Adakah anda dapat panggilan temuduga Jurutera Gred J41 (Elektrik) utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 12 Mac 2024 – 19 Mac 2024 ini? Alhamdulillah. Kerana bukan mudah nak sampai ke stage temuduga sekarang ni. Kena buat betul-betul tu. Bak kata orang – dah sebelah kaki masuk kerja kerajaan. Di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Jurutera Gred J41 untuk rujukan anda.
Memetik kenyataan oleh Ketua Setiausaha Negara (mantan), Tan Sri Dr. Ali Hamsa – Seorang Jurutera J41 hendaklah memiliki ciri-ciri kempimpinan, kreatif dan inovatif.
Nota Penting: Kepada anda yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Jurutera Gred J41 (Awam) ambilan di Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dijadualkan pada 1 November 2023 ini. Sila buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jurutera Gred J41.
Untuk anda yang dipanggil ke peperiksaan REQT Sarawak (JKR) untuk jawatan Jurutera Gred J41 yang dijadualkan pada kali ini. Setinggi tahniah kami ucapkan! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi untuk ujian REQT Sarawak ini boleh anda dapatkan di Nota Exam REQT Sarawak (JKR).
Temuduga Jurutera Gred J41
Kejuruteraan Awam atau Civil Engineering merupakan salah satu daripada bidang kejuruteraan. Di mana, ia melibatkan teknik dan kaedah merekabentuk, mengukur, membina dan menyelenggara bangunan atau struktur. Struktur yang bagaimana? Ini termasukan lapangan terbang, pelabuhan, jambatan, empangan, sistem bekalan air dan sisa buangan, sistem pengangkutan dan struktur-struktur yang lain.
Penjadualan Temuduga Jurutera J41
- Jurutera Gred J41 (Elektrik)
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 12 Mac 2024 – 19 Mac 2024 ]
Deskripsi Tugas Jurutera Gred J41
Di Malaysia, seorang Jurutera Gred J41 biasanya melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan. Jadi, calon jurutera awam J41 seharusnya dilengkapi dengan ilmu dan kepakaran yang sesuai bagi menguruskan sesuatu projek dengan lebih efektif di dalam suatu persekitaran yang selamat.
Baca juga : Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah
Bidang Jurutera Gred J41
Bidang ini terbahagi kepada lima bidang utama, iaitu;
- Kejuruteraan Geoteknik
- Kejuruteraan Jalan Raya dan Lalulintas
- Kejuruteraan Struktur dan Bahan
- Kejuruteraan Alam Sekitar
- Kejuruteraan Hidraulik dan Hidrologi
Penempatan Jurutera Gred J41
Ramai yang terkeliru dan beranggapan bahawa panggilan temuduga untuk jawatan Jurutera Gred J41 hanya ditempatkan di KKR (Kementerian Kerja Raya). Tidak semestinya, SPA juga mengeluarkan panggilan untuk ambilan di kementerian lain misalnya pada tahun 2014, ambilan dibuat untuk (KKM) Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebab itu di dalam portal SPA dinyatakan – ‘Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan’.
Kumpulan perjawatan & jadual gaji Jurutera Gred J41
Jawatan Jurutera Gred J41 dikategorikan sebagai Pengurusan dan Profesional. Berikut adalah kadar gaji minimum, maksimum dan KGT.
Gaji Minimum RM2,529.00
Gaji Maksimum RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM225.00
Syarat lantikan Jurutera Gred J41
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Peningkatan secara lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera J29 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
1) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
2) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
3) had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Info tambahan : 6 Contoh Soalan dan Jawapan Padu Dalam Temuduga Kerja
Dokumen yang perlu di bawa semasa temuduga Jurutera Gred J41
Kami tahu, anda sebagai calon sudah menerima emel mahupun SMS daripada SPA berkenaan panggilan temuduga Jurutera Gred J41. Tapi, suka kami ingatkan sekali lagi, antara dokumen penting yang perlu di bawa semasa temuduga adalah seperti di bawah. Salinan (yang disahkan) dan asal;
- Kad pengenalan & sijil kelahiran
- Sijil kewarganegaraan (jika berkaitan)
- Sijil SPM atau SPMV & STPM atau setaraf
- Sijil membuktikan kelulusan Bahasa Melayu (jika tak pakai SPM/SPMV/STPM)
- Ijazah dan diploma dan transkrip-transkripnya
- Surat panggilan temuduga Jurutera Gred J41
- Lain-lain dokumen (yang difikirkan perlu-untuk sokongan)
Contoh soalan temuduga Jurutera Gred J41
Sebenarnya amat sukar untuk kami senaraikan apakah soalan temuduga yang bakal diajukan kepada calon-calon Jurutera Gred J41. Selain soalan-soalan lazim temuduga, soalan lain amat berkait rapat dengan situasi peribadi calon.
