Semak Nama Blacklist Bank Negara Online

Tersenarai dalam blacklist bank negara sememangnya akan membuat seseorang berasa takut dan kecewa. Ini biasanya disebabkan hutang piutang yang tidak dijelaskan. Kemungkinan juga disebabkan seseorang menjamin ahli keluarga yang tidak membayar hutang mereka. Hal ini secara tidak langsung telah mengakibatkan rekod kewangan kita telah disenarai hitam oleh pihak bank dan dihantar ke bank negara. Jadi, kali ini kita nak tengok cara semak nama blacklist bank negara online.

Semak nama blacklist bank negara online

Bagi mereka yang namanya telah tersenarai dalam blacklist mana-mana bank, anda tidak perlu panik malah korang perlulah bertenang dan kemudian anda perlulah melakukan semakan segera nama anda yang telah termasuk dalam senarai hitam bank.

Di negara kita, memiliki sistem atau platform menguruskan dan merekodkan segala aktiviti pinjaman dan pembayaran. Oleh itu, wajib bagi anda untuk menyemak nama dalam data blacklist bank negara. Walau bagaimanapun, pasti ada di antara anda yang mungkin masih belum mengetahui bagaimana cara untuk menyemak nama dalam blacklist bank negara.

Sebelum kita lihat dengan lebih lanjut tentang cara semak nama blacklist bank negara online, kita perlu mengetahui terlebih dahulu mengenai CCRIS dan CTOS.

Baca: Cara Memohon e-Pengambilan PDRM

Agak ramai juga yang tidak tahu apa itu CCRIS. Central Credit Reference Information System atau singkatannya CCRIS ialah sistem yang telah dipilih oleh bank negara untuk mensintesiskan maklumat kredit. Ianya merekodkan data peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam.

Seterusnya, CTOS. CTOS pula ialah laporan kredit mengenai data pemohon pinjaman. Hal ini dikatakan demikian kerana sebuah syarikat swasta akan mengumpulkan maklumat dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam.

Sebagai contoh, sumber-sumber awam ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Insolvensi Negara (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Penerbitan prosiding undang-undang.

Itulah sedikit sebanyak mengenai CCRIS dan CTOS yang perlu anda tahu.

Selanjutnya, kita akan terus ke cara-cara semak nama blacklist bank negara online. Untuk pengetahuan anda, semakan nama dalam senarai blacklist bank negara boleh di buat secara atas talian.

Cara semakan atas talian atau online ni mudah sahaja untuk dilakukan. Hanya menggunakan laman eCCRIS. Bagaimana cara hendak menggunakan eCCRIS?

Ikuti langkah-langkah berikut:

1) Layari laman sesawang eCCRIS ini atau taip sahaja di google.

2) Seterusnya, anda perlu mendaftar akaun eCCRIS bagi yang belum pernah mendaftar dengan menekan ruang ‘First Time Login’ dan bagi yang sudah mendaftar, anda hanya perlu memasukkan ID pengguna dan kata laluan sahaja.

3) Selanjutnya, setelah selesai memasuki laman eCCRIS, anda hanya perlu klik bahagian carian dan seterusnya boleh klik pada ‘carian sendiri- individu’. Kemudian jika anda telah bersetuju dengan segala terma dan syaratnya, anda perlulah menekan penanda kotak yang tertera perkataan ‘saya setuju’ dan kemudian terus sahaja klik ‘carian laporan’ pada ruangan yang tertera.

4) Kemudian boleh klik ruangan ‘muat turun’ dan klik ‘save/simpan’ sekiranya anda ingin memuat turun laporan.

5) Seterusnya jika anda ingin membuka laporan yang telah di muat turun tersebut, anda hanya perlu memasukkan kata laluan yang telah korang isikan.

6) Akhir sekali, sebagai saranan, anda digalakkan untuk memasang adobe reader atau apa sahaja perisian yang mudah untuk membuka laporan tersebut.

Senangkan? Langkah atau cara yang dinyatakan di atas adalah serba sedikit tentang bagaimana cara semak nama blacklist bank negara online.

Kesimpulannya, semak nama blacklist bank negara online sangat penting dan perlu dilakukan untuk melihat atau memastikan sama ada nama anda telah di-blacklist oleh bank negara atau tidak.

Jika nama anda telah dimasukkan dalam blacklist bank negara, anda perlulah membuat pembayaran dengan segera untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

1 thought on “Semak Nama Blacklist Bank Negara Online”

Leave a Comment

error: Content is protected !!