Pesanan Buat Insan Bergelar Pekerja

Pesanan buat insan bergelar pekerja ini ikhlas dibawakan oleh Blog Tips Kerjaya khas untuk semua pekerja tidak kira setinggi mana dan serendah apa pun pangkat atau pendapatan anda..

selamat hari pekerja

Kerja sungguh-sungguh

1. Bila anda telah mendapat sesuatu pekerjaan, kerjalah dengan bersungguh-sungguh dan penuh disiplin. Amalkan datang kerja tepat pada waktunya. Anda juga perlu menumpukan sepenuh perhatian semasa sedang melakukan pekerjaan.

Hormat-menghormati

2. Hormatilah ketua yang mengawasi anda semasa bekerja. Hormatilah rakan-rakan sekerja anda. Jaga tingkahlaku anda, kerana tingkahlaku yang baik akan menyebabkan anda dihormati oleh semua orang.

Jaga keselamatan

3. Jangan lupa menjaga keselamatan diri anda dan keselamatan tempat anda bekerja. Tingkatkan pengetahuan anda,dengan mengikuti kursus-kursus yang sesuai dengan pekerjaan anda.

Jangan berhenti belajar

4. Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran, ingat dengan pengetahuan yang tinggi anda boleh meningkatkan tahap pekerjaan anda,contoh dari pekerja am kepada penyelia seteruskan menjadi jurutera syarikat atau tidak mustahil menjadi seorang pengurus.

Baca juga: Kadar Gaji Minimum Di Malaysia

Jangan lupa diri

5. Jangan lupa beribadah kepada Allah, kerjaya yang diperolehi adalah nikmat rezeki yang dikurniakan ilahi. Syukurinya dengan membuat kebaikan kerana syukur itu bukan hanya dimulut saja.

Jangan lupa asl-usul

6. Jangan lupa memberi bantuan kepada kedua ibu bapa dengan apa cara yang anda terfikir. Anda tidak kemana jika bukan dengan bantuan dan doa mereka. Menjaga sedari kecil. Melindungi dari mala bahaya sehingga anda kini bergelar seorang pekerja.

P/s: Kami di Blog Tips Kerjaya mendoakan hanya yang terbaik buat anda dan keluarga! Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak 2011..

Leave a Comment

error: Content is protected !!