Soalan Temuduga Perangkawan E41

Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Perangkawan E41 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA untuk ambilan di Jabatan Perangkaan Malaysia pada 07 Februari 2023 – 17 Februari 2023 ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Perangkawan E41. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!

Soalan Temuduga Perangkawan E41

Sementara itu, bagi yg dipanggil ke sesi ujian psikometrik Perangkawan E41 untuk ambilan di Jabatan Perangkawan Malaysia pada kali ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir ujian ini. Beberapa contoh soalan ujian ini boleh anda baca di contoh soalan ujian psikometrik Perangkawan E41 ini.

Kepada anda yg dapat panggilan PSEE Perangkawan E41 pada kali ini untuk ambilan di Jabatan Perangkaan Malaysia. Tahniah diucapkan. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk PSEE ini boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41.

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Perangkawan E41 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Perangkawan E41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Senarai Penjadualan Temu Duga

  • Perangkawan Gred E41
    (Jabatan Perangkaan Malaysia)
    [ Tarikh Temu Duga: 07 Februari 2023 – 17 Februari 2023 ]

Sebelum itu, mari kita lihat dahulu gaji yang ditawarkan dan apakah syarat untuk layak dilantik ke dalam skim perkhidmatan ini.

Jadual gaji Perangkawan E41

Berikut ialah jadual gaji minimum-maksimum bagi seorang Perangkawan E41; Gaji minimum – RM2,083.00 Gaji maksimum – RM9,549.00 KGT – RM225.00 Di samping elaun-elaun lain dan imbuhan yang layak.

Syarat lantikan & kelayakan Perangkawan E41

Berikut merupakan syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan Perangkawan E41 :

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) Memiliki mana-mana satu kelayakan berikut:

Ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi, statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57);

atau

Associateship Institute of Statisticians, London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57);

atau

Ijazah sarjana dalam bidang ekonomi, statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,695.41).

d) Calon lantikan juga perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Jika anda dipanggil ke exam online, baca cara-cara menduduki peperiksaan online SPA.

OK selesai. Jom kita terus ke panduan temuduga Perangkawan E41.

Cara masuk ke bilik temuduga

Duduklah dengan tenang di ruang menunggu dan jangan terlalu banyak berborak dengan calon-calon lain. Kami tahu anda seorang yang mesra tapi itu akan menambahkan lagi rasa gementar anda. Tambah-tambah lagi jika anda dengar latar belakang pendidikan atau pengalaman kerja calon-calon lain yang hebat-hebat belaka.

Setelah nama dipanggil, anda bolehlah melangkah ke dalam bilik temuduga. Ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk, ketuk 2-3 kali sahaja. Semasa melangkah masuk ke dalam bilik itu, pastikan anda berjalan tegak dengan langkah yang kemas. Jangan berjalan terlalu cepat atau terlalu lambat. Jangan angkat dada anda terlalu tinggi semasa berjalan (nanti tanggapan pertama penemuduga terjejas terhadap anda).

Info tambahan : 6 contoh jawapan PADU dalam temuduga.

Ingat, tanggapan pertama penemuduga akan menentukan sama ada anda lulus atau gagal dalam sesi ini.

Bila sampai di hadapan panel penemuduga

Sesampai di hadapan para panel penemduga, beri salam atau ucapan selamat sejahtera dan hulurkan tangan anda. Genggam erat tangan panel penemuduga (salam panel lelaki sahaja jika anda calon lelaki) dan begitu juga sebaliknya.

Ini menumbuhkan perasaan mesra antara anda dan para panel. Pandang mata mereka dengan tepat dan senyum. Kemudian, berdiri tegak di sebelah kerusi yang disediakan. Jika anda sudah diminta duduk maka duduklah dengan tenang dan selesa. Jika belum, jangan sekali-kali duduk!

Tips: Ucaplah terima kasih kerana dibenarkan duduk, jangan ubah kedudukan asal kerusi dan jangan bersilang kaki.

Ops.. Nanti dulu

Sebelum itu, kalau anda baru pertama kali tiba ke blog ini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang rajin berkongsikan iklan-klan jawatan kosong sekerap mungkin dari seluruh pelosok negara. Di samping itu juga, kami turut sering berkongsi tips-tips mencapai kerjaya impian misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.

Baca juga : Contoh Soalan Peperiksaan (PSEE) Pembantu Tadbir N19.

