Salam dan semoga sukses selalu. Jangan sedih-sedih sangat, jika belum mendapat kerja. InsyaAllah jika ada rezeki takkan kemana. Hari ini kita akan bermain dengan sedikit angka-angka. Angka statistik pengangguran di Malaysia. Angka yang dibincangkan hari ini boleh membawa pelbagai pengertian (terpulang kepada siapa yang membaca dan bagaimana penerimaan seseorang). Untuk makluman, statistik ini dikeluarkan pada 2005/2006 yang lalu dan hanyalah sebagai panduan anda merancang masa hadapan sahaja.
Pendaftaran Siswazah Menganggur & Gunatenaga Di Kalangan Siswazah berdasarkan bangsa
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja dengan kerjasama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Pendaftaran Siswazah Menganggur & Gunatenaga Di Kalangan Siswazah berdasarkan bangsa ialah :
Bumiputera – 57,072 orang (96.4%)
Cina – 1,027 (1.7%)
India – 1,007 (1.7%)
Lain-lain – 144 (0.2%)
Pendaftaran Siswazah Menganggur & Gunatenaga Di Kalangan Siswazah berdasarkan kelayakan akademik
Pendaftaran Siswazah Menganggur & Gunatenaga Di Kalangan Siswazah berdasarkan kelayakan akademik ialah :
Diploma – 38 %
Ijazah – 60.1%
Daripada jumlah tersebut, seramai 19,761 (38.1%) individu tidak pernah dipanggil temuduga di sektor awam. Manakala, seramai 8,285 (16.5%) pula tidak pernah dipanggil temuduga di sektor swasta.
Fakta-fakta (penemuan) penting
Daripada kajian ini juga, MTEN menyenaraikan beberapa fakta-fakta (penemuan) penting seperti di bawah:
• 14.9 % – menganggur lebih dari dari 2 tahun.
• 16.2 % – memohon lebih 20 kali sektor awam
• 28.7 % – memohon lebih 20 kali sektor swasta
Harus diingat,
Pertama, nombor-nombor yang dibincangkan hari ini hanya melibatkan individu yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja sahaja. Bagaimana pula dengan yang tidak berdaftar? Pasti angka-angka yang tertera di atas menjadi lebih besar.
Kedua, statistik ini sudah lama dan boleh dikatakan lapuk. Beranikah anda membaca angka-angka yang baharu dan terkini? Statistik tahun lalu misalnya. Agak-agaknya adakah sudah bertambah sekali ganda, dua kali ganda atau tiga kali ganda? Siapa boleh teka, sila angkat smartphone anda!
Penutup
Sekian dahulu perkongsian statistik pengangguran di Malaysia kali ini. Jika anda rasakan perkongsian ini bermanfaat dalam merancang masa depan anda atau buah hati anda atau mungkin adik-beradik anda yang lain.
Di samping, saya selalu mendoakan anda beroleh pekerjaan yang diidam-idamkan.. 🙂