Menjadi seorang jururawat adalah pilihan kerjaya yang mulia dan memberi kepuasan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sifat penyayang dan keinginan untuk membantu orang lain. Untuk mengalas kerjaya ini, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan tertentu. Artikel ini akan memberikan panduan terperinci tentang syarat kelayakan Jururawat lepasan SPM..
Isi Kandungan

Nota Penting: Bagi yg terlibat dengan ujian psikometrik Jururawat U1 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 21 Jun 2024 ini. Sila dapatkan bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U1.
Khas untuk anda yg baru sahaja dapat panggilan ke ujian psikometrik Jururawat U5 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Mei 2024 ini. Rezeki tu. Buat persediaan yg paling padu! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U5.
Kepada anda yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Jururawat U9 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 November 2024 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U9.
Jururawat memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan di negara kita. Seorang Jururawat bertanggungjawab untuk menyediakan penjagaan pesakit, membantu doktor dalam prosedur perubatan, dan memberikan nasihat kesihatan kepada pesakit dan keluarga mereka.
Untuk menjalankan tugas-tugas kejururawatan ini dengan cekap, seorang Jururawat perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan.
Tempoh Latihan Jururawat lepasan SPM
Anda akan belajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan selama Tiga (3) tahun.
Tempat Latihan Jururawat lepasan SPM
Berikut adalah senarai Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yg menawarkan latihan Jururawat..
Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
Institut Latihan KKM Alor Setar (Kejururawatan)
Institut Latihan KKM Bertam (Kejururawatan)
Institut Latihan KKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
Institut Latihan KKM Sandakan (Kejururawatan)
Institut Latihan KKM Johor Bahru
Institut Latihan KKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
Institut Latihan KKM Kuching
Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
Institut Latihan KKM Sungai Buloh
Institut Latihan KKM Batu Pahat (Kejururawatan)
Institut Latihan KKM Sibu (Kejururawatan)
Institut Latihan KKM Kangar (Kejururawatan)
Institut Latihan KKM Tawau (Kejururawatan)
Syarat Kelayakan Akademik
Untuk menjadi jururawat di Malaysia, pelajar lepasan SPM perlu memenuhi syarat akademik tertentu. Berikut adalah syarat kelayakan akademik yang biasanya diperlukan:
Syarat kelayakan Jururawat lepasan SPM
Dalam Sijil Pelajaran Malaysia, anda hendaklah sekurang-kurangnya memiliki keputusan berikut untuk layak memohon latihan Jururawat melalui portal SPA9..
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Salah satu (1) subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
- Dua (2) subjek lain; serta
- Lulus (sekurang-kurangnya Gred 7/D) dalam subjek Bahasa Inggeris.
Syarat Kelayakan Jururawat (Kesihatan Dan Fizikal)
Jururawat perlu mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik untuk menjalankan tugas dengan berkesan. Berikut adalah syarat kelayakan fizikal dan kesihatan yang perlu dipenuhi:
a) Pemeriksaan Kesihatan
Calon lepasan SPM yang memohon Jururawat perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka bebas dari penyakit kronik dan penyakit berjangkit. Pemeriksaan ini biasanya merangkumi pemeriksaan fizikal, ujian darah, dan ujian x-ray.
b) Kecergasan Fizikal
Selain itu, bakal Jururawat juga perlu mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik kerana tugas-tugas hakiki memerlukan seorang Jururawat untuk berdiri atau berjalan untuk jangka masa yang panjang, mengangkat pesakit, dan menjalankan tugas-tugas fizikal yang lain.
Panduan Memohon Jawatan Jururawat Di Dalam SPA9
1) Pemohon hendaklah memastikan hanya keputusan SPM yang sah didaftarkan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SPM”. Keputusan SPM yang sah adalah sijil rasmi SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bukan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM atau slip keputusan SPM.
2) Pemohon yang berminat boleh mendaftarkan Latihan Jururawat di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Jawatan Dimohon” -> “Latihan Separa Perubatan” -> pilih jenis Latihan Separa Perubatan yang berkenaan dan klik butang Tambah.
3) Pemohon PSB dan PSL hendaklah memastikan maklumat sedang berkhidmat didaftarkan dengan lengkap dan teratur di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat”.
Pendaftaran dan Lesen Jururawat
Selepas menyelesaikan program latihan Jururawat di ILKKM selama 3 tahun, jururawat perlu mendaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan memperoleh lesen untuk berkhidmat. Proses ini termasuk lulus dalam ujian kompetensi yang ditetapkan oleh lembaga.
Kesimpulan
Menjadi seorang jururawat adalah kerjaya yang memerlukan dedikasi, komitmen, dan ketekunan yg tinggi. Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi jururawat perlu memenuhi syarat kelayakan akademik, fizikal dan kesihatan yang dibincangkan di atas.
Selain itu, bakal Jururawat perlu mengikuti program latihan dan pendidikan lanjutan untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang ini. Selepas berjaya mendaftar dan memperoleh lesen, terdapat pelbagai peluang kerjaya yang boleh diterokai oleh jururawat dalam pelbagai bidang. Kerjaya ini bukan sahaja memberi kepuasan kepada individu tetapi juga memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat.
Semoga perkongsian syarat kelayakan Jururawat lepasan SPM ini memberi panduan yang berguna kepada pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi jururawat dan membantu anda dalam perjalanan mencapai impian.