Berikut disenaraikan beberapa FAQ atau soalan lazim mengenai Borang SPA9. Berkaitan dengan urusan pendaftaran secara online Borang SPA9. Diharap ada di antara persoalan yang bermain di fikiran anda yang terjawab.

Tempoh sah pendaftaran saya dalam SPA8i masih belum tamat lagi. Adakah saya perlu daftar dan isi semula maklumat dalam SPA9?
Tidak perlu kecuali:
a) menyemak permohonan; dan
b) permohonan jawatan baharu
Tempoh sah pendaftaran saya dalam SPA8i telah tamat. Adakah saya perlu daftar dan isi semula maklumat dalam SPA9?
Ya. Pemohon perlu mendaftarkan akaun baharu SPA9 dan isi maklumat yang berkaitan dalam SPA9. Rujuk kepada Panduan Pengguna SPA9.
Maklumat saya tiada dalam SPA9, walaupun telah mengisi maklumat di SPA8i.
Perlu mengisi semula maklumat di SPA9.
Bagaimanakah untuk saya mendaftar akaun SPA9?
Klik pada ‘Pendaftaran Pengguna’ untuk mendaftarkan akaun baharu SPA9. Pastikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh dimasukkan sama seperti di dalam Kad Pengenalan, termasuk butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L.
Adakah perlu saya mendaftar SPA9 untuk menyemak status permohonan yang telah dimasukkan dalam SPA8i?
Perlu.
Apakah status permohonan saya dalam SPA8i? Adakah status yang sedia ada kekal sama dalam SPA9?
Ya. Status permohonan yang masih dalam tempoh sah pendaftaran ketika di SPA8i adalah tidak terjejas selagi pemohon tidak menghantar perakuan dalam SPA9.
Saya telah mendaftarkan akaun baharu SPA9 dan mengisi semula maklumat dalam SPA9. Adakah permohonan saya dalam SPA8i akan terbatal setelah saya klik Hantar perakuan pemohon dalam SPA9?
Ya. Maklumat permohonan yang akan disimpan di SPA9 berdasarkan maklumat baharu yang dikemas kini.
Saya tidak pernah mengambil subjek Nahu dan Sarf di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kenapakah subjek ini keluar pada maklumat akademik SPM saya dalam SPA9?
Keputusan SPM mulai tahun 2000 dalam SPA9 dijana secara automatik melalui integrasi data dengan pangkalan data di Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekiranya terdapat perbezaan subjek/ gred yang dipaparkan dalam SPA9 dengan keputusan SPM yang sebenar, pemohon adalah disarankan untuk mengemukakan permasalahan berserta salinan SPM ke alamat berikut: spa9@spa.gov.my.
Saya telah memohon sebanyak 15 jawatan dalam SPA8i. Kenapakah jumlah jawatan yang saya mohon berubah menjadi 10 sahaja?
Perubahan kepada 10 jawatan berlaku kerana padanan pekerjaan (Job Matching) berdasarkan kelayakan yang telah diproses dalam SPA9 secara automatik.
Saya melepasi tapisan dan menunggu penjadualan peperiksaan/ temu duga. Adakah pendaftaran dalam SPA9 akan menjejaskan status permohonan saya?
Tidak. Status permohonan yang sedang dalam penjadualan peperiksaan/ temu duga tidak terjejas.
Baca juga: Pertanyaan, Aduan, Pendapat & Kritikan Terhadap SPA Malaysia
Kenapakah pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah tidak boleh memohon jawatan di peringkat SPM?
Kerana tidak memenuhi ketetapan One Step Lower. Jawatan SPM hanya boleh dimohon jika pemohon mempunyai SPM atau Diploma sahaja.
Saya sedang menunggu keputusan peperiksaan/ temuduga. Adakah pendaftaran dalam SPA9 akan menjejaskan status permohonan saya?
Tidak. Status permohonan yang sedang menunggu pemakluman keputusan peperiksaan/ temuduga tidak terjejas.
Saya merupakan calon simpanan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19. Adakah status calon simpanan saya akan terbatal sekiranya saya mengemas kini permohonan saya dalam SPA9?
Tidak. Status permohonan pemohon yang masih berada dalam tempoh sah calon simpanan tidak terjejas.
Saya mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Kenapakah hanya keputusan Ijazah Sarjana sahaja dipaparkan dalam SPA9?
Keputusan pengajian tinggi yang dipaparkan secara automatik dalam SPA9 adalah mulai tahun 2014 dan seterusnya. Sekiranya tidak dipaparkan, pemohon perlu klik ‘Tambah Keputusan’ untuk menambah kelayakan.
Saya ialah Pekerja Sambilan Harian/ Pegawai Kontrak (CFS). Adakah perlu saya mengisi maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat?
Tidak perlu.
Kenapakah sebahagian maklumat saya tidak ada atau tidak lengkap dalam SPA9?
Maklumat integrasi data bersama agensi kerajaan hanya diperoleh mulai tahun berikut dan seterusnya.
SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA (SPM) 2000
SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) 2000
PENAKSIRAN TINGKATAN 3 2017
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014
SIJIL MATRIKULASI 2000
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA, DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2000
KELULUSAN PENGAJIAN TINGGI DALAM MALAYSIA (SIJIL HINGGA PHD) 2014
BANTUAN eKASIH TAHUN SEMASA
Jika masih terdapat masalah lain selain daripada yang dinyatakan dalam FAQ atau soalan lazim mengenai Borang SPA9 ini, sila maklumkan masalah anda ke ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my) atau e-mel ke spa9@spa.gov.my