Kali ini kami kongsikan pula senarai alamat untuk Sekolah Agama Menengah (SAM dan SAMT) yang terdapat di Negeri Selangor Darul Ehsan:

BIL | NAMA SEKOLAH | ALAMAT SEKOLAH /ALAMAT WEB & EMAIL | NO. TEL |
---|---|---|---|
1. | Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin | Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, 41000 Klang web : www.samtsh.bpi.edu.my email : bft0001@btpnsel.edu.my | 03 –33713793 03 –33732594 (faks) |
2. | Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin | Jalan Tepi Sungai Bertih, 41100 Klang email : bft0002@btpnsel.edu.my | 03 –33724120 03 –33742673 (faks) |
3. | Sekolah Agama Menengah Nurul Iman | Kampung Bukit Cherakah, 41050 Klang email : bft0003@btpnsel.edu.my | 03 –33931066 03 –33926054 (faks) |
4. | Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah | KM 39 Kanchong Darat, 42700 Banting email : bft1001@btpnsel.edu.my | 03 –31872377 03 –31873277 (faks) |
5. | Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah | Sungai Manggis, 42700 Banting web : www.sabksamttar.bpi.edu.my email : bft1002@btpnsel.edu.my | 03 –31872396 03 –31813595 (faks) |
6. | Sekolah Agama Menengah Jeram | Batu 20, Jeram, 45800 Kuala Selangor email : bft3001@btpnsel.edu.my | 03 –32647396 03 –32648499 (faks) |
7. | Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang | 45500 Tanjung Karang email : bft3002@btpnsel.edu.my | 03 –32698711 03 –32690053 (faks) |
8. | Sekolah Agama Menengah Hulu Langat | Batu 10, Cheras, 43200 Hulu Langat email : bft4001@btpnsel.edu.my | 03 –90751343 03 –90754537 (faks) |
9. | Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek | 44020 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan web : www.samsgselisik.edu.my email : bft5001@btpnsel.edu.my | 05 – 4541632 05 – 4541068 (faks) |
10. | Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu | 44000 Kuala Kubu Bharu email : bft5002@btpnsel.edu.my | 03 –60641224 03 –6064 4800 (faks) |
11. | Sekolah Agama Menengah Parit Baru | 45100 Sungai Air Tawar email : bft6001@btpnsel.edu.my | 03 –32136470 03 – 32136470 (faks) |
12. | Sekolah Agama Menengah Bagan Terap | 45300 Sungai Besar email : bft6002@btpnsel.edu.my | 03 –32161640 03 –32165400 (faks) |
13. | Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani | 45300 Sungai Besar email : bft6003@btpnsel.edu.my | 03 –32242539 03 –32243239 (faks) |
14. | Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang | 45400 Sekinchan email : bft6004@btpnsel.edu.my | 03 –32410314 03 –32410314 (faks) |
15. | Sekolah Agama Menengah Muhammadiah, Pekan Sabak | Batu 1, Jalan Bernam, 45200 Sabak Bernam email : bft6005@btpnsel.edu.my | 03 –32161303 03 –32161473 (faks) |
16. | Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah | Jalan Kampung Baru Nelayan, 45300 Sungai Besar email : bft6006@btpnsel.edu.my | 03 –32242564 03 –32242564 (faks) |
17. | Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah | Batu 38, 45200 Sabak Bernam email : bft6007@btpnsel.edu.my | 03 – 3216127 03 –32161648 (faks) |
18. | Sekolah Agama Menengah Rawang | Batu 16, Jalan Ipoh, 48000 Rawang email : bft7001@btpnsel.edu.my | 03 –60918934 03 –60922028 (faks) |
19. | Sekolah Agama Menengah Paya Jaras | Persiaran Elmina, 47000 Sungai Buloh email : bft8001@btpnsel.edu.my | 03 –60384237 03 –60385723 (faks) |
20. | Sekolah Agama Menengah Bestari | Jalan USJ 5/3, 47610 Subang Jaya web : www.sambest.my email : bft8002@btpnsel.edu.my | 03 –56377681 03 –56327519 (faks) |
21. | Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah | Jalan Cahaya 11/7, Seksyen 11, 40000Shah Alam email : bft8003@btpnsel.edu.my | 03 – 5510 250 03 – 55102506 (faks) |
22. | Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar | Sepang, 43000 Kajang web : www.samsmel.bpi.edu.my email : bft9001@btpnsel.edu.my | 03 –89259824 03 –89254507 (faks) |
23. | Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi | 43900 Sepang email : bft9002@btpnsel.edu.my | 03 –87060455 03 –87063191 (faks) |
Senarai SAM Dan SAMT Di Negeri Selangor ini dipetik dari laman web JAIS. Untuk sebarang perubahan alamat dan nombor telefon, sila semak di Portal Pendidikan Islam JAIS.
