Jadi, jom kita sembang santai sikit pasal soalan-soalan temuduga polis yang selalu keluar dan macam mana nak jawab dengan penuh bergaya (tapi tak over).
Isi Kandungan

Kalau korang dah sampai ke peringkat temuduga polis, tahniah!
Bukan semua orang berjaya lepas ujian fizikal, larian 2.4km, dan pemeriksaan BMI tu. Tapi jangan selesa sangat sebab temuduga lisan ni pun satu cabaran besar.
Panel nak tengok bukan je korang sihat tubuh badan, tapi juga tajam akal, yakin diri, dan tahu apa tanggungjawab sebagai anggota PDRM.
10 Soalan Temuduga Polis Popular
Berikut soalan-soalan temuduga polis yang selalu keluar..
- “Sila perkenalkan diri anda.”
Soalan ni memang standard. Panel nak tengok cara korang bercakap, susun ayat, dan keyakinan masa bercakap depan orang.
Contoh jawapan:
“Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Amirul bin Hassan, berumur 21 tahun dan berasal dari Melaka. Saya lepasan SPM dan aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti kadet polis dan sukan. Saya seorang yang berdisiplin, suka cabaran, dan bercita-cita untuk menyumbang kepada keselamatan negara melalui kerjaya sebagai anggota polis.”
Tip: Jangan hafal bulat-bulat. Biar nampak natural dan ikhlas.
- “Kenapa anda nak jadi polis?”
Soalan ni nak uji niat dan motivasi korang. Jangan jawab sebab “nak kerja tetap” je ya.
Contoh jawapan:
“Saya minat bidang keselamatan sejak sekolah lagi. Saya percaya menjadi anggota polis bukan sekadar kerja, tapi satu amanah untuk menjaga keamanan dan membantu masyarakat. Saya nak jadi sebahagian daripada pasukan yang dihormati dan dipercayai rakyat.”
- “Apa yang anda tahu tentang PDRM?”
Ni soalan pengetahuan am. Kalau korang tak tahu langsung pasal PDRM, memang nampak tak bersedia.
Contoh jawapan:
“PDRM ialah singkatan kepada Polis Diraja Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1807 dan berperanan menjaga keselamatan dalam negara, mencegah jenayah, menguatkuasakan undang-undang, dan memberi khidmat kepada masyarakat. PDRM juga ada pelbagai unit khas seperti Unit K9, Pasukan Gerakan Am, dan JSJ.”
- “Apa cabaran jadi polis zaman sekarang?”
Soalan ni nak tengok korang peka dengan isu semasa.
Contoh jawapan:
“Cabaran utama ialah jenayah siber yang makin meningkat, serta persepsi masyarakat terhadap integriti pasukan polis. Sebagai anggota polis, kita kena sentiasa beretika, telus, dan berusaha bina semula kepercayaan rakyat.”
- “Kalau nampak rakan sekerja ambil rasuah, apa tindakan anda?”
Ni soalan nilai integriti. Jangan jawab “diam je” atau “saya tegur sikit-sikit”.
Contoh jawapan:
“Saya akan laporkan kepada pihak atasan mengikut saluran yang betul. Sebagai anggota polis, kita perlu jaga integriti dan tidak berkompromi dengan salah laku.”
- “Apa kelebihan dan kelemahan anda?”
Soalan ni tricky. Jangan terlalu merendah diri, tapi jangan overconfident.
Contoh jawapan:
“Kelebihan saya ialah saya seorang yang cepat belajar dan boleh bekerja dalam tekanan. Kelemahan saya pula, saya kadang-kadang terlalu fokus pada kerja sampai lupa rehat, tapi saya sedang belajar untuk seimbangkan masa.”
- “Apa yang anda buat sekarang?”
Kalau korang tengah kerja sementara atau belajar, beritahu dengan jujur.
