Bagi pelajar yang baru sahaja selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan akan menyambung pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi iaitu diploma dan degree di mana-mana universiti awam yang terdapat di Malaysia ini. Perkongsian ini memang untuk anda. Negara memiliki dua jenis universiti iaitu universiti awam dan juga universiti swasta. Tapi fokus kita kali ini lebih kepada universiti awam. Oleh itu, jom kita lihat senarai universiti awam di Malaysia 2023.
Lebih separuh daripada bakal graduan di Malaysia memilih universiti awam sebagai tempat mereka menyambung pelajaran. Universiti awam juga dahulunya dikenali sebagai pusat pengajian tinggi awam (IPTA) yang memiliki tiga kategori iaitu universiti penyelidikan, universiti komprehensif dan juga universiti yang memfokuskan bidang kejuruteraan, ketenteraan, Pendidikan dan pengurusan.
Pada masa ini, di Malaysia kita memiliki lebih kurang 71 universiti awam (termasuk cawangannya) yang boleh dipilih oleh bakal graduan.
Anda klik nama univerisi awam di bawah untuk melihat senarai kursus atau pengajian yang ditawarkan oleh pihak universiti berkenaan. Satu lagi, senarai pengajian yang dimasukkan di sini hanya kos yang memiliki perakuan akreditasi MQA sahaja.
Nota: Program atau pengajian yang ada highlight warna hijau tu adalah program yang diiktiraf oleh badan profesional berkaitan seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Majlis Optik Malaysia, Lembaga Jururawat Malaysia dan seumpamanya.
Berikut merupakan senarai universiti awam di Malaysia 2023 sebagai rujukan anda.
Demikianlah, senarai universiti awam di Malaysia 2023 yang menawarkan pelbagai kursus-kursus pengajian yang diingini oleh para bakal graduan untuk menggapai cita-cita atau impian anda.
Jom kita lihat sedikit latar belakang dua daripada senarai universiti awam di Malaysia ini iaitu Univerisi Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Universiti Malaya (UM)
Universiti Malaya telah di tubuhkan hasil gabungan di antara King Edward VII College of Medicine (1905) dan Raffles College (1928) pada 8 Oktober 1949. Universiti Malaya ini ditubuhkan bagi melahirkan modal insan yang terlatih dalam persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura serta kemudiannya Malaysia.
Universiti Malaya ini juga sentiasa menjadi pilihan utama bagi para bakal graduan yang ingin menyambung pengajian mereka di peringkat universiti. Justeru, ini merupakan serba sedikit latar belakang mengenai Universiti Malaya yang merupakan salah satu universiti daripada senarai universiti awam di Malaysia 2023.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga merupakan salah satu universiti yang selalu menjadi pilihan para bakal graduan untuk melanjutkan pengajian di universiti. Bukan itu sahaja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga merupakan universiti ketiga yang ditubuhkan selepas Universiti Malaya (UM) dan Universiti sains Malaysia (USM).
Ianya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Selain itu, UKM memiliki beberapa fakulti semasa di awal penubuhannya iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Fakulti Sains. Oleh itu, ini merupakan sedikit latar belakang UKM yang merupakan salah satu senarai universiti awam di Malaysia.
Penutup
Terdapat lebih daripada 71 senarai universiti awam di Malaysia yang boleh dipilih oleh para bakal graduan jika ingin menyambung pengajian di peringkat universiti. Di atas juga telah disenaraikan beberapa universiti awam yang terdapat di Malaysia beserta dengan serba sedikit latar belakang untuk menambah pengetahuan am anda.
Bagi para bakal graduan yang ingin menyambung pengajian di peringkat Diploma, Ijazah, Master dan Phd bolehlah melihat senarai universiti awam di Malaysia di atas dan membuat pilihan yang tepat untuk memilih universiti mana yang ingin anda pilih untuk teruskan pengajian.
Setiap universiti awam yang telah disenaraikan di atas memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dan juga setiap universiti yang dipilih juga mempunyai kursus-kursus pengajian tersendiri yang mungkin tidak ditawarkan oleh universiti yang lain.