Anda dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Pustakawan S1 untuk penempatan di Perpustakaan Negara Malaysia (calon Semenanjung) pada 15 Mei 2024 – 19 Mei 2024 ini? Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S1 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA kali ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S1. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!
Isi Kandungan
Nota Penting: Kepada anda yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Pustakawan S1 (calon Semenanjung) bagi penempatan di Perpustakaan Negara Malaysia yg dijadualkan pada 24 Mac 2024 ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan bacaan dan latih tubi utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pustakawan S1.
Panduan Temuduga Pembantu Pustakawan Gred S1
Satu lagi jawatan yang berada di bawah SPA untuk proses pengambilannya ialah Pembantu Pustakawan Gred S1. Jawatan ini termasuk di dalam kumpulan sokongan dengan gaji Pembantu Pustakawan S1 permulaan minimum (RM1,500.00), gaji maksimum (RM4,003.00), sementara kadar kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM100.00 setahun.
Jangan lupa : mengemaskini dan menyemak SPA9 anda selalu
Statisik pengambilan Pembantu Pustakawan Gred S1
Berbalik kepada topik, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh SPA, mereka merekodkan bilangan permohonan sebanyak 328,383 sehingga kini. Untuk temuduga Pembantu Pustakawan Gred S1 yang akan dijalankan pada Tahun 2012, SPA telah menghantarkan surat panggilan temuduga kepada seramai 767 calon yang bertuah.
Jadi panduan temuduga Pembantu Pustakawan ini khas kami kongsikan untuk pembaca yang terlibat dalam temuduga kali ini.
Penjadualan Temuduga Pembantu Pustakawan Gred S1
Semakan nama anda melalui pautan berikut:
- Pembantu Pustakawan Gred S1
(Perpustakaan Negara Malaysia (Semenanjung))
[ Tarikh Temu Duga: 15 Mei 2024 – 19 Mei 2024 ]
Baca juga : Tutorial cara-cara menjawab exam online SPA
Syarat dan kelayakan Pembantu Pustakawan S1
Warganegara Malaysia; Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,622.00).
- Calon Pembantu Pustakawan Gred S1 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Definisi perpustakaan
Sebelum kita pergi lebih jauh dalam panduan ringkas ini, sila baca dan fahami dahulu defini asas perpustakaan berikut:
Perpustakaan merupakan bangunan / ruang yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian.
Info tambahan : 6 contoh jawapan PADU dalam temuduga
Awal dahulu perpustakaan hanya digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah.
Kini, dengan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan dijadikan gudang yang mengumpulkan pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan.
Malah, kebanyakan perpustakaan pada hari ini turut menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum.
Info – Perpustakaan terbesar adalah “Library of Congress”.
Kami jamin, soalan berkisar Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan lain-lain program atau perkhidmatan yang ada sangkut paut dengan PNM pasti akan keluar. Jadi sila dapatkan maklumat sebanyak-banyaknya di portal rasmi PNM.
panduan temuduga Pembantu Pustakawan S1
Berikut dikongsikan 9 panduan temuduga Pembantu Pustakawan Gred S1:
1. Dimana saya akan ditugaskan kelak andai dilantik ke dalam jawatan ini?
Ambilan untuk temuduga kali ini, menurut SPA akan ditempatkan di Perpustakaan Negara Malaysia. Untuk makluman anda, selain di PNM, jawatan sebagai Pembantu Pustakawan S1 turut diperlukan di kolej-kolej komuniti dan lain-lain tempat.
Walaubagaimanapun, itu bukan persoalan utama kerana apa yang paling penting buat masa ini ialah lulus temuduga dahulu.
2. Apakah skop tugas seorang Pembantu Pustakawan Gred S1?
- Empat skop kerja atau bidang tugas utama seorang Pembantu Pustakawan S1 adalah:
- Berperanan sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan Pustakawan.
- Berperanan sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan.
- Penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran.
- Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.
3. Buat rujukan lanjut berkaitan asas-asas ilmu perpustakaan, termasuklah:
- Definasi dan Konsep.
- Jenis-Jenis bahan perpustakaan.
- Jenis-jenis perpustakaan.
- Kaedah-Kaedah memperolehi bahan.