Penemuduga akan bertanyakan soalan spesifik berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan lain-lain faktor personal anda. Misalnya, jika anda calon yang sedang menyambung study di peringkat master dan mempunyai pengalaman kerja, kemungkinan besar antara contoh soalan temuduga yang akan diajukan adalah seperti berikut;
Penemuduga : Sila kenalkan diri awak.
Penemuduga : Awak pernah bekerja di Syarikat XYZ. Kenapa berhenti?
Penemuduga : Mengapa awak sambung belajar?
Penemuduga : Adakah gaji di Syarikat lama awak tidak mencukupi?
Penemuduga : Kenapa mahu kerja kerajaan?
Penemuduga : Apa pasal tak sambung ke peringkat PHD? Supervisor awak tak suruh sambungkah? Kan ada tajaan daripada KPM, boleh jadi pensyarah.
Penemuduga : Master awak tentang apa?
Penemuduga : Apa yang awak boleh sumbangkan jika dilantik ke jawatan ini?
Penemuduga : Apa tugas jurutera awam?
Penemuduga : Apa beza tugas jurutera elektrik dengan mekanikal.
Penemuduga : Sanggup dihantar ke Sabah atau Sarawak?
Soalan temuduga seterusnya akan berkaitan dengan teknikal pengurusan sesuatu projek dan lain-lain. Jangan lupa ajukan beberapa soalan kembali kepada panel penemuduga. Apa-apa soalan releven dan yang difikirkan sesuai.
Apa yang panel penemuduga kehendaki sebenarnya?
Penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang dan lebih baik keputusannya. Dalam mana-mana temuduga kerajaan – tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan. Penilaian oleh panel terarah lebih kepada sahsiah, kesantunan, etika, pemakaian, komunikasi dan paling penting kesesuaian untuk jawatan berkenaan.
Hal-hal ini pula perlu diketahui dengan jelas satu persatu. Ia tidak mampu dilakonkan secara spontan. Kerana ia memerlukan latihan dan harus selalu diamalkan. Jadi temuduga bukan semata-mata berkaitan akademik!
Sila jangan terlalu bergantung kepada kelayakan akademik anda. Ia memainkan peranan yang agak skecil sahaja.
Sebab itulah, anda amat disarankan memperkemaskan diri dengan rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga seperti di bawah.
Atau pun,
Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada lapan sebab kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada dijelaskankan di bawah. Yang nombor 3 tu paling mustahak!
1) Anda jadi insan mulia
Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Jurutera Gred J41, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini. Malah anda dikira berjaya sebenarnya!
2) Hati jadi riang ceria
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ceria di hari raya. Haha..
3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga kerja kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.
Siapakah beliau?
Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Anda rasa?
4) Lebih masa main COC
Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Jurutera Gred J41) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Marii.. streaming sampai pagi!
5) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.
Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.
6) Memudahkan hidup anda
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sangat pun. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Dan lagi hawau..
Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bersinar-sinar.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada sebarang pengeposan berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Anda akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun kesemua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billplz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!
Anda harus dapatkannya hari ini juga!
Diharap perkongsian yang tidak seberapa ini memberi sedikit tambahan input kepada anda. Selamat menduduki temuduga daripada kami dan didoakan semoga sukses.
First time dipanggil exam online, rujuk : Tutorial Cara-Cara Menduduki Peperiksaan Online SPA
Beberapa FAQ Mengenai Jurutera Gred J41
Tugas Jurutera Gred J41
Secara umum, seorang Jurutera Gred J41 adalah bertanggungjawab:
Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.
Gaji Jurutera Gred J41
Basic Jurutera Gred J41 ialah RM2,529.00. Kenaikan gaji tahunan ialah RM225.00.
Selamat menjalani temuduga dan didoakan semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga Jurutera Gred J41 dengan baik..