Sistem Pengambilan Jawatan Kosong SPA

Pada kali ini, kita akan berkenalan dengan sistem pengambilan jawatan kosong SPA. Bila sistem pengambilan SPA ini diperkenalkan? Bagaimana membuat pendaftaran? Apakah jawatan yg boleh dipohon di SPA? Dan bila ada kekosongan jawatan di SPA?

Sistem Pengambilan Jawatan Kosong SPA

Ini semua adalah perkara yang bermain di fikiran anda bukan. Jadi jom..

Pengenalan Sistem Pengambilan SMSM SPA

Pada Januari 1997, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadaptasi pengurusan elektronik dalam perkhidmatannya apabila sistem pengambilan berkomputer iaitu Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) diperkenalkan.

Sistem ini direkabentuk dan dibangunkan oleh Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tahun 1995/96, dan dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 21 Disember 1996.

Dengan adanya SMSM, ia akan memastikan urusan pengambilan dapat dilaksanakan secara berterusan.

Baca : Alamat Pusat Temuduga SPA Di Seluruh Negara

Pendaftaran Permohonan SPA

Anda boleh memohon jawatan dengan menggunakan Borang Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Maklumat jawatan-jawatan yang ditawarkan boleh dirujuk melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bahagian Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas.

Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan sah laku untuk tempoh satu tahun. Anda tidak perlu menunggu iklan disiarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Iklan yang disiarkan melalui media hanya sebagai makluman tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Melalui SMSM, semua permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Anda diingatkan supaya mengisi borang dengan teliti dan memohon jawatan yang bertepatan dengan kelayakan yang diperolehi. Kesilapan mengisi borang menyebabkan calon-calon tidak akan didaftarkan.

Baca : Bagaimana Kalau Tidak Dapat Hadir Semasa Temuduga SPA?

Jawatan Yang Boleh Dipohon Di SPA

Urusan pengambilan bagi tujuan pelantikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah bagi jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah, Diploma/STP/STPM/STAM/HSC, Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, SPM/SVM dan PMR/PT3 yang diiktiraf Kerajaan.

Pengambilan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Walau bagaimanapun penempatan ke pusat-pusat latihan setelah calon berjaya menduduki temu duga akan diuruskan oleh KKM sendiri.Tempoh urusan pengambilan dilaksanakan.

Pada umumnya tempoh proses urusan pengambilan adalah dua belas (12) minggu daripada tarikh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima permohonan lengkap pengisian jawatan daripada Jabatan atau Kementerian bagi jawatan yang melibatkan tapisan dan 24 minggu bagi jawatan yang melibatkan urusan peperiksaan atau ujian bakat/fizikal.

Permohonan jawatan dalam SMSM adalah melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia www.spa.gov.my.

Baca : Bahagian Pengambilan Khas Separa Perubatan SPA

Bilakah Ada Kekosongan Jawatan Di SPA?

Berdasarkan peraturan sekarang, Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri akan melaporkan kekosongan jawatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk membuat pengisian.

Kementerian/Jabatan akan mengemukakan maklumat-maklumat mengenai kekosongan jawatan tersebut dan kriteria pemohon yang diperlukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak calon-calon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Sebagai contoh, sekiranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima permohonan daripada Kementerian/Jabatan pada 1 Oktober 2021, hanya calon-calon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sehingga tarikh tersebut sahaja akan dipertimbangkan.

Baca : Pertanyaan, Aduan, Pendapat & Kritikan Terhadap SPA Malaysia

Satu proses tapisan akan dijalankan oleh Suruhanjaya untuk memanggil calon temuduga berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan. Peringkat tapisan untuk memanggil calon temuduga adalah peringkat yang kritikal dan rumit.

Apabila jumlah kekosongan jawatan adalah sedikit, berbanding bilangan permohonan yg diterima, biasanya asas tapisan yang digunakan adalah CGPA atau bidang pengajian/pengkhususan seseorang calon berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan.

Bagi beberapa jawatan di mana jumlah permintaan adalah sentiasa tinggi biasanya tiada dikenakan tapisan ke atas calon. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan, peluang mereka adalah cerah untuk dipanggil temu duga.

1 thought on “Sistem Pengambilan Jawatan Kosong SPA”

Leave a Comment

error: Content is protected !!