Atau
Anda juga boleh menghubungi mereka melalui cara berikut:
Tel: 03-5514 3400 samb. 2037 / 2050 (Kaunter).
Fax: 03-5512 3035 / 5510 5053
Email: pendidikan@jais.gov.my
P/s: Memang bagus sekali kalau dapat menghantar anak-anak belajar di SAM dan SAMT ini. Sekurang-kurangnya mereka mendapat pendidikan agama yang baik. Ditambah dengan keprihatinan ibubapa di rumah.. 🙂
SAM Tanjong Karang x de ke???
ada. nama lama samtk adaalh sam seri desa
samtk x de
SMA Pahang xde ke?heheh
Anak saya mendapat pendidikan agama di sekolah rendah agama di Kuala Lumpur. Adakah layak untuk memohon bersekolah di SAM di negeri selangor?
Saya juga ingin btanya, bagi yang tinggal diluar kawasan selangor, bagaimana untuk memohon masuk ke seko láh agama negeri selangor..
Harap mendapat jawapan ..terima kasih.
klu tinggal di rawang tapi nak ambil stam di sabak bernam boleh ke ?……..
blh jesbb ada yg dri pahang pon htr stam kat sabak
sg merab luar tu ok tak?
ok
Sekolah agama menengah yg mana yg ada sukan memanah dan berkuda yg turut diajar ye…?
Saya sedang mencari2 SMA yang ada asrama untuk anak di Tg2 next year. Any suggestion?
1) saya ingin bertanya anak lelaki mendapa 2A 3B dalam pepriksaan upsr dan PSRA mendapat makbul . Bolehkah anak saya memasuki sekolah berasrama .
2) saya mempunyai dan tahun hadapan dia akan melangkaui tingkatan 3 , Upsr mendapat 2A 2C 1B dan psra mendapat jayid dan ujian akhir tahun tingkatan 2 mendapat 3B 4C 1E . Bolehkah dia memasuki sekolah berasrama pada tahun hadapan ?
Saya ingin menghantar anak saya ke asrama kerana ingin cepat matang dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Kemasukkan Pelajar
Bagaimanakah cara untuk memohon masuk ke sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor?
Borang permohonan boleh didapati di semua Sekolah Rendah Agama (SRA),Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI),
Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi),Sekolah Rendah Islam Persendirian (SRI) dan sekolah yang ada mengambil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor atau di pejabat agama islam daerah yang berdekatan.
Borang permohonan ke sekolah Agama Menengah (SAM) yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk diproses.
*** SAM Sultan Hisamuddin tidak ada mengeluarkan sebarang borang permohonan.
Syarat utama kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor
Wajib lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) minimum 80% (Jaiyid Jiddan). Pemilihan pelajar berdasarkan peratus diputuskan sepenuhnya oleh JAIS. Pihak sekolah hanya menerima senarai nama pelajar yang diserahkan oleh pihak JAIS.
Bagi kemasukkan dari luar negeri Selangor, permohonan adalah melalui JAIS.
Syarat am kemasukan murid Tingkatan Satu (1) ke Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor adalah:
1 Calon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
2 Lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor.
3 Lulus Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Cara untuk memohon adalah:
1 Borang permohonan boleh didapati di semua Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi), Sekolah Rendah Islam Persendirian (SRI) dan sekolah yang ada mengambil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor.
