Perkhidmatan Perubatan Sekunder & Tertiar Jururawat

Perkhidmatan Perubatan Sekunder & Tertiar Jururawat. Peranan jururawat dalam bidang sub kepakaran dan kepakaran telah berkembang dengan wujudnya tugasan extended dan expanded selaras dengan perkhidmatan bidang perubatan. Dalam hubungan ini, Jururawat telah memberikan perkhidmatan di pelbagai unit pengkhususan, kepakaran dan sub kepakaran di hospital-hospital yang merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:-

Perkhidmatan Perubatan Sekunder & Tertiar Jururawat

• Perkhidmatan Pengkhususan

Perkhidmatan pengkhususan bagi Jururawat meliputi bidang-bidang Kecemasan dan traumatologi, anestesialogi, rawatan rapi, hemodialisis, dan lain-lain.

• Perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran

Perkhidmatan kepakaran dan sub-kepakaran bagi jururawat adalah bertujuan untuk melahirkan pemikir yang kritis yang dapat menghasilkan jagaan perawatan menggunakan “Evidence Based Delivery”.

Pada masa ini terdapat 26 bidang kepakaran jururawat yang diperlukan bagi hospital pakar dan hospital tanpa pakar di seluruh Malaysia.

Seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam bidang perubatan dan corak penyakit masa kini, bidang- bidang kepakaran kejururawatan yang baru seperti Cardiothoracic/ Cardiology Nursing, Emergency/Trauma Nursing, Ambulatory and Stroke Management in Nursing, dan Oncology Nursing adalah diperlukan bagi memenuhi keperluan perubatan sekunder dan tertiar semasa.

Leave a Comment

error: Content is protected !!