Soalan Temuduga Pembantu Makmal C1

Anda dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Makmal Gred C1 untuk ambilan di Jabatan Kimia Malaysia pada kali ini? Masih tercari-cari contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C1 yg bagus untuk dijadikan rujukan? Teruskan membaca jika jawapan anda ya. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!

Contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C1

Nota Penting: Sebelum itu, kepada anda yg baru sahaja dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Makmal C1 (calon Semenanjung) untuk ambilan di Jabatan Kimia Malaysia pada 04 Julai 2024 ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh anda perolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Makmal C1.

Bagi anda yang dipanggil ke PSEE Pembantu Makmal C1 ambilan Jabatan Kimia Malaysia dalam masa terdekat ini. Post lain yang lebih sesuai untuk anda rujuk adalah contoh soalan peperiksaan Pembantu Makmal C1 ini.

Perkongsian ini agak panjang, jadi sila sediakan diri anda untuk meluangkan masa bersama kami.

Permohonan jawatan Pembantu Makmal C1

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Makmal C1 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Makmal C1 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Panduan Temuduga Pembantu Makmal Gred C1

Sebelum kita melihat lebih lanjut beberapa panduan temuduga Pembantu Makmal Gred C1 yang akan dikongsikan, kita lihat dulu unjuran statistik berkaitan jawatan ini. Data ini sudah agak lama, tapi masih boleh dijadikan sebagai rujukan.

Statistik permohonan jawatan Pembantu Makmal C1

SPA telah mengesahkan bahawa sepanjang 2012-2024 jumlah permohonan yang diterima untuk jawatan Pembantu Makmal Gred C1 adalah sebanyak 220,506. Ini merupakan suatu angka yang besar dan memberikan gambaran bahawa jawatan Pembantu Makmal Gred C1 adalah antara jawatan SPA yang amat popular dijadikan pilihan para calon. Daripada 220,506 permohonan yang diajukan itu, hanya sebanyak 1,523 calon sahaja yang cukup bertuah untuk dipanggil ke stage seterusnya yakni temuduga.

Penempatan Pembantu Makmal C1

Barangkali masih ada kalangan pembaca terutama calon yang akan menduduki temuduga Pembantu Makmal Gred C1 yang agak kabur dimanakah mereka kelak akan ditempatkan sekiranya dipilih menjawat jawatan ini. Untuk makluman, jawatan sebagai Pembantu Makmal Gred C9 tidak ditentukan secara spesifik tempat bertugas. Biasanya akan ditempatkan dipelbagai jabatan dan kementerian kerajaan. Misalnya Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya.

*Nota : Selain SPA, KPM juga membuat pengambilan untuk jawatan ini dan mengadakan temuduga  menerusi SPP untuk lantikan Pembantu Makmal Gred C1

Berikut dikongsikan 6 panduan dan tips menjawab soalan temuduga Pembantu Makmal C1:

1. Apakah bidang tugas seorang Pembantu Makmal?

Ini bergantung di jabatan atau kementerian mana anda bertugas kelak. Agensi yang berlainan, akan mempunyai perbezaan skop kerja bagi jawatan Pembantu Makmal.

Tapi biasanya, seorang Pembantu Makmal Gred C1 akan bertanggungjawab menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

2.Besar kemungkinan penemuduga akan bertanya soalan yang ada sangkut paut dengan agensi atau jabatan dimana anda akan bertugas kelak.

Misalnya anda ditemuduga untuk penempatan di Jabatan Kimia Malaysia, maka contoh soalan temuduga :  ‘apa yang kamu tahu tentang Jabatan Kimia Malaysia?’ atau ‘Jabatan Kimia Malaysia di bawah kementerian apa?’ atau lain-lain soalan seumpama itu.

Untuk mempersiapkan diri andai disoal pertanyaan berkaitan Jabatan Kimia Malaysia, kami galakkan anda untuk melayari portal rasmi Jabatan Kimia Malaysia bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan. Sediakan payung sebelum hujan.

Kalau sekiranya anda bakal ditemuduga oleh SPP, sudah pasti anda perlu ambil tahu berkenaan Kementerian Pendidikan. Jangan lupa melayari portal rasmi KPM untuk mendapatkan info-info yang sepatutnya.

3. Boleh perkenalkan diri anda?

Jangan ketawa! Percaya atau tidak, ini soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga! Di sinilah silapnya kebanyakan calon. Mereka menjawab soalan ini dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh.

Jangan jadi seperti mereka. Tunjukkan keseriusan anda dan jawablah dengan berasaskan kronologi masa. Peruntukan masa yang wajar untuk menjawab soalan ini adalah sekitar 5 minit. Jangan meleret-leret, jangan merapu, jangan meninggi diri, angkat bakul dan jangan menipu.

