Soalan Temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19

Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 utk ambilan JPJ yg bagus digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA 07 Oktober 2024 – 09 Oktober 2024 ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!

Peperiksaan (PSEE) & contoh soalan temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19

Nota Penting: Kepada anda yg baru saja dapat panggilan ke ujian psikometrik Pemeriksa Kereta Motor AB19 utk ambilan di Jabatan Pengangkutan Jalan yg dijadualkan pada 12 Jul 2024 ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pemeriksa Kereta Motor AB19.

Penjadualan Temuduga 2024

Siapa sebenarnya Pemeriksa Kereta Motor AB19 ni?

Sebelum kita ke statistik temuduga jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19 ini, mungkin ada yang belum ada idea langsung bagaimanakah rupa bentuk jawataan yang anda pohon ini. Pernahkah anda bertemu kakitangan JPJ yang melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan atau motosikal anda? Ala.. semasa sekatan jalan raya tu. Pernah?

Hah.. Itulah antara lain tugas seorang Pemeriksa Kereta Motor AB19. Segak memakai uniform dan tidak makan suap! Bersama kita hapuskan rasuah!

Jangan lupa, selalu buat semakan dan kemaskini permohonan SPA9 anda!

Kerjaya ini memang sesuai benar dengan individu yang sukakan uniform atau pakaian seragam. Sebagai info, sebelum ditukar kepada kod gaji AB19, kod asal jawatan ini adalah A17.

Kadar gaji Pemeriksa Kereta Motor AB19

Berikut jadual gaji minimum-maksimum bagi seorang Pemeriksan Kereta Motor; Gaji minimum – RM1,362.00 Gaji maksimum – RM4,034.00 KGT – RM100.00

Bidang Tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19

Seorang Pemeriksan Kereta Motor AB19 adalah bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

Syarat lantikan dan kelayakan Pemeriksa Kereta Motor AB19

Calon bagi lantikan hendaklah memenuhi syarat dan kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Memiliki :

Sijil Pelajaran Malaysia serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau

SVM : Sijil Vokasional Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,420.12); atau

Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,478.24).

Satistik pengambilan Pemeriksa Kereta Motor AB19

Kini kita lihat dahulu statistik temuduga dan pengambilan jawatan ini. Menurut apa yang dikeluarkan SPA, 10 832 adalah bilangan permohonan yang diterima dan daripada jumlah itu, seramai 1 734 calon dipanggil untuk menjalani temuduga (ini termasuklah anda). Daripada jumlah calon yang hadir ke temuduga ini, hanya lebih kurang 114 sahaja yang akan bertuah untuk dilantik.

Jikalau berdasarkan logikal matematik, peluang untuk setiap calon lulus hanyalah lebih kurang 1.05% sahaja. Ini memang (kalau kita gunakan bahasa kasar) adalah peluang lulus yang amat tipis sekali. Amat tipis.

Jika anda dipanggil exam online, baca tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA.

Entah apa perkara atau kelebihan yang boleh ditonjolkan untuk menarik hati para penemuduga agar memilih anda. Terus terang, kami juga tidak tahu. Apa yang boleh kami lakukan hanyalah berkongsi sedikit panduan temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19. Didoakan perkongsian yang tidak seberapa ini meningkatkan sedikit peluang anda untuk lulus dan seterusnya dilantik. InsyaAllah.

Jadi berikut beberapa panduan temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19:

1. Belajar cara memperkenalkan diri di dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia dengan menarik, sopan dan jelas.

2. Sediakan alasan yang kukuh dan rasional kenapa anda memilih kerjaya sebagai Pemeriksa Kereta Motor AB19.

Baca juga : 6 contoh jawapan PADU dalam sesi temuduga.

3. Mengetahui bidang tugas sebagai seorang Pemeriksa Kereta Motor AB19 yakni bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

4. Mengetahui jabatan kerajaan mana ditugaskan. Ini sekurang-kurangnya memberi sedikit idea bila apa soalan penemuduga yang berkaitan tugas anda. Pada kebiasaannya, seorang Pemeriksa Kereta Motor AB19 akan ditugaskan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sila dapatkan maklumat lanjut berkaitan jabatan ini di portal rasmi JPJ.

