Menerusi semakan panggilan temuduga UPSI, calon akan mengetahui sama ada mereka terpilih ke peringkat seterusnya dalam proses pemilihan. Justeru itu, adalah penting untuk semua pemohon memahami tatacara semakan, tarikh penting, serta tindakan susulan sekiranya dipanggil atau tidak dipanggil ke temuduga. Panduan ini disediakan untuk membantu calon menjalankan semakan dengan mudah dan memastikan mereka bersedia menghadapi langkah seterusnya dengan penuh yakin.
Isi Kandungan

Temuduga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan langkah penting dalam proses pemilihan calon yang berpotensi melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan. Sebagai salah sebuah institusi terkemuka dalam melahirkan pendidik berkualiti, UPSI menilai bukan sahaja kelayakan akademik, tetapi juga keupayaan calon untuk berkomunikasi, berfikir secara kritis, dan menunjukkan komitmen terhadap profesion perguruan.
Tarikh & Saluran Rasmi Semakan Panggilan Temuduga UPSI 2025
Tarikh Penting Semakan
Bagi sesi kemasukan UPSI 2025/2026, semakan arahan temuduga dan ujian khas bagi program Diploma boleh dibuat bermula:
23 April 2025 (Rabu), selepas jam 5:00 petang
Tarikh ini penting untuk semua calon yang memohon melalui laluan UPUOnline. Jangan lupa untuk semak lebih awal agar ada cukup masa untuk membuat persediaan temuduga.
Saluran Rasmi Semakan
Calon boleh membuat semakan panggilan temuduga melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi UPSI: https://kemasukan.upsi.edu.my
- Portal UPUOnline: https://upu.mohe.gov.my
- Laman Rasmi Media Sosial UPSI & KPT-UPU: Facebook, Instagram, dan Twitter rasmi UPSI sering mengumumkan maklumat terkini.
Maklumat Diperlukan Semasa Semakan
Sediakan maklumat berikut sebelum semakan:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Permohonan UPUOnline
- Maklumat peribadi (jika diminta)
Langkah-langkah Buat Semakan Panggilan Temuduga UPSI
Berikut ialah panduan langkah demi langkah untuk membuat semakan panggilan temuduga bagi program UPSI melalui saluran rasmi:
Langkah 1: Layari Laman Web Rasmi
Pergi ke salah satu pautan berikut menggunakan pelayar internet:
Pastikan anda akses laman web ini pada atau selepas 23 April 2025 jam 5:00 petang.
Langkah 2: Cari Pautan Semakan Temuduga
Pada halaman utama, cari teks atau pautan seperti:
- “Semakan Panggilan Temuduga”
- “Arahan Temuduga & Ujian Khas”
Biasanya pautan ini terletak pada bahagian pengumuman atau menu utama berkaitan pengambilan pelajar.
Langkah 3: Masukkan Maklumat Peribadi
Anda akan diminta untuk masukkan:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Permohonan UPUOnline (jika diminta)
Pastikan maklumat dimasukkan dengan tepat tanpa sebarang kesilapan.
Langkah 4: Semak Status dan Cetak Arahan Temuduga
- Jika anda berjaya, paparan akan menunjukkan tarikh, masa, lokasi, serta dokumen yang perlu dibawa.
- Klik pautan untuk muat turun dan cetak surat panggilan temuduga.
Langkah 5: Simpan Bukti dan Ambil Tindakan Segera
- Simpan salinan digital dan cetakan surat.
- Teruskan dengan persediaan temuduga (dokumen, penampilan, latihan lisan, dan sebagainya).
Apa Perlu Dibuat Jika Terpilih ke Temuduga UPSI?
Muat Turun & Cetak Surat Panggilan Temuduga
- Pastikan anda mencetak surat panggilan temuduga yang dipaparkan semasa semakan.
- Simpan satu salinan fizikal dan satu salinan digital (PDF) untuk rujukan.
Semak Butiran Temuduga dengan Teliti
- Perhatikan:
- Tarikh & masa temuduga
- Lokasi (sama ada fizikal atau dalam talian)
- Nama program yang dipohon
- Tandakan dalam kalendar dan rancang perjalanan lebih awal jika perlu hadir secara bersemuka.