Panduan temuduga Perangkawan E41

Kini, sesi temuduga sebenar pun bermula. Walau bagaimana pun, patut kami ingatkan, apa yang disenaraikan di bawah ini bukanlah Contoh Soalan Temuduga Perangkawan E41 yang sebenar kerana tiada siapa yang tahu apa bakal disoal oleh panel penemuduga kepada anda.

Simpan dalam ingatan, setiap calon ditanyakan soalan berbeza dan situasi yang dilalui juga turut berlainan walaupun anda dan calon lain ditemuduga pada hari yang sama! Apa yang dikongsikan di sini adalah Contoh Soalan Temuduga Perangkawan E41 yang lazim ditanya sahaja.

Baca seterusnya : Soalan temuduga Pembantu Pustakawan S19.

Bahkan ada di antara contoh-contoh soalan ini juga mungkin turut ditanya dalam kebanyakan temuduga untuk pelbagai jawatan lain. Berikut merupakan tujuh tips panduan temuduga Perangkawan E41:

Contoh soalan temuduga Perangkawan E41

01. Pertama sekali, sila sediakan jawapan untuk soalan-soalan yang berkaitan Jabatan Perangkaan Malaysia seperti di bawah:

a) Siapakah Ketua Perangkawan Malaysia sekarang?
b) Jabatan Perangkaan Malaysia berada di bawah Jabatan mana?
c) Siapakah menteri yang menerajui Jabatan tersebut ketika ini?
d) Namakan timbalan kepada beliau?
e) Apakah peranan Jabatan Perangkaan Malaysia?
f) Sebutkan visi dan misi Jabatan Perangkaan Malaysia dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Perangkaan Malaysia?
g) Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi pengumpulan dan pentafsiran perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysiaa tertakluk kepada akta / peraturan. Boleh anda terangkan akta / peraturan berkaitan yang anda tahu?
h) Apa pula fungsi Jabatan Perangkaan Malaysia?
i) Sila sebutkan bahagian-bahagian yang berada di bawah Program Ekonomi.
j) Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan berada di bawah Program Sosial / Demografi. Nyatakan fungsi bahagian ini.

Tips: Sila jangan hadkan diri anda dengan mencari jawapan setakat untuk menjawab soalan (a)-(j) di atas sahaja. Luaskan bacaan dan pengetahuan anda. Sebagai permulaan, kami cadangkan anda memulakan bacaan di Portal Jabatan Perangkaan Malaysia. Banyak info penting anda boleh ambil di sana.

Contoh soalan temuduga Perangkawan E41 – soalan wajib

02. Tahukah anda, terdapat satu soalan wajib dalam setiap temuduga yang dianjurkan SPA? Apakah soalan istimewa tersebut? Iaitulah anda akan diminta memperkenalkan diri! Hanya bentuk soalannya sahaja yang diolah dengan cara yang berbeza orang panel yang berlainan.

Tips: Sila sediakanlah skrip jawapan yang paling bernas (bukan angkat bakul ye) anda boleh fikirkan mengenai diri anda, tulis skrip tersebut ke dalam sekeping kertas dan hafal. Jangan terlalu panjang dan pastikan jawapan anda lengkap dan padat.

Contoh soalan temuduga Perangkawan E41 – soalan teknikal

03. Panduan seterusnya, persiapkan diri anda untuk menghadapi soalan-soalan teknikal yang melibatkan tugas Perangkawan E41 seperti berikut:

a) Ukuran Kecenderungan Pusat (untuk data berkumpulan): Min, Median dan Mod.
b) Pengukur Relatif: Peratus
c) Kadar: Kadar pengangguran, Kadar kelahiran, Kadar kematian, Kadar pertumbuhan dan Kadar hasil pertanian.
d) Nisbah e) Indeks: indeks harga-harga dan indeks pengeluaran perindustrian
f) Pembulatan dan Angka Signifikan: Membulat angka dan Mencari angka signifikan.
g) Penukaran Unit Ukuran: Penukaran unit ukuran panjang, berat, luas dan isipadu ke sistem matrik dan sebaliknya.
h) Algebra Mudah: Persamaan mudah dan Persamaan serentak.
i) Jenis Data: Data diskrit, Data selanjar, Data kuantitatif dan Data Kualitatif.
j) Taburan Kekerapan: Kelas dan sela kelas, kelas sama, kelas tak sama dan kelas terbuka; Kekerapan kumulatif dan relatif; Persembahan taburan kekerapan dalam bentuk grafik (histogram dan polygon).
k) Persembahan Data secara Graf: Persembahan data secara graf melalui carta turus (carta turus mudah carta turus komponen, carta turus terkumpul, carta turus peratusan, carta turus dua pihak) : pictogram : kartogram : carta pai/bulatan: graf garisan.