4. Anda seharusnya sudah mahir asas-asas teknologi maklumat
Kerana ini akan mempengaruhi fungsi anda sebagai seorang Pembantu Pustakawan Gred S1, termasuklah:
- – Word
- – Excel
- – Access
- – Power-Point
5. Kenali jenis-jenis perpustakaan
Sebagai seorang Pembantu Pustakawan S1, anda harus kenal dan tahu perbezaan 5 jenis Perpustakaan di Malaysia iaitu :
- Perpustakaan Negara
- Perpustakaan Akademik
Perpustakaan Akademik ialah memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat dan memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat.
- Perpustakaan Awam
- Perpustakaan Khusus / Khas
- Perpustakaan Sekolah / Pusat Sumber
6. Asas pentadbiran dan perkhidmatan perpustakaan
Sebagai seorang Pembantu Pustakawan S1, asas pentadbiran dan perkhidmatan perpustakaan mesti anda kuasai, termasuklah:
– Perpustakaan sebagai pusat ilmu dan maklumat.
– Perkara-perkara perkhidmatan
β’ Surat-menyurat
β’ Fail-memfail
β’ Memelihara dan menyimpan rekod
β’ Jabatan dan orang-ramai
– Perkhidmatan pinjaman / pemulangan.
– Perkhidmatan rujukan. – Promosi.
7. Pengorganisasian dan pengaksesan katalog dan kelas
Lakukan kerja rumah dengan membuat bacaan lanjut berkenaan pengorganisasian dan pengaksesan katalog dan kelas, mencakupi:
– Pengenalan asas katalog.
– Tujuan dan fungsi katalog.
– Jenis-Jenis Katalog.
– Deskripsi katalog.
– Entri utama dan entri tambahan.
– Peraturan-peraturan dalam mengkatalog
8. Sediakan awal-awal jawapan terbaik dan menarik untuk soalan temuduga Pembantu Pustakawan Gred S1 yang lazim di bawah:
– Diminta memperkenalkan diri.
– Ditanya mengapa memilih jawatan Pembantu Pustakawan Gred S1.
– Disoal apakah ciri yang sesuai untuk menjadi seorang Pembantu Pustakawan S1.
– Disoal kenapa anda layak diberikan jawatan ini.
contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S1
1. Boleh perkenalkan diri anda dan latar belakang?
2. Sebelum ini kerja sebagai apa dan dimana?
3. Kenapa pilih Pembantu Pustakawan?
4. Macam mana nak tingkatkan amalan membaca di kalangan penduduk?
5. Sebut tugas-tugas Pembantu Pustakawan?
6. Jelaskan isu membaca semasa terkini di dalam negara.
7. Siapa pengarah PNM?
8. Siapa pula timbalan beliau?
9. Suka membaca? Apa buku terakhir kamu baca?
Tetapi apa yang paling anda perlukan sebenarnya adalah benda di bawah ni..
9. Rujukan persiapan temuduga
Atau pun,
Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Anda juga boleh baca 7 soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dalam temuduga SPA. Hafal cara menjawab yang diberikan di sana.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling urgent!
1) Anda jadi insan mulia
Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Pembantu Pustakawan S1, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.
2) Hati jadi riang gembira
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..
3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.
Siapakah beliau?
Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Anda rasa?
4) Lebih masa main League of Legends
Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Pustakawan S1) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
5) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.
Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.
6) Memudahkan hidup anda
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Dan lagi hawau..
Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi, kita masih berada dalam musim COVID ni). Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam atau kurang (kalau anda beli menggunakan FPX (via billplz) / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!
Akhir kata, tolong lakukan kerja rumah dengan membuat carian dan bacaan tambahan seperti yang dicadangkan di atas. Semoga berjaya di dalam temuduga anda. InsyaAllah!
Beberapa FAQ Mengenai Pembantu Pustakawan S1
Tugas Pembantu Pustakawan S1
Seorang Pembantu Pustakawan S1 adalah bertanggungjawab:
Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan termasuk pinjaman antara perpustakaan.
Gaji Pembantu Pustakawan S1
Basic gaji Pembantu Pustakawan S1 ialah RM1,500.00. Dan ini belum masuk elaun lagi.
Demikianlah perkongian kami mengenai contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S1 untuk kali ini.
Semoga bermanfaat!
