Sejarah Kejururawatan Di Malaysia

Ini adalah ringkasan sejarah kejururawatan di Malaysia. Kerjaya kejururawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800 di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. Kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik.

Sejarah Kejururawatan Di Malaysia

Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan peperangan dunia ke dua.

Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951.

Baca : Soalan lazim dalam temuduga Jururawat U29

Jururawat adalah profesyen yang mengabungkan antara ‘SENI’ dan ‘SAINS’ yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri.

Selain itu, profesyen kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.

Kerjaya kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa.

Baca juga : Senarai kolej kejururawatan di Malaysia

Justeru itu, kerjaya kejururawatan di Malaysia sentiasa menerima perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam pembangunan kerjaya seiring dengan era globalisasi ke arah mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Sehubungan itu, ia telah memberi peluang perkembangan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi bagi menjamin kehidupan dan kepuasan diri.

Selaras dengan itu, anjakan paradigma terhadap kerjaya kejururawatan telah dapat dilihat di mana taraf kerjaya jururawat telah dipertingkatkan dari skim perkhidmatan di dalam kumpulan sokongan melalui pewujudan skim perkhidmatan yang dikenali sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Baca seterusnya : Panduan menjadi Jururawat Masyarakat U19

Melalui skim perkhidmatan baru ini, gred-gred jawatan di peringkat Pengurusan dan Profesional telah diperluaskan dari Gred U41 hingga ke Gred U54.

Berbanding dengan peruntukan dibawah skim perkhidmatan terdahulu yang hanya menghadkan gred jawatan tertinggi hingga ke Gred U40 sahaja.

Demikian sedikit sebanyak mengenai sejarah jururawat Malaysia. Pada masa ini, kerjaya sebagai jururawat Malaysia sudah mula diterokai oleh lelaki. Kehadiran juruawat lelaki dalam sektor kesihatan di Malaysia sudah mulai bertambah sedikit demi sedikit.

Leave a Comment

error: Content is protected !!