Berikut dikongsikan tarikh bayaran pencen Veteran ATM 2023. Tarikh-tarikh bayaran pencen Veteran ATM 2023 ini adalah berdasarkan tarikh bayaran yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) di portal rasmi mereka. Mudah-mudahan dengan perancangan kewangan yg betul dan tersusun, duit pencen JHEV tu boleh bertahan sehingga bayaran JHEV seterusnya masuk.
Sebelum itu, bagi veteran ATM yang ingin mendapatkan penyata pencen JHEV untuk tahun ini, penyata pencen JHEV boleh diperolehi secara online di pautan penyata JHEV ATM ini. Anda perlu mendaftar semula bagi mendapatkan penyata pencen berkenaan.
Veteran ATM yang ingin memohon pendaftaran kad veteran baharu boleh mengemukakan permohonan dan dokumen sokongan melalui emel atau pos.
Permohonan pendaftaran kad veteran baharu yg lengkap dan diterima akan disemak bagi memastikan kelayakan pemohon dan tertakluk kepada pertimbangan kelulusan Pendaftar iaitu Ketua Pengarah JHEV ATM.
Pemakluman status permohonan adalah melalui telefon atau surat. Selain itu, veteran ATM baru juga boleh menghubungi Unit Kad Veteran di talian 03-2050 8111 / 03-2050 8078/8119 untuk keterangan lanjut atau semakan.
Tarikh Bayaran Pencen Veteran ATM 2023
Oleh itu, berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran JHEV ATM 2023.
BULAN | TARIKH BAYARAN JHEV ATM | HARI |
---|---|---|
Januari | 16/01/2023 | Isnin |
Februari | 20/02/2023 | Isnin |
Mac | 20/03/2023 | Isnin |
April | 13/04/2023 | Khamis |
Mei | 18/05/2023 | Khamis |
Jun | 19/06/2023 | Isnin |
Julai | 20/07/2023 | Khamis |
Ogos | 21/08/2023 | Isnin |
September | 21/09/2023 | Khamis |
Oktober | 19/10/2023 | Khamis |
November | 20/11/2023 | Isnin |
Disember | 14/12/2023 | Khamis |
Nota: Sekiranya tarikh bayaran Pencen Veteran ATM 2023 di atas ‘crash‘ di paparan mobile atau smartphone anda, boleh rujuk tarikh bayaran Pencen Veteran ATM 2023 dalam format gambar atau jpg di bawah.
Bayaran Pencen Veteran ATM Januari
Pada bulan Januari iaitu 16/01/2023 adalah hari pembayaran pencen Veteran ATM dan ianya jatuh pada hari Isnin. Pembayaran pencen Veteran ATM pada bulan Januari telah diawalkan sedikit disebabkan pada bulan Januari adanya sambutan perayaan Tahun Baru Cina iaitu pada 22 dan 23 bulan Januari 2023 iaitu hari Ahad dan Isnin.
Bayaran Pencen Veteran ATM Februari dan Mac
Pada bulan Februari, tarikh pembayaran pencen Veteran ATM dijadualkan pada 20/02/2023 iaitu bersamaan hari Isnin.
Seterusnya, pada bulan Mac pula, tarikh pembayaran pencen Veteran ATM turut dibayar pada 20/03/2023 iaitu pada hari Isnin. Bagi bulan Februari dan Mac, kedua-dua pembayaran pencen Veteran akan dibuat pada tarikh standard memandangkan pada bulan tersebut tiada cuti umum yg diwartakan.
Bayaran Pencen Veteran ATM April dan Mei
Pada 13/04//2023 iaitu hari Khamis adalah tarikh dan hari yang dikeluarkan untuk pembayaran pencen Veteran ATM pada April. Tarikh pembayaran ini juga diawalkan daripada kebiasaannya kerana pada bulan April terdapat cuti umum yang diberikan iaitu hari raya puasa yang bakal di sambut oleh veteran tentera yang beragama Islam pada 22 dan 23 April 2023 iaitu pada hari Sabtu dan ahad.