Agar saya dimurahkan rezeki berkhidmat dengan kerajaan malaysia.
amiin
Allhamduillah jika ada kosong untuk jawatan pembantu perpustakaan desa pasoh 4.jelebu negeri sembilan
Kalau penolong perpustakaan s29 pula? Ke sama soalan exam khas
Salam. Rujukan sama juga yg digunakan. Rujukan ini cuma memberi idea asas bagaimana bentuk soalan. Juga turut disertakan nota-nota padat untuk mengembalikan ingatan terhadap pembelajaran semasa sekolah.
Sangat bermanfaat, t.kasih. Saya berdoa agar ada rezeki saya bagi jawatan ini…amin
Aamin2.. Kami turut doakan agar Ayue berjaya kali ini.
Kali terakhir dpanggil temuduga 4 o 5 tahun lepas.. Sekarang nak cecah 40tahun.. Harap ada rezeki lepas buat peperiksaan online 5 mac nanti.. Aamiin
Aaminn.. Kami doakan.
Ada ramai ke lelaki jadi pembantu pustakawan?
Ramai.
Kalau semasa kita mohon kat SPA guna peringkat spm, lepas tu bila kita dah ada sijil stpm/diploma, pastu dpt jawatan pembantu pustakawan, boleh ke kita guna sijil yg lebih tinggi berbanding spm? Adakah ada perbezaan gaji?
Salam Fit.
Tiada perbezaan gaji. Pembantu Pustakawan Gred S19 mmg guna kelayakan SPM.
Nasihat kami, jika lulus exam online S19 ni. InsyaAllah.
Jgn guna kelayakan stp/diploma semasa temuduga nanti.
Penemuduga akan anggap Fit terlebih layak utk jawatan S19.
Minta doa kan saya Nur Hanisah dapat menjawap exam dan dapat temuduga dgn baik dan dpt jawatan pembantu pustakawan Amiin insyaAllah.
Aamin. Kami doakan yg terbaik buat Nisa.
Terima kasih. Harap ada rezeki Nurul untuk jawatan pembantu perpustakaan kali ini. Amiin..
Sama2 Nurul. Aamin2..
Minta doakan saya sharifah nurul amni lulus exam 5 mac ni, harap ii dapat temuduga
Aamin2. Kami doakan kejayaan semua. Usaha. InsyaAllah..
Doakan saya nur atika semoga lulus exam pembantu pustakawan 5 mac nanti & lulus kalau ditemuduga aminn.
Aamin2. Bykkan pembacaan ya utk mantapkan persediaan. InsyaAllah..
Terima kasih admin atas serba sedikit pengkongsian ni .. doa kan saya Nurfarhana lulus peperiksaan online ni sebagai langkah pertama saya untuk mencapai kejayaan .. moga ada rezeki saya, dan dipermudahkan urusan semasa menjawab soalan exam tersebut ..aaminn
Sama2. Aamin2. Moga dipermudahkan semuanya.
Thanks for the sharing :).. first time kena panggil exam SPA ni..semoga ada rezeki..Amin
Sama2. Aamin2. Byk2 study. Kita tak tahu soalan mana yg naik dlm exam mahu pun iv.
Segala Puji Bagi Allah. Terima kasih admin sudi memberi penerangan. Pencerahan admin sangat membantu saya. Semoga admin serta para calon semua sentiasa dalam pelukan ALLAH. Aamin.
Terima kasih admin atas perkongsian ini..Doakan sy Yusnita smoga lulus exam pembantu pustakawan 5 Mac nanti. Amin.
first time dipanggil exam SPA nii….. semoga ada rezeki di sini aaminn semoga ALLAH permudahkan segala-galanya
Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih atas perkongsian , doakan saya Nursyazleen Anissa berjaya dalam exam online dan ke peringkat seterusnya, Goodluck untuk rakan seperjuangan semua
saya pun..doakan sya Lulus exam 5 march ni..pertama Kali dpt panggilan SPA…umur dah 35 tahun. Terima kasih atas info & sharing anda..
Terima kasih admin sharing info dan doakan saya Nurfatihah lulus exam SPA dan dapat ke peringkat seterusnya.. 1st time dpt panggilan SPA setelah setahun menunggu , doakan saya dan rakan2 5mac nanti
GOODLUCK DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN UNTUK SEMUA CALON YG MENGAMBIL EXAM 5 MAC NI! π
Saya pelajar stpm sem 1 dan saya pertama kali dapat tawaran spa,adakah menjadi halangan untuk saya mendapatkan jawatan ini ?
Takda masalah. Awak guna SPM utk mohon S19 ni. Lantikan ni akan guna SPM jg..
