Petua Hilangkan Batuk Dan Gatal Tekak Dengan Cepat

Setiap masalah yang hadir pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah batuk-batuk dan gatal tekak yang di alami. Justeru, pasti ada di antara anda yang ingin ketahui apa cara atau petua untuk menghilangkan batuk dan gatal tekak dengan kadar yang segera. Oleh itu, di sini akan disenaraikan beberapa cara tradisional atau petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang perlu anda cuba.

Petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat

Masalah batuk dan gatal tekak sering dialami oleh semua golongan tidak kira dari usia muda hingga tua mahupun kanak-kanak. Masalah batuk dan gatal tekak yang dialami ini sering menjadi beban kepada seseorang kerana ianya boleh mengganggu aktiviti harian mereka baik di rumah mahupun di tempat kerja.

Berikut merupakan beberapa cara atau petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang perlu anda ketahui.

Bakar Bawang Putih

Jika dilihat, bawang putih sering disebut-sebut sebagai salah satu bahan tradisional atau bahan semula jadi yang sering di gunakan dalam ilmu perubatan tradisional untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Tidak terkecuali juga bahawa bawang putih juga merupakan salah satu bahan tradisional yang mampu menyembuhkan batuk dan juga gatal tekak.

Jika anda mengalami situasi batuk yang teruk seperti batuk kering sehingga mengakibatkan gatal tekak, anda boleh memanggang bawang putih dan makan bawang tersebut begitu sahaja ketika batuk.

Dengan cara tersebut dengan izin Allah batuk yang dialami akan beransur pulih. Amalkan selama beberapa bulan. Oleh itu jelas bahawa, bawang putih merupakan salah satu petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang anda kena cuba.

Baca: Senarai Universiti Awam Di Malaysia 2023

Berkumur Dengan Air Garam

Selain bawang putih, air garam juga dikatakan antara bahan yang mampu untuk menghilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat. Walaupun kita sering mendengar bahawa air garam sering digunakan untuk mereka yang mengalami sakit gigi, tetapi sebenarnya ianya juga mampu membantu mencegah batuk dan gatal tekak.

Cara penggunaannya sangatlah mudah, anda hanya perlu mengambil satu sudu garam dan larutkan dalam segelas air suam kemudian anda perlu berkumur sekerap yang boleh untuk memastikan batuk dan gatal tekak hilang dengan sempurna.

Minum Air Masak Secukupnya

Untuk pengetahuan anda, air masak bukan sahaja dapat membantu mencantikkan wajah dan menurunkan berat badan, tetapi air masak juga dapat membantu menghilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat.

Apa yang anda perlu lakukan dengan air masak adalah, anda perlu mengambil air putih atau air masak dengan banyak setiap hari untuk memastikan batuk dan gatal tekak yang di alami dapat beransur pulih.

Hal ini demikian kerana, apabila anda kurang minum air maka, tekak anda menjadi kering dan akan mula berasa gatal. Secara tidak langsung batuk kering yakni batuk tanpa kahak akan terjadi. Oleh kerana itu, air masak dikatakan sebagai salah satu petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat.

Bancuh Air Asam Jawa

Seterusnya, petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang boleh anda amalkan adalah penggunaan air asam jawa. Asam jawa merupakan antara ubat-ubatan terbaik yang mampu menghilangkan batuk kerana khasiat yang ada padanya mampu membuatkan tekak anda menjadi lebih segar dan tidak kering.

Untuk anda yang tertanya-tanya cara untuk membuatnya, anda hanya perlu mengambil satu sudu atau dua sudu asam jawa dan kemudian bancuh dengan air suam kemudian anda boleh meminumnya.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi cara atau petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang boleh anda amalkan sekiranya kejadian-kejadian sebegini terjadi. Bukan itu sahaja, selain petua untuk orang dewasa, ibu bapa juga boleh menggunakan mana-mana petua di atas yang sesuai untuk kanak-kanak amalkan bagi membantu menghilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang mereka alami.

Justeru, diharapkan perkongsian yang telah dinyatakan di atas ini sedikit sebanyak dapat membantu mana-mana golongan yang mengalami batuk dan gatal tekak.

Leave a Comment

error: Content is protected !!