2 Borang permohonan ke sekolah Agama Menengah (SAM) yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk diproses.
*Sebarang perubahan kepada syarat kemasukkan bergantung kepada Surat Siaran Jabatan Pendidikan Selangor (Sektor Pendidikan Isalam dan Moral) serta Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
assalamualaikum ….saya nak tanya if saya nak ambil stam calon persendirian di sma bandar baru salak tinggi ..adakah perlu berhubung dengan jabatan pelajaran negeri selangor dahulu ?? saya dah try kol sekolah tersebut tapi tak terjawap …
assalamualaikum, saya nak tanya…. bila permohonan kemasukan ke STAM 2016 dibuka ye?
Ya saya pon nk tnya soalan yg sama… bile ye…?
Assalamualaikum…saya nak minta kaedah masuk Sek Agama Menengah Ting 4 dan tinggal di Asrama
SM Agama Paya Jaras .. anak saya baru dpt tawaran. Online…
kemasukan tingkatan 1 utk thn 2016 semua dah online kan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagi anak lepasan tahun 6 2017. Anak saya tidak mengisi Secara on line kemasukan ke Sam 2017. Anak saya mendapat mumtaz pep psra s dan 3a3b upsr . Adakah masih ada peluang utk anak saya masuk ke Sam di Sg merab atau Sam Ssepang . Jika ada , bagaimana caranya
semakan.jais.gov.my/ BOLEH ISI RAYUAN DISINI. RAYUAN DIBUKA HINGGA 6 JAN 2016
5. MAKLUMAN SABK NEGERI SELANGOR
Makluman kepada murid yang tidak berjaya ditawarkan ke SABK Negeri Selangor
boleh membuat rayuan dengan mengisi borang rayuan secara atas talian (online)
melalui Portal Rasmi JAIS di jais.gov.my. Rayuan boleh dibuat oleh murid
yang telah membuat permohonan Tingkatan Satu (1) secara online dan tidak
mendapat tawaran. Murid yang tidak membuat permohonan Tingkatan Satu (1)
secara online juga boleh membuat rayuan.
Tarikh Rayuan : 28 hb Disember 2016 hingga 06 hb Januari 2017.
6. Surat tawaran ke SABK Negeri Selangor boleh dicetak semasa murid membuat
semakan status permohonan secara online secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi JAIS di jais.gov.my. Murid yang berjaya hendaklah mencetak surat
tawaran yang dilampirkan beserta borang maklum balas tawaran dan borang
maklumat diri murid, manakala murid yang tidak berjaya boleh mengisi borang
rayuan online seperti maklumat yang dinyatakan di atas.
7. Jika memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
(Senarai Pejabat Agama Islam Daerah)
Ini link untuk isi form online, walaupun sebelum ini belum isi:
docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdcftlcqWjreQpnnZku3iT5O0yp2temkIq2jKwuOTJWZx6imA/viewform?c=0&w=1
Sebelum tu create profile anak di sini:
public.moe.gov.my/
assalam saya nak tanya jika anak saya gagal dlm upsr tp keputusan sekolah agama Musaadah..saya nak tahu..boleh mohon tak?
As salam. Tuan, anak saya ada mohon sekolah kawalan melalui online di putrajaya. Tapi, tidak berjaya. Boleh tak saya buat rayuan utk sekolah agama di selangor? Di sistem, alamat putrajaya hanya boleh mohon sekolah di putrajaya shj. Mohon pandangan pihak tuan. Terima kasih
Dalam senarai di atas, sekolah yg manakah ada menyediakan kemudahan asrama utk pelajar yg jauh?
Assalamualaikum, sy nk tanya kemasukan tingkatan 1 pada thn 2022 dh buka ke belum or secara online
Salam..nk tanya kalau dh dpt tawaran ke Sam Jeram blh ke nk mintak tukar ke Sam bestari