Doakan saya Norhayati semoge lulus dalam exam 5 Mac nanti.. Aamiin
Amin semoga dipermudakan segala urusan ya
Aminππ
Soalan saya untuk melalui exam online pada Hari ini 5 Mac 2021. Semoga saya berjaya. Aminn
Exam kali nie tak sempat nak jawab.masa tu singkat sangat sampai 10.30 sempat lah .. Saya harap ada rezeki saya dapa temuduga kerajaan.tak sempat nak baca kesemua soalan tak sempat jawap
Asslmualaikum..tuan admin
Sy ada 2 soaln
Adakh akan ada ujian psikometrik jika berjaya ujian psee pem. Pustakawan s19 .
Soalan ke dua
jika pendidikan tertinggi calon adalh diploma,semasa sesi temuduga ketika sesi memperkenalkan diri adakah calon perlu nyatakan pendidikan tertinggi.
Wkslm Norhanis,
Utk soalan pertama, sama ada ada ujian psikometrik Pembantu Pustakawan S19 selepas PSEE. Ini sukar dijangka. Ada tahun, ada. Ada tahun, tiada dan terus ke temuduga. Hal ini terpulang kepada keputusan semasa yg dibuat oleh pihak SPA.
Utk soalan kedua, admin secara personal tidak menggalakkan Norhanis berbuat demikian. Adalah lebih baik andai tidak dinyatakan. Kecuali ditanya oleh penemuduga.
Alhamdullillah, saya lulus Online Exam. Sekarang tengah tunggu panggilan termuduga. Katanya akan diberitahu kelak. Tak tahu bila akan dipanggil. Bulan puasa ada ke temuduga?
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan.
Biasanya tiada. Wlupun begitu, kita tunggu la keputusan pihak SPA. Boleh jadi juga ada.
E-book ni boleh digunakan untuk semua jawatan?
Iya benar. Ini panduan umum..
Doakan saya ye admin di permudahkan urusan temuduga pada 25/8/21 nanti..
Aamin 2x.. moga berjaya!
Saya ada 1 soalan.
Saya dapat panggilan temuduga , tetapi saya ada kelayakan diploma . Adakah perlu saya bawa sekali sijil diploma saya semasa temuduga tu nanti?
Ini memang menjadi persoalan ramai. Pada pendapat kami, elok jangan. Bawa hanya kelayakan yg diperlukan sahaja.
Kita bimbang penemuduga akan mempersoalkan kelayakan yg melebihi keperluan perjawatan. Nanti dia suggest mohon jawatan yg lebih sesuai pula. Dah satu hal lagi kan..
Asslamualaikum admin. Saya dapat panggilan temuduga pembantu pustakawan s19. Saya dah baca kebanyakan komen tidak perlu bawa kelayakan diploma.
Tapi, di surat panggilan ada tertulis diploma dan transkrip dari pusat pengajian tinggi (jika berkenaan). Saya jadi ragu-ragu perlu bawa ke tidak sebab takut tiba-tiba penemuduga minta.
Wkslm Eyma,
Boleh jer bawa. Takda masalah.
Ramai tak bawa, sebab kelayakan cuma SPM. Bila ada kelayakan lagi tinggi. Kita risau penemuduga akan persoalkan kenapa mohon jawatan SPM. Dah satu hal nak goreng pula.
Camtu la adanya..
Semoga rezeki saya zubaidah untuk dpt jawatan pembantu perpustaakn desa kg rncgan klias.. Terus dipanggil temuduga 15 mac nie. Tanpa ujian.. Alhamdulillah
Terima kasih atas perkongsian π€. Doakan saya semoga lulus Temuduga pada 15hb ini.
Aaamin2. Kami doakan kejayaan Jetilin. Moga dipermudahkan iv nanti..
Tapi recruitment secepat mungkin
Assalamualaikum doakan saya ayu nadhirah lulus exam pada 24 mac ni.. saya minat sangat dekat pekerjaan ini.
Wkslm Ayu,
Kami selalu doakan kejayaan semua. InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki ya. Aaminn..
Assalam Doakan saya lulus 24 mac ni ..nak tanya ,andai kata dapat jawatan ni tapi tempat kerja jauh dari rumah boleh tolak kerja ni ke?sebab masalah transport..
Wkslm Wani. Kami doakan.
Biasanya alasan transport tidak akan diterima. Tapi boleh cuba..