Info tambahan : 6 contoh jawapan PADU dalam temuduga

4. Kenapa anda memohon jawatan Pembantu Makmal C1 ini?

Pertama sekali, nyatakan bahawa ini merupakan minat anda. Kaitkan tugas-tugas seorang Pembantu Makmal Gred C1 sebagai perkara yang anda sukai. Jangan lupa juga menyatakan bahawa ini merupakan peluang anda untuk menabur bakti kepada negara yang tercinta. Biasa la. Kena poyo ckit. Nak hidup la katakan.. Haha..

5. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi Pembantu Makmal?

Ini merupakan antara soalan killer yang membuat 30% – 50% calon tergamam. Tidak ada jawapan yang sesuai untuk soalan ini. Gunakan segala daya kreativiti anda untuk membuat satu jawapan yang paling bernas dan mampu menarik hati penemuduga. Siapkan jawapan anda awal-awal. Mana tahu nasib anda agak baik kerana diajukan soalan ini.

6. Saya belum pernah menduduki temuduga dan agak gementar. Jadi saya tidak mahu membuang masa mencari info yang belum tentu betul. Dimana mencari panduan temuduga paling lengkap dan menyeluruh untuk menjimatkan masa saya?

Anda boleh dapatkan panduan temuduga yang lengkap dan mencakupi semua aspek temuduga termasuk cara berpakaian, skema jawapan, kesilapan temuduga dan banyak lagi di rujukan persiapan temuduga kerja kerajaan. Panduan ini tidak menjamin anda lulus. Kami cadangkan khusus untuk mereka yang mahu menjimatkan masa dan mahu fokus pada persiapan untuk lulus sahaja.

Rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C1

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling mustahak!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Pembantu Makmal C1, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main League of Legends

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Makmal C1) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billpliz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Demikian 5 contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C1 yang dikongsikan kali ini. Diharapkan ia akan membantu persediaan anda sedikit sebanyak sebelum ke sesi temuduga itu nanti. Namun untuk panduan yang lebih lengkap dan komprehensif, anda mungkin boleh pertimbangkan rujukan persiapan temuduga yang kami cadangkan berikut.

Syarat lantikan Pembantu Makmal C1

Oh.. ya, syarat lantikan. Berikut adalah syarat yang masih digunapakai oleh SPA : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 1. warganegara Malaysia; 2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred C1: RM1,500.00); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred C1: RM1,561.00); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred C1: RM1,622.00).

Baca juga : Senarai tugas Penolong Pegawai Farmasi U5

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Maklumat lanjut: Untuk lain-lain contoh soalan temuduga C1, boleh baca perkongsian lanjut di soalan temuduga Pembantu Makmal C1 ini.

Beberapa FAQ Mengenai Pembantu Makmal C1

Tugas Pembantu Makmal C1

Seorang Pembantu Makmal C1 adalah bertanggungjawab:

Membantu dalam menjalankan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya, membantu Pegawai Penyelidik dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya. Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta menjaga rekod stok bahan-bahan makmal.

Gaji Pembantu Makmal C1

Basic gaji Pembantu Makmal C1 ialah RM1,500.00.

Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C1 untuk kali ini.

Akhir kata, kami doakan kejayaan anda!

10 thoughts on “Soalan Temuduga Pembantu Makmal C1”

  1. Salam…saya dapat temuduga di putrajaya…masalahnye…saya ada degree.perlu ke bawa degree?saya harap sgt akan berjaya dlm temuduga ni sbb mmg minat kerja makmal

    Reply
  2. Mengikut surat tawaran tu, xde tertulis untuk bawa degree memandangkan jawatan ini peringkat SPM…Saye pon kurg pasti… Better call bahagian urusetia temuduga!!

    Reply
  3. :), yg ada degree tu cari la kerja gred tinggi sikit. Yg gred 20 keatas diploma sekurang2nya kalau tak silap saya. Kalau start sama2 dengan budak2 lepasan spm apa salahnya :). Tp sayang la, sijil tinggi2 dpt kerja taraf2 orang biasa2 aja :D. Cuba search kerja2 spt pegawai2 ke. Biasanya syarat2nya sekurang2nya diploma atau mungkin degree. Cer check tengok.

    Reply
  4. Perjawatan Pembantu Makmal C17 lebih banyak diperlukan di Sekolah sekolah. Boleh memohon dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

    Reply
  5. saya ad diploma teknologi makmal dgn CGPA yg agk 'kuat',tp sayangnya pemilihan menggunakan kelayakan SPM yg kurang menyerlah..sedih betul!

    Reply
  6. Saya pun lepasan degree, tapi malangnya semua jawatan yang saya mintak memang tak dapat. sekarang sambung belajar lagi. dan sekarang baru dapat jawatan PM gred c19 ni. entah tahun bila saya mintak, saya pun tak pasti. mungkin sekarang saya dipandang. Harap-harap dapat la kerja ni. buat masa sekarang tawakkal aje la. Kalau ditolak. Nak buat macam mana. Takda rezeki.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!