Contoh jawapan:
“Saya sedang bekerja sebagai pembantu kedai runcit sementara tunggu peluang kerja tetap. Saya gunakan masa ini untuk belajar tentang PDRM dan tingkatkan kecergasan fizikal.”
- “Apa yang anda faham tentang disiplin?”
Ni penting sebab polis = disiplin.
Contoh jawapan:
“Disiplin bagi saya ialah patuh pada arahan, menepati masa, dan bertanggungjawab atas setiap tindakan. Tanpa disiplin, pasukan polis takkan dapat berfungsi dengan cekap.”
- “Apa yang anda akan buat kalau diarahkan bertugas jauh dari keluarga?”
Contoh jawapan:
“Saya bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja. Saya faham tugas polis memerlukan pengorbanan, dan saya dah bersedia dari segi mental dan fizikal.”
- “Ada soalan untuk kami?”
Jangan jawab “tak ada”. Tunjukkan korang berminat.
Contoh soalan balas:
“Boleh saya tahu apakah peluang kenaikan pangkat dalam PDRM untuk anggota baru?”
atau
“Adakah latihan lanjutan disediakan selepas tamat latihan asas?”
Jangan Hafal Tapi Fahami & Latih
Temuduga polis bukan sekadar hafal skrip. Panel boleh tahu kalau korang sekadar baca ayat hafalan. Yang penting, faham soalan, latih jawapan, dan jawab dengan yakin serta jujur.
Demikian sedikit perkongsian kali ni untuk soalan temuduga polis. Moga bermanfaat hendaknya.
Panduan Lulus Temuduga Polis
Setiap tahun, ribuan anak muda dipanggil ke temuduga polis. Tapi hanya sebahagian kecil yang benar-benar bersedia. Ramai yang gugup, tak tahu nak jawab apa, dan akhirnya pulang dengan kecewa.
Kalau korang salah seorang yang baru dipanggil, atau sedang tunggu giliran, korang perlukan satu benda penting: panduan lulus temuduga polis yang betul-betul bantu korang bersedia dari A sampai Z.
Ramai calon muda hari ini bekerja sambilan, gaji cukup-cukup makan, dan tak mampu nak beli rujukan mahal-mahal. Tapi itu bukan alasan untuk gagal. Sebab itulah eBook Panduan Lulus Temuduga Polis diterbitkan.
Ditulis khas untuk remaja 18–28 tahun yang ada semangat, tapi perlukan bimbingan. Dalam eBook ini, korang akan dapat 40 soalan temuduga paling popular, contoh jawapan ikut teknik STAR, latihan simulasi, checklist penampilan, dan kisah calon sebenar yang pernah gagal dan bangkit semula.
Semuanya disusun padat, mudah faham, dan terus ke point. sSesuai untuk ulangkaji walaupun korang tengah sibuk kerja.
Kalau korang betul-betul nak ubah hidup, ini peluang korang. Harga eBook ini cuma RM10 – jauh lebih murah daripada secawan teh tarik, tapi nilainya boleh ubah masa depan.
Jangan tunggu sampai hari temuduga baru nak panik. Dapatkan sekarang dan mula ulangkaji hari ini.
Klik pautan di bawah untuk muat turun Panduan Lulus Temuduga Polis dan bersedia jadi calon yang yakin, tenang, dan lulus dengan bergaya.

Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Panduan Lulus Temuduga Polis ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Panduan Lulus Temuduga Polis ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Polis ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Panduan Lulus Temuduga Polis (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Polis) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
6) Murah gila gais!
Rujukan Panduan Lulus Temuduga Polis ni murah giler gais. Cuma RM10 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM10 pada masa ini? Tiada apa sgt pun.
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi hawau..
Dan disebabkan kemurahan Panduan Lulus Temuduga Polis ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan soalan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan menerima email yang mengandungi fail eBook selepas bayaran diselesaikan.
So, demikianlah sedikit perkongsian kali ini mengenai soalan temuduga polis. Moga memberi inspirasi dan manfaat buat korang.