Sediakan Dokumen-Dokumen Penting
- Salinan dan asal dokumen berikut (bergantung kepada arahan):
- Kad Pengenalan
- Sijil akademik (SPM/STPM/Setaraf)
- Transkrip atau keputusan terkini
- Surat berkaitan kokurikulum (jika ada)
- Letakkan semua dalam fail plastik lutsinar untuk kemudahan semakan oleh panel.
Persiapan Penampilan & Persediaan Temuduga
- Pilih pakaian kemas, sopan dan sesuai untuk temuduga pendidikan.
- Latih diri bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara asas, terutama menjawab soalan seperti “Tell us about yourself.” Kalau nak bersedia betul-betul, boleh dapatkan eBook di bawah..
Latihan & Kajian Ringkas Sebelum Temuduga
- Baca tentang:
- Latar belakang UPSI
- Program yang dipohon
- Isu pendidikan semasa (contohnya pembelajaran digital, cabaran guru masa kini)
- Praktis dengan rakan, guru atau rakam sendiri untuk pantau nada dan gaya komunikasi.
Panduan Lulus Temuduga UPSI
Bayangkan korang melangkah masuk bilik temuduga UPSI dengan keyakinan penuh. Jawapan teratur sampai panel cakap dalam hati – ‘inilah calon guru yang aku cari-cari selama ini!’
Semua ni korang boleh capai dengan ebook Panduan Lulus Temuduga UPSI. Lengkap 7 bab + 3 bab bonus, ada 20 soalan temuduga Bahasa Melayu dan 10 soalan soalan temuduga UPSI Bahasa Inggeris. Semua soalan ini dilengkapi dengan jawapan padu.
Juga dikongsikan apa itu teknik delivery, mock interview skrip, checklist checklist komprehensif. Semua ini disusun rapi supaya anda lulus dan bersinar dalam sesi temuduga UPSI itu nanti!
Klik butang di bawah. Jom capai impian menjadi guru yang berdedikasi!
Untuk masa terhad, ia dijual dengan harga RM10 sahaja. Cepat gais sebelum stok habis!

Jangan buang masa Google sana sini atau main redah. Dapatkan ebook ni, ulang baca, buat latihan, dan masuk ruang temuduga dengan tenang dan bergaya. Hasilnya? Peluang terpilih akan naik mendadak!
Soalan Lazim Berkaitan Semakan Temuduga
Bolehkah saya membuat semakan melalui telefon atau WhatsApp?
Tidak. Semakan panggilan temuduga UPSI hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi seperti https://kemasukan.upsi.edu.my atau https://upu.mohe.gov.my. UPSI tidak menyediakan semakan melalui telefon, e-mel, atau aplikasi pesanan seperti WhatsApp.
Saya terlupa nombor permohonan UPU. Apa yang perlu saya buat?
Nombor permohonan boleh didapati melalui e-mel pengesahan semasa pendaftaran UPUOnline, atau dengan log masuk semula ke portal UPU. Jika masih bermasalah, hubungi pihak UPUOnline melalui e-mel rasmi atau saluran bantuan teknikal.
Saya tak boleh akses laman semakan. kenapa?
Kemungkinan besar laman web sedang menerima jumlah pengunjung yang tinggi. Cuba:
Akses pada waktu kurang sesak (awal pagi atau lewat malam).
1. Gunakan pelayar lain atau bersihkan cache pelayar semasa.
2. Pastikan sambungan internet stabil.
Maklumat dalam semakan tak lengkap / bercampur. Apa patut saya buat?
Segera hubungi pihak UPSI melalui:
1. E-mel rasmi kemasukan: kemasukan@upsi.edu.my
2. Nombor telefon pejabat kemasukan (tertera di laman rasmi)
3. Pastikan anda nyatakan nama penuh, nombor IC dan tangkap layar (screenshot) jika perlu.
Bagaimana jika tarikh temuduga bertindih dengan urusan penting lain (contohnya peperiksaan atau temuduga IPT lain)?
Calon boleh cuba hubungi pihak UPSI untuk membuat permohonan penjadualan semula, namun kelulusan bergantung pada pertimbangan pihak universiti. Sebaiknya kemukakan permohonan segera disertakan dokumen sokongan.