malaysia, untuk berjaya di dalam peperiksaan memasuki perkhidmatan awam, anda juga wajib mahir bertutur dan menulis di dalam bahasa Inggeris!
Untuk pengetahuan anda, peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam untuk jawatan-jawatan seperti Pegawai Antidadah S41, Pegawai Kawalan Trafik Udara A41, Penguasa Kastam W41, Juruaudit W41, Perangkawan E41, Pegawai Teknologi Maklumat F41, Pegawai Kebudayaan B41 dan lebih-lebih lagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.
Mempunyai satu seksyen di dalam peperiksaan online yang memerlukan anda menjawab soalan kefahaman Bahasa Inggeris!
Pihak SPA mahu melihat sejauh mana kematangan anda di dalam mengutarakan idea-idea menggunakan bahasa Inggeris yang standard, berkualiti dan mantap.
Calon-calon yang menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam cukup ramai saban tahun. Sebagai misal, untuk peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sesi Mei 2012 sahaja adalah seramai 37 000 ke atas!
Peperiksaan untuk jawatan lain pun tidaklah begitu jauh beza jumlah ini. Kelonggaran pemahaman di dalam seksyen bahasa Inggeris anda pun boleh dijadikan sebab yang kukuh untuk mengagalkan anda.
Anda mungkin tidaklah sebagus mana di dalam kira-mengira. Lagipun, seksyen daya menyelesaikan masalah diajukan dalam bahasa Malaysia (kerana semua calon lain pun tahu menggunakan bahasa kebangsaan ini). Bagi yang belum tahu seksyen pengiraan dalam PSEE SPA, boleh rujuk post kami yang menerangkan Contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah.
Tetapi andai anda mahir di dalam bahasa Inggeris maka ini merupakan SATU KELEBIHAN BESAR kepada anda.
Sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah calon lain anda sudah boleh kalahkan.
Jadi jika anda ada memohon untuk mana-mana jawatan di sektor awam melalui SPA9, mulailah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda daripada sekarang. Bersedia awal adalah yang paling baik. Daftarlah di kelas tuisyen, program-program peningkatan BI dan lain-lain.
Sekiranya anda mahu mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai seksyen ini, sila rujuk post kami yang mengupas topik-topik penting seksyen BI ini di Contoh Soalan SPA Online Kefahaman Bahasa Inggeris.