Lagi bacaan tambahan : Soalan temuduga Pembantu Makmal C19.

l) Penakbiran Statistik: konsep dan perbandingan populasi dan sampel; Jenis-jenis pensampelan (pensampelan rawak mudah dan pensampelan bersistematik); Ralat pensampelan dan ralat bukan pensampelan. m) Jadual Nombor Rambang: Menggunakan jadual-jadual nombor rambang dalam memilih unit-unit perangkaan seperti tempat kediaman, pertubuhan, punca pungutan hargadan sebagainya.

Konsep asas statistik Perangkawan E41

04. Konsep-konsep asas penyiasatan dalam menghasilkan statistik juga jangan diabaikan. Kita tidak tahu mungkin ada di antara konsep asas ini yang bakal ditanya. Sila ulangkaji konsep-konsep yang lazim digunakan di bawah: a) Konsep-konsep yang digunakan dalam penyiasatan isi rumah dan pungutan harga-harga. b) Konsep-konsep yang digunakan dalam penyiasatan pertubuhan dan interprise. c) Konsep-konsep yang digunakan dalam penyiasatan pertanian. d) Konsep-konsep yang digunakan dalam Demografi. e) Konsep-konsep yang digunakan dalam Akaun Negara dan Perdagangan Luar Negeri.

Penguasaan Bahasa Inggeris

05. Satu lagi yang turut tidak kurang mustahak adalah usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Perangkawan E41 ini. Anda pun tahu peraturannya, ‘penemuduga soal dalam BM jawab dalam BM yang amat baik’, ‘penemuduga soal dalam BI jawab dalam BI yang fasih’.

Contoh soalan temuduga Perangkawan E41 – pengetahuan am

06. Juga menjadi perkara biasa bagi panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda atau ada masanya mereka hanya sekadar ingin berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu. Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel selepas anda duduk ialah – ‘Apa pendapat awak tentang strategi yang digunakan oleh jurulatih bola kebangsaan?‘.

Apa nak jawab kalau tak tahu. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah: Isu politik semasa, perkembangan sukan semasa, isu sosial hangat semasa Dan isu berkaitan perangkaan seperti: Penunjuk ekonomi Malaysia, Indeks harga pengguna, Perangkaan getah bulanan, KDNKK negara dan lain-lain.

Rujukan persiapan temuduga

07. Akhir sekali, jika anda belum pernah menduduki sesi temuduga untuk sektor awam, tentulah belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Ada suatu rahsia yang kami ingin beritahu..

Panel bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang keputusannya.

Dalam mana-mana temuduga kerajaan – tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan. Perhatian panel adalah lebih kepada sahsiah, etika, pemakaian, komunikasi dan kesesuaian calon untuk jawatan berkenaan. Bukan semata-mata akademik!

Jangan terlalu bergantung kepada kelayakan akademik anda. Ia memainkakn peranan yang amat kecil sahaja.

Anda amat disarankan agar memperkemaskan diri dengan memiliki rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga ini. Rujukan ini cukup sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Perangkawan E41 dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan kerajaan yang dipohon dan bakal ditemuduga kelak.

Rujukan contoh soalan temuduga Perangkawan E41

Atau pun,

Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Selain itu,

Anda juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada dijelaskankan di bawah. Nombor 3 tu adalah yg paling mustahak!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Perangkawan E41, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini. Malah anda dikira berjaya sebenarnya!

2) Hati jadi riang ceria

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ceria di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerja kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Perangkawan E41) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Ayohh.. streaming sampai pagi!

5) Guna pengalaman 15 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 15 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat pun. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada sebarang pengeposan berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun kesemua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billplz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Anda harus dapatkannya hari ini juga!

Bidang tugas Perangkawan E41

Akhir sekali, jangan sesekali lupa tugas utama seorang Perangkawan E41. Kemungkinan adalah agak tinggi untuk soalan ini diajukan.

Sebagai peringatan, tugas seorang Perangkawan E41 ialah

“Bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara”.

Beberapa FAQ Mengenai Perangkawan E41

Tugas Perangkawan E41

Seorang Perangkawan E41 adalah bertanggungjawab:

Melaksanakan dan mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Gaji Perangkawan E41

Basic gaji Perangkawan E41 ialah RM2,083.00. Ini belum kira elaun lagi..

Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Perangkawan E41 untuk kali ini.

Selamat menduduki temuduga Perangkawan E41 daripada kami dan semoga berjaya!

Leave a Comment

error: Content is protected !!