Untuk makluman semua, MAIDAM berfungsi sebagai salah satu medium permohonan zakat bagi mereka yang memiliki kelayakan. Oleh itu, pasti ada di antara anda yang ingin tahu juga tentang bagaimana cara untuk menyemak MAIDAM 2023 ini. Justeru, di sini akan di bincangkan tentang cara semakan MAIDAM 2023 (semakan status permohonan) beserta dengan golongan yang layak menerima zakat MAIDAM.

Apa itu MAIDAM? Hmmm… mesti anda nak tahukan apa itu MAIDAM kan. Untuk anda yang tidak tahu apa itu MAIDAM? MAIDAM adalah singkatan daripada perkataan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menasihat dalam urusan semua perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama, pembangunan syiar islam dan juga kesejahteraan sosio-ekonomi umat islam di Terengganu.
Haa!!! mesti anda tak sabarkan nak tahu cara semakan MAIDAM 2023 (semakan status permohonan). Kalau anda nak tahu cara semakan MAIDAM 2023(semakan status permohonan) ini sebenarnya sangat mudah dan ringkas. Ianya hanya makan masa tidak lebih daripada 30 minit. Mesti anda tak sabar nak tahu kan?
Berikut merupakan semakan MAIDAM 2023 (semakan status permohonan) yang perlu di ketahui.
Caranya sangat mudah dan pantas serta tdak memerlukan anda untuk mengenal pasti langkah satu, dua dan tiga. Apa yang anda boleh lakukan untuk menyemak adalah, anda perlu melayari laman web MAIDAM.
Setelah itu, apa yang anda perlu lakukan adalah anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau ic dan kemudian klikkan butang semak. Setelah itu, di skrin akan kelihatan status permohonan.
Tarraaa…. Haa mudah dan senangkan nak membuat semakan MAIDAM 2023 (semakan status permohonan) ini. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu jenis semakan berkaitan yang boleh anda buat di MAIDAM 2023. Antara semakan yang boleh di buat adalah seperti berikut:
1. Bantuan masjid atau surau.
2. Permohonan bantuan bulanan, berhutang, baiki, modal perniagaan, perubatan dan juga bencana alam.
3. Semakan penerima bantuan Ramadhan.
Dalam kita mengetahui tentang semakan MAIDAM 2023(semakan status permohonan), kita juga perlu mengetahui golongan yang layak untuk menerima zakat MAIDAM ini.
Berikut merupakan penerima zakat MAIDAM yang telah dikategorikan.
1. Miskin
Miskin adalah individu yang beragama islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya mampu menanggung sebanyak 50% dan tidak mencapai 100% serta hanya mencukupi untuk keperluan asas dirinya dan orang tanggungannya sahaja.
2. Fakir
Fakir pula adalah individu yang beragama islam yang tidak mempunyai harta atau pendapatan serta tidak mencapai 50% untuk menanggung keperluan asas diri dan tanggungannya.
3. Muallaf
Bagi muallaf pula bermaksud seseorang yang telah di berikan hidayah untuk memeluk islam tetapi tahap keimanannya masih agak rapuh.
4. Amil
Amil adalah individu atau organisasi yang telah di berikan beberapa tugas bagi menjalankan kerja-kerja pengurusan pungutan zakat serta agihannya.
5. Fisabilillah
Pasti anda pernah mendengar perkataan fisabilillahkan? Fisabilillah adalah mana-mana individu yang telah terlibat di dalam satu aktiviti bagi menegakkan, mempertahankan dan menyebarkan dakwah agama islam serta kebajikannya.
6. Ar-Riqab
Untuk ar-riqab pasti tidak ramai yang mengetahuinya, namun ar-riqab ialah memerdekakan orang islam daripada belenggu perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.
Kesimpulannya, bagi individu-individu yang ingin mengetahui tentang cara semakan MAIDAM 2023, anda digalakkan untuk melihat huraian atau perbincangan yang telah dinyatakan di atas ini.
Bukan itu sahaja, di atas ini juga telah dinyatakan beberapa jenis semakan yang boleh di buat beserta dengan beberapa kategori penerima zakat MAIDAM. Untuk penerima zakat MAIDAM ini, sebenarnya masih terdapat beberapa lagi kategori yang layak menerimanya, namun cukup untuk anda mengetahui beberapa kategori yang telah di nyatakan di atas. Justeru, diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat semakan MAIDAM 2023.
KEMAMAN
Slm sy nk tanya kenapa prmohonan utk sara hidup bg Azmi bin Mohd Nor masih dlm proses sedangkn prmohonan itu d buat pd bulan mac 2023.
Saya nk tanye status pemohonan maidan bg tahun 2023..sy telah
Hantar borang pd bulan 2 lg, tp skarang n dlm proses lg..ade masalah ke dgn ke dgn borang sy?