Seterusnya, pada bulan Mei pula pembayaran pencen Veteran ATM akan dibuat pada 18/05/2023 iaitu pada hari Khamis. Pembayaran pencen Veteran ATM pada bulan Mei sama seperti kebiasaannya walaupun terdapat pesta Kaamatan pada hari Selasa dan Rabu kerana sambutan tersebut akan diraikan pada 30 dan 31 Mei selepas tarikh biasa pembayaran JHEV.
Bayaran Pencen Veteran ATM Jun hingga November
Tarikh bayaran Pencen Veteran ATM 2023 untuk bulan Jun akan diberikan pada 19 Jun 2023 (hari Isnin), manakala bagi bulan Julai pula ialah pada 20.07.2023 (Khamis). Sementara, untuk Ogos ialah 21.09.2023 (Isnin) dan bulan September ialah pada 21.09.2023 yakni bersamaan hari Khamis.
Oktober dan November pula masing-masing pembayaran pencen Veteran ATM ialah pada 19 hari bulan Oktober 2023 dan 20 hari bulan November 2023. Walaupun pada bulan Jun, Julai dan November terdapat beberapa perayaan istimewa namun tarikh-tarikh bagi perayaan berikut adalah selepas ataupun sebelum tarikh kebiasaan bayaran JHEV dikeluarkan.
Bayaran Pencen Veteran ATM Disember
Pada bulan Disember, tarikh pembayaran pencen Veteran ATM bagi pesara tentera diawalkan pada 14/12/2023 iaitu pada hari Khamis kerana pada bulan tersebut terdapat perayaan hari Krismas yang jatuh pada 25 Disember 2023 iaitu pada hari Isnin.
Jadi itulah dia, tarikh-tarikh bayaran Pencen Veteran ATM 2023 yang telah ditetapkan berdasarkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh pihak JHEV sendiri di laman sesawangnya.
Ada di antara pembayaran pencen Veteran ATM ini yang diawalkan agar veteran tentera dapat membuat persiapan untuk menyambut perayaan masing-masing.
Beberapa Soalan Lazim Mengenai Pencen JHEV
Semasa mohon tuntutan bayaran balik perubatan, perlukah menyertakan salinan Buku Rekod Perkhidmatan ?
Jika pertama kali memohon, Salinan Buku Rekod Perkhidmatan diperlukan bagi mengemaskini maklumat Veteran ATM ke dalam sistem JHEV. Tapi, untuk veteran berpencen, permohonan tetap akan diproses walaupun tiada salinan buku rekod perkhidmatan.
Adakah kelebihan yg beri Kerajaan kepada Veteran ATM?
Selain skim-skim bantuan oleh JHEV, Veteran ATM juga layak mendapat rawatan perubatan percuma di hospital atau klinik kerajaan. Selain itu, Veteran ATM juga diberi diskaun tambang KTM (Intercity & ETS ) sebanyak 50%.
Bagaimanakah pemberian Faedah Gantian Cuti Rehat kepada Veteraan ATM?
Faedah Gantian Cuti Rehat diberikan kepada pegawai dan anggota yang telah cukup tempoh perkhidmatan pada tarikh TTP masing-masing atau pegawai dan anggota yang meninggal dunia (dibayar kepada orang tanggungan) semasa dalam perkhidmatan ATM.
Kecuali pegawai yg ditamatkan perkhidmatan kerana salahlaku dan anggota yg ditamatkan perkhidmatan kerana kesalahan tatatertib.
Baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu hendaklah cuti yg telah tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 150 hari sahaja).
Apa bantuan kebajikan yg boleh dipohon oleh veteran ATM melalui JHEV?
Terdapat lima bantuan kebajikan di bawah JHEV ATM iaitu:
a. Skim Bantuan Sara Hidup (BSH)
b. Skim Bantuan Peralatan Pesakit
c. Skim Bantuan Persekolahan
d. Skim Bantuan Bencana Alam
e. Skim Kemasukan IPT
Borang Permohonan Skim Kebajikan JHEV ATM boleh diperolehi di laman web rasmi JHEV ATM – Bantuan Untuk Veteran ATM. (www.jhev.gov.my/bantuan-untuk-veteran-atm/meringankan-beban-kewangan)