Pada kali ini ringkas sahaja, hanya kami ingin berkongsikan apakah syarat lantikan untuk menjadi seorang Jururawat Gred U29 dan Jururawat Gred U41. Berikut syaratnya..

Kepada anda yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Jururawat U41 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 November 2022 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U41.
Syarat Lantikan Ke Jururawat Gred U29
– Memiliki Diploma Kejururawatan daripada Kolej Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; dan
– Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
– Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Lantikan Ke Jururawat Gred U41
– Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan
– Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
– Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.