5. Seterusnya, jika ada peluang cuba tonjolkan pengetahuan ada di dalam bidang tugas sebenar seorang Pemeriksa Kereta Motor AB19. Perkara di bawah adalah antara hal-hal yang boleh anda mulakan pencarian:

Kategori Kenderaan Motor

  • Kenderaan Persendirian
  • Kenderaan Barangan
  • Kenderaan Perkhidmatan Awam

Pengetahuan Asas Komponen Kenderaan

  1. Rekabentuk Badan Dan Pelan Kenderaan
  2. Enjin Dan Bahan Bakar (Engine And Fuel)
  3. Casis (Chassis)
  4. Suspensi (Suspension)
  5. Kuasa Transmisi (Power Transmission.
  6. Sistem Stereng Dan Kawalan (Handling And Steering System)
  7. Pemasangan Gandar (Axle Assemblies)
  8. Sistem Brek (Brake system)
  9. Tayar (Tyres)
  10. Berat dan terminologi yang berhubung kait dengan kenderaan (Weights And Terminologies Related Vehicles)
  11. Sistem Elektrik/Pendawaian (Electrical/Wiring System)
  12. Sistem Penyejukan Enjin (Cooling Engine System)

Pemeriksaan Kenderaan

a) Pemeriksaan Awalan (Initial Inspection)

b) Pemeriksaan Berkala (Periodic Inspection) (Ujian asap, Ujian ketelusan cahaya dan Ujian meter teksi)

c) Pemeriksaan Khas (Special Inspection)

Akta Pengangkutan Jalan 1987

#6. Elok juga seorang calon Pemeriksa Kereta Motor AB19 andai pernah membaca asas undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, misalnya:

  1. Asas-asas Penguatkuasaan Undang-Undang.
  2. Asas-asas Pengujian dan Pelesenan Pemandu.
  3. Asas-asas Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan.
  4. Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.
  5. Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Kenderaan Perdagangan) 1959.
  6. Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan
  7. Penggunaan) (Kenderaan Membawa Produk Petroleum) 1965.
  8. Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Talipinggang Keledar) 1978.
  9. Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Timbang) 1990.
  10. Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
  11. Pengetahuan mengenai peraturan-peraturan dan arahan teknik untuk tujuan pemeriksaan kenderaan.
  12. Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Meter Teksi) 1959.
  13. Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pemeriksaan Berkala, Peralatan Dan Piawaian Pemeriksaan) 1995.
  14. Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan, Peralatan Dan Penggunaan)(Penggunaan Sistem Bahan Api Petroleum Gas Cecair (LPG) Dalam Kenderaan Bermotor) 1982
  15. Bas Sekolah (Warna Dan Tanda-Tanda) 1987
  16. Sekatan Had Berat 1989 (Pindaan 2003)

Apa yang penemuduga kehendaki?

7. Berdasarkan perkongsian beratus-ratus pembaca di Blog Tips Kerjaya sebelum ini. Pihak kami merumuskan bahawa selain pengetahuan dalam bidang tugas yang kompeten. Dalam mana-mana temuduga kerajaan – tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.

Apa yang dicari oleh penemuduga adalah kualiti personal yang memikat misalnya kesantunan berbahasa (dalam BM dan BI), ketinggian budi, kehalusan pekerti, nilai-nilai murni dan lain-lain kualiti unggul manusia.

Ini tidak boleh dipersembahkan dengan secara spontan melainkan dengan pengamalan dan latihan yang berterusan. Penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang keputusannya.

Jangan terlalu bergantung kepada kelayakan akademik anda. Ia memainkakn peranan yang kecil sahaja. Dengan sebab itulah, anda disarankan memiliki segera dan membaca panduan temuduga di bawah, yang menerangkan kualiti ini dengan jelas secara langsung mahupun tidak langsung.

Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19 di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..

Tapi apa yang paling anda perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.

Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan berikut..

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat bagi temuduga kerja kerajaan adalah:

Rujukan contoh soalan temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19

Atau pun,

Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Kedua-dua rujukan temuduga ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik bagi satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19).

Selain itu,

Anda juga boleh baca 7 soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dalam temuduga SPA. Hafal cara menjawab yang diberikan di sana.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even anda gagal sekalipun dlm temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19 ni, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati anda jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil. Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main PUBG

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game anda terganggu? Boleh sgt. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Murah gila gais!

Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler gais. Cuma RM40 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Lagi hawau..

Dan disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan soalan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi, kita masih dalam musim COVID ni). Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu anda guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat utk anda mula prepare utk temuduga!

Anda patut miliki segera panduan persediaan temuduga yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19. Malah boleh digunakan berulang kali bagi semua jenis temuduga di sektor awam.

Baca juga mengenai : Contoh soalan temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41.

Jadi tidak salah andai tahu awal bukan. Buatlah carian anda melalui Internet, buku-buku, pekeliling, bertanya kawan atau apa jua cara yang terlintas.

Tips tambahan:

Cuba selitkan pengetahuan anda berkenaan panduan di nombor #5 dan #6 itu semasa sesi temuduga (jika keadaan sesuai). Ini akan lebih menampakkan kesesuaian anda menjawat jawatan Pemeriksa Kereta Motor AB19 di mata penemuduga. Tapi ingat, hanya bila keadaan atau topik perbualan pada waktu itu sesuai!

Beberapa FAQ Mengenai Pemeriksa Kereta Motor AB19

Tugas Pemeriksa Kereta Motor AB19

Seorang Pemeriksa Kereta Motor AB19 adalah bertanggungjawab:

Menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya.

Gaji Pemeriksa Kereta Motor AB19

Basic gaji Pemeriksa Kereta Motor AB19 ialah RM1,362.00.

Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19 untuk kali ini.

P/s: Sila kongsikan tips ini kepada rakan lain sekiranya anda rasanya ia turut bermanfaat kepada mereka.

58 thoughts on “Soalan Temuduga Pemeriksa Kereta Motor AB19”

  1. terima kasih tuan tanah.. dah seminggu saya cari info ni.. 12 hb julai ni saya ada temuduga A17 kat jb.. harap2 dapat

    Reply
  2. kata la calon ni dok KL..tmpat bertugas tu dekat kawasan kl/selangor ke akan dihantar negeri lain?sekadar bertanya,dapat tmpat lain pon ok leh tengok tmpat orang

    Reply
  3. Tahniah! Anda telah berjaya temu duga. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh SPA dan arahan melapor diri akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan.
    Kementerian/Jabatan : JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, ARAS 1-5, BLOK D4, PARCEL D, PUSAT PENT. KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62620 PUTRAJAYA.

    Reply
  4. alhamdulillah dah berjaya tapi surat tawaran dari spa bila agaknya sampai eh..5hb9 ni ada intview spa lgi juruteknik automotif gred j17 gaji lagi tinggi..rasa nak pi try tpi surat tawaran utk pemeriksa kereta motor ni xdpt2 lg gak..

    Reply
  5. hamidi sulaiman ramai lak dlm fb ni baru perasan..ko cari yg asal kuala lumpur, gambar laki sorang depan bangunan ,kalau x jumpa gak ko bagi le fb ko samuel lukug

    Reply
  6. Aku azreen..dpt surat 7/9/2012…dr sps surat tawaran..aku ada cll jpj bgth kna lapor diri kt akdmi jpj mlka pastu kysus 3 blan sblum tahu penempatan sebenar…

    Reply
  7. Salam,sy dpt jugak,borang medical pn nk siap dah,surat lapor diri xdpt lg.
    nk tnye siapa tahu jawatan tersebut tugas mcne,tugas mcm jpj ke.thank

    Reply
  8. haloo…sya intrvew 23 oct ni..d SPA sabah..minta bantuan@tips siapa2 yg dah lepas n dapt tawaran kerja sebagai pemerika knderan motor?? kongsi plz…tq all..

    Reply
  9. hlo guys .nk tnya sikit ni..aq dpt surat temuduga bgi pemeriksaa kenderaan motor .tpi aq blum mempunyai lesen D kereta.so adakah kelayakan sy akan dpertimbangkan atau pun kelayakan sy terus dibatalkan..?? please help me admin??

    Reply
  10. Heloo…bro2..sy dpt interview A17 pd 7hb ni..tpi masalah skrg sy nervous sbp x tau apa2..ada sapa2 ble bantu x